Rabu, 9 November 2011

Orang Malaya di Sabah #1

Aku dilahirkan dan dibesarkan di Sabah kerana mak dan abah aku bekerja di sana. Sebelum 1980-an, orang Semenanjung lebih dikenali sebagai orang Malaya. Semasa aku berumur tiga tahun, aku biasa dengar kawan-kawan abah aku yang terdiri daripada orang Sabah menjerit (sambil bergurau) kepada abah aku, "Hoi, orang Malaya". Apabila aku demam dan batuk, aku takut berjumpa dengan doktor yang berasal dari Australia maka aku yang duduk di atas pangkuan abah berkata, "Abah, batuk dah tak ade, batuk dah balik Maya". Perkataan Maya merujuk kepada Malaya. Semasa usia aku tiga tahun, ada sesetengah perkataan aku tidak dapat menyebut dengan betul. Harapanku di dalam hati agar abah percaya dan terus berkata, "O ye ke, kalau macam tu kita balik jelah". Ternyata abah cuma mendengar dan berkata, "Ya" tanpa berganjak dari klinik itu. 

Semasa aku meniti zaman kanak-kanak, dalam proses aku belajar bercakap, aku diajar oleh mak abahku bercakap dalam bahasa orang Malaya. Aku hanya boleh bertutur perkataan "bah" dihujung sesuatu ayat ketika aku berusia empat tahun hasil aku mendengar perbualan mak dan abah aku ketika berbual dengan kawan-kawan mereka berdua. Contohnya, " makan sudah bah". Hal ini tidak hanya berkisar pada percakapan harian tetapi juga melibatkan makanan. Mak abah aku mengajar aku dan adik beradik makan makanan orang Malaya khususnya makanan dari negeri Kedah dan Perak. Walaupun selama 20 tahun aku tinggal di Sabah, aku tidak biasa makan makanan orang Sabah. Ketika sambutan hari raya Aidilfitri, mak dan abah aku menghidangkan ketupat palas dan rendang. Ini adalah di antara cara mak dan abah aku mengukuhkan identiti aku adik beradik bahawa 'kita Orang Malaya'. 

Pengukuhan identiti ini ditambah lagi dengan diskriminasi yang wujud dalam undang-undang dan perbezaan hak di antara orang Malaya dan orang Sabah. Aku tidak layak memohon biasiswa atau pinjaman dari Yayasan Negeri Sabah walapun aku dilahirkan di Sabah. Justeru, aku hanya layak memohon biasiswa yang ditawarkan di negeri kelahiran mak dan abah aku sahaja.  Aku diwajibkan memiliki pasport untuk keluar dan masuk dari Sabah ke Semenanjung Malaysia. Semasa berurusan di pejabat imigresen Negeri Sabah, pegawai di situ pernah menyatakan kepada abah aku berkenaan status diri aku, "Dia mesti ada pasport sebab yang diambil kira di sini adalah asal usul keturunan". Di dalam kad pengenalan aku juga tidak ada huruf 'H' yang menunjukkan aku ini rakyat Sabah. Sila lihat perbezaan di antara kedua-dua mykad di bawah. Mykad yang bernama Rowan Sebastian Atkinson (ini saja yang aku dapat dari Google) mengandungi huruf 'H' di penjuru bawah sebelah kanan menunjukkan Rowan adalah rakyat Sabah berbeza dengan mykad yang dimiliki oleh Norsuhaila Binti Mahdi yang berasal dari Selangor tidak memiliki huruf 'H'.

Sumber: Google

Sumber: http://sumijelly.com/2011/07/01/selangor-ke-kuala-lumpur/

Isu kedudukan orang Malaya di Sabah ini berlarutan sehingga kini. Adik aku yang bekerja di Sabah pernah melalui pengalaman dihamun oleh pegawai imigresen di airport Kota Kinabalu. Adikku juga sama seperti aku yang turut dilahirkan di Sabah. Dalam mykad kami tertera nombor '12' yang menunjukkan kami dilahirkan di Sabah namun tanpa huruf 'H' pada mykad, kami tetap tidak diiktiraf sebagai orang (rakyat) Sabah. Ketika itu, adik aku hendak naik kapal terbang ke KLIA dan seterusnya ke Alor Setar. Pada ketika ini, mak dan abah aku telah berpindah balik ke Malaya. Apabila pegawai imigresen memeriksa mykad adik aku, ternyata alamat yang tertera dalam mykad ialah alamat tetap di Sungai Petani dan tidak memiliki huruf 'H'. Lantas pegawai imigresen menyoal adik aku berkenaan 'pas kerja' di Sabah. Sepanjang adik aku bekerja di Sabah (di sebuah badan berkanun), dia tidak pernah membuat pas kerja kerana pegawai sumber manusia di tempat dia bekerja tidak arif berkenaan undang-undang kerakyatan dan imigresen di negeri Sabah.  Pegawai imigresen itu menghamun adikku di depan orang ramai,
Walaupun kamu lahir di negeri Sabah, kamu tetap bukan orang Sabah. 
Aku dan semua anak-anak Orang Malaya yang dilahirkan di Sabah, pada haikikatnya kedudukan kami di Sabah ialah 'kami tetap dilayan seperti ibu bapa kami dilayan' kecuali mereka yang mempunyai salah seorang daripada ibu bapa adalah orang Sabah. Ini adalah cara agar orang Malaya tidak merampas hak orang Sabah dan hak orang Sabah terus terpelihara untuk orang Sabah sahaja ketika Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Oleh itu, bagiku, aku berasal dari Sungai Petani, Kedah dan negeri Sabah itu tidak lebih sekadar tempat lahirku sahaja.

P/S: Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak bermimpi di siang hari ketika beliau mencanangkan 1Malaysia?

Bersambung... sila klik: 

53 ulasan:

  1. Isu yang sangat sensitif kan.. Bagi saya, susah nak menyalahkan sesetengah generasi yang ada skrg kerana mereka telah dididik dengan mentaliti "perbezaan antara negeri". Tapi hakikatnya, tak semua orang dari borneo berfikiran sebegitu. Amat malanglah jika diskriminasi berlaku diantara kita rakyat malaysia. Kawan2 saya dari semenanjung yg bekerja di sarawak pun slalu mempersoalkan perkara ini (kenapa kena ada permit kerja, kenapa kena isi borang nak masuk swk dll). Memang sukar bg memberi jawapan kerna ianya melibatkan perlembagaan negeri. Tetapi lebih sedih jika melibatkan dikriminasi terhadap org luar. Sukar mengulas perkara ini secara terbuka, kerna ianya isu yang amat sensitif bg semua rakyat malaysia. yang pasti, ada "sesuatu" disebalik semua ini...

    BalasPadam
  2. Saudara Kamil, saya lebih terasa sebab saya dilahirkan di Sabah, tapi saya tidak diakui dari sudut perundangan negeri Sabah.

    BalasPadam
  3. Saudari misstree, saya amat faham perasaan awak.. tempat kita dilahirkan, tetapi kita dianaktirikan di tempat tersebut. wlbgaimanapun, di mana kita berpijak, dibumi mana kita berdiri, yang pasti, semuanya milik dan hak ALLAH. Hanya ALLAH yang berhak ke atas semuanya, bukannya manusia.. semua itu hanyalah undang2 ciptaan manusia.. sama samalah kita berdoa moga suatu hari nanti semuanya akan berubah menjadi lebih baik. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Isu ini tidak hanya sekadar 'rasa' yang mewakili anak-anak Orang Malaya yang dilahirkan di Sabah tetapi skop isu ini turut meliputi aspek perundangan dan aspirasi generasi terdahulu yang menjadi pemimpin di negeri Sabah dan Sarawak. Entry ini juga tidak bermaksud untuk mengetengahkan pandangan pada peringkat grassroot (rakyat jelata) ~ orang di negeri Sabah (termasuk Sarawak). Saya pernah tinggal di Sabah selama 20 tahun pastinya saya mengenal hati budi masyarakat tempatan ~ kini, semakin terbuka (walaupun tidak semua) menerima saudara senegara dari Semenanjung Tanah Melayu. Harapan saya agar rakyat Malaysia (termasuk pemimpin) lebih matang setelah 48 tahun pembentukan Malaysia.

      Padam
  4. Aslkm,
    Kadang mereka lupa dalam mengambilkira perasaan orang lain. Saya bersimpati...kisah kita ada persamaan tetapi jalan penceritaan berbeza...anyway, salam perkenalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam.

      Terima kasih. Salam perkenalan juga daripada saya.

      Padam
  5. buat misstree,
    nak tahu sesuatu tak ??? saya ini anak Sabah...dan saya berharap oraang2 smjg byk lagi yang tinggal kat Sabah ni...best la dgr dialek korang...dari cerita misstree ni saya sbg anak Sabah akui yang misstree ni anak Sabah...bestnya ada org smjg tapi anak Sabah...hehehe...misstree apa boleh buat la saya tiada di situ untuk pertahankan kamu klu nda memang betumbuk juga aku ni sama pegawai imgiressen tu....oh ya misstree ni Sabah bahagian mana ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dilahirkan di bahagian Pantai Timur Sabah dan sekarang saya menetap di utara Semenanjung Tanah Melayu. Kini, apabila saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, pihak imigresen Sabah membenarkan saya tinggal di Sabah selama tiga bulan dengan menggunakan status pelawat. Saya tidak memperolehi sebarang keistimewaan kerana saya dilahirkan di Sabah sebaliknya dilayan sebagai 'orang luar'.

      Padam
  6. buat cik mistree a.k.a akak cik mistree jujur saya katakan perasaan sakit hati dan benci terhadap pihak imgiressen tu sgt menebal...akak sepatutnya dapat layanan sama mcm kami anak Sabah sbb nya akak memang anak Sabah.lahir dan membesar dekat sini...akak tahu kah biar pun sy anak Sabah tapi saya mahu jadi org smjg sbbnya...bahasa smjg unik..comel...apa yang saya harap dari akak jgn patah hati sbb sedang kan pendatang tanpa izin yang baru tiba sehari,sebulan,setahun da anggap negeri ni dorang yang punya KENAPA akak yang dilahirkan dinegeri ini perlu rasa tersisih oleh sesetengah org yang ada sikap recist kak,be strong kak sbb ini negeri kita walau dimana pun negeri akak pijak sy tahu dan pasti Sabah takkan pernah lari dari hati akak kan...takkan dan tidak ada sesiapa boleh menafikan kebenaran itu...akak mesti tahu kenapa perasaan recist tu sengaja diwujudkan oleh sesetengah kaum di Sabah ni,sebab utama nya kak diorang takut org smjg jadi majority di sini...kak kami(melayu$islam) yang tengah meningkat naik ni memerlukan orang smjg utk beckup kami...keadilan di sini(Sabah) 50 tahun dlu dan sekarang takkan sama!!!lagi pun da banyak sangat perkhawinan campur (Sabah<3smjg) percayalah kak...org yang menafikan hak akak adalah org yang recist sgt2 tapi diaorang jgn lupa anak-anak dari perkhawinan campur sbh<3smjg semakin lama semakin ramai dan membesar.DAN DIORANG INI AKAN MENENTANG SEKERAS-SEKARASNYA YANG AKAN DIBUAT OLEH ORG2 YANG RECIST INI PERCAYALAH KAK.INSYALAH JIKALAU ADA JODOH SY AKAN CARI WIFE ORANG MALAYA....SATU SAHAJA YANG SAYA PINTA DARI AKAK BE STRONG SEBABNYA AKAK LAGI LAYAK DARI P. A. T. I YANG ADA DISABAH NI...BUAT MAKLUMAN AKAK YANG MENAFIKAN AKAK TU SBNRNYA TIDAK SEDAR SBB NEGERI NI BUKAN MAMAKBAPAK DURANG SEJA YANG PUNYA...DIORANG TIDAK DAPAT MENAFIKANNYA BIAR TERJADINYA KAWEN CAMPUR!!!MAHU ATAU TIDAK DIORANG KENA TERIMA YANG ORG SMJG ITU ORG SABAH!!!! bestrong my sister ur are sabahan too!!! akak org sbh MUKTAMAD!!! oh ya,sy pun bahagian pantai timur...hehehehe....^ ^ assalamualaikum akak...

    BalasPadam
  7. terima kasih sebab mencatatkan pengalaman saudari. saya faham, kerana saya juga seperti saudarl. kekeliruan itu berterusan kerana keluarga saya masih lagi menetap di Sabah sedangkan saya belajar di Semenanjung. Saya berharap dapat terus mengumpul kisah-kisah dan coretan pengalaman orang-orang seperti saya, dan saudari supaya isu terpinggir ini akan dapat diketengahkan suatu masa nanti. bukan untuk memecah belah, tapi untuk menyatukan dan menembusi tembok pemisahan antara Sabah-Semenanjung selama ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih berkunjung dan membaca entri ini. Harapan saya agar aspirasi 1Malaysia menjadi kenyataan - perpaduan tanpa prasangka di antara seluruh rakyat Malaysia.

      Padam
    2. Aslm. Nasib kita sama. Saya juga ibu bapa berasal dari Semenanjung tetapi mencurahkan bakti di Bumi di Bawah Bayu. Sedikit komen, meskipun tembok pemisah itu terlerai, masih perlu masa yang panjang lagi untuk kesamarataan 1Malaysia direalisasi. Diskriminasi kenaikan jawatan banyak mengutamakan anak negeri sejati, mengetepikan hak merit. Sedih tapi apakan daya. Nasib "anak Sabah". Ikhlas ingin berbakti kepada tanah tumpah darah namun tidak dihargai

      Padam
    3. Wa'salam. Saya setuju dengan kenyataan saudari mengenai diskriminasi kenaikan pangkat yang lebih mengutamakan 'anak negeri sejati' berbanding dengan hak merit. Hak kesamarataan 1Malaysia menuntut agar setiap kaum diberikan hak yang sama dan saya setuju dengan kenyataan saudari. Saya yakin pembentukan Malaysia yang telah menjangkau setengah abad belum cukup untuk memberi masa kepada semua bangsa Melayu/Bumiputera di Malaysia untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan mereka dalam sesetengah perkara untuk merealisasikan apa yang dikatakan sebagai 1Malaysia.

      Padam
  8. Hmm..mmg susah dan saya paham perasaan anda. Saya berkahwin campur. Saya orang Semenanjung, isteri orang Sabah. Punya 2 orang anak, sorang lahir di Semenanjung dan sorang lagi lahir di Sabah. Saya pulak sekarang bekerja di Sabah. Pening kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara mudah yang tidak memeningkan kepala seandainya 'tembok' itu diruntuhkan.

      Padam
    2. 1 Malaysia hanya slogan & omong kosong saja kalau hal mcm ni tetap dipandang remeh..

      hanya mereka yg hidup dalam reality sebenar di Sarawak & Sabah dapat faham luahan Cik Mistree.

      siapa berani nafikan scenario ini:
      apa salahnya ORANG SEMENANJUNG? walhal mereka juga WARGANEGARA MALAYSIA yg SAH...tapi dihambat & dikenakan peraturan imigresen SAMA seperti warga asing INDONESIA & FILIPINA??

      keluar masuk kena guna slip imigresen 3 bulan saja?? kerja di Sabah kena ada PERMIT??

      dah bernikah & beranak pinak sampai anak bercucu pon kena tahan di kaunter imigresen??

      tambah sedih org semenanjung PENJAWAT AWAM KERAJAAN MALAYSIA diolok-olok MALAYA..yg bernikah dgn orang tempatan SABAH..nikah dgn SAH..hidup rukun damai..dianggap sama mcm 'pilak-pilak' lain????

      adilkah ini??? inikah semangat 1 Malaysia??

      warga Pakistan, Indonesia & Filipina siap berkampung bnyk generasi dibiarkan bebas begitu saja pula?? yg bersepah di kawasan Api-Api KK, Sepanggar, Sembulan, Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Semporna...steady saja??

      Padam
    3. Terima kasih atas komen anda.

      Padam
    4. percayalah sesungguhnya P.A.T.I yang sesungguhnya di pandang serong ini adalah orang2 melayu...saya terpaksa memaklumkan untuk pencerahaan oleh pihak melayu sabah juga melayu semananjung...andai kata saya salah seorang p.a.t.i itu,kami akan kata mcm ini ''orang semenanjung adalah saudara kami,negeri kami negeri kamu juga'' org2 yang recist di sini adalah kadazan-dusun dan cina di sabah ini...mereka ini lah yang anti p.a.t.i + melayu semananjung...kami melayu bumi putera di sabah kena berkongsi pada semua saudara melayu kami bahawa kami sama sekali tiada halangan utk menerima org melayu smjg dan juga p.a.t.i..kita seharusnya bersatu sebab nya negeri sabah ini mejoritinya adalah kadazan-dusun dan cina,sebab itu kami terpaksa memberitahu saudara serta saudari sekalian dari tanah melayu bahawa p.a.t.i tidak recist terhadap melayu cuma dua bangsa inilah yg anti melayu

      Padam
    5. Untuk megimbangkan anti Semenanjung, UMNO melebarkan sayapnya ke Sabah, USNO dengan rela hati memberi ruang kepada UMNO, kini USNO hanya tinggal nama.

      Padam
  9. Saya orang semenanjung, isteri sabah, anak pertama lahir semenanjung. insyaAllah anak ke-2 bakal menyusul July ni di Sabah, persoalan saya...adakah anak no.2 akan mendapat kerakyatan Sabah? Sebab ibu nya berasal dari Sabah?

    Sekadar sia mau maklumkan, insyaAllah pd 1 Mac 2014 ini, sia akan manatap di Sabah smpai bila2, sia suka Sabah, sia suka urg2 Sabah...sia suka tinggal di Sabah, sbb tu sia mahu selamanya di Sabah. Cuma persoalan ke-2, di semenanjung sia karja sendiri2, bisnes online bah. Manatap di Sabah, adakah sia perlu permit karja juga? Siou, banyak pula sia tanya ni

    Mohon reply jawapan ka emel sia firdausluct @ gmail.com

    Salam kenalan, bini sia urg dusun dari tamparuli, insyaAllah manatap di UCA2, Kg Dambai, Menggatal. Ni web bisnes sia http://firdausdesign.my/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat berkenalan juga daripada saya. :) Insya-Allah, saya akan menjawab persoalan saudara melalui e-mel.

      Padam
  10. Salam Perkenalan, Cik Misstree

    Saya seronok baca artikel ni dan sebagai muslim Sabah berketurunan Bajau, saya faham sangat keadaan di negeri saya. Saya juga membesar agak lama di Semenanjung, iaitu sejak masuk sekolah berasrama tingkatan 4 hingga sekarang masih menetap & bekerja di Semenanjung juga. Isteri saya orang Bajau Sabah macam saya juga.

    Sebagai orang Sabah yg lama menetap di 3 negeri di Semenanjung, saya juga amat faham keadaan dan hati budi org2 Semenanjung. Guru2 saya semasa di Sabah dulu pun ramai yg berasal dari pelbagai negeri Semenanjung, dari merekalah saya mula belajar mengenali masyarakat Semenanjung, khususnya orang2 Melayu.

    Saya simpati membaca artikel Cik Mistree kerana saya sendiri pernah menjadi mangsa tengkingan petugas kaunter imigresen Airport KK gara2 kehilangan IC dan hanya dapat membawa surat pengenalan sementara utk terbang ke Semenajung. Bagi saya, ini bukan masalah diskriminasi semata tapi lebih kepada sikap sebilangan staf imigresen yg tidak mesra pelanggan, tak kiralah pelanggan itu asal dari negeri mana sekalipun. Staf kaunter AirAsia pun ada juga yg tiada adab sopan macam ini.

    Namun ini tidak pernah mengurangkan kasih dan cinta saya kepada negeri asal usul dan kelahiran, sama seperti Cik Mistree yg sayangkan negeri asal usul saudari. Saya rasa tentu saudari sedia maklum ramai rakyat Sabah yg merasakan Sabah dipinggirkan oleh Kerajaan Pusat dari segi pembangunan sosioekonomi berbanding Semenanjung. Rakyat Sabah juga merasakan kekayaan Sabah seperti minyak, gas, sumber asli dsb juga banyak diambil oleh Kerajaan Pusat untuk membangunkan negeri2 Semenanjung sedangkan Sabah hanya mendapat pulangan yg sedikit.

    Selain itu, rakyat Sabah juga sukar mendapat pekerjaan dalam Kerajaan Persekutuan sehingga terlalu ramai graduan Sabah yg menganggur atau merantau ke Semenanjung untuk mencari kerja seperti saya. Pada masa yg sama, terlalu ramai guru, pensyarah universiti/politeknik, polis, tentera dan kakitangan2 Kerajaan dari Semenanjung yg dihantar bertugas di Sabah sedangkan jawatan2 tersebut boleh diisi oleh rakyat Sabah yg layak. Bukan itu saja, malah jawatan2 penting seperti Mufti Negeri, Pengarah Bhgn Hal Ehwal Islam Negeri, Ketua Polis Negeri, Panglima Angkatan Tentera Negeri, Pengarah2 Jabatan, Pengetua2 Sekolah dsb pernah atau kerap kali diberikan kepada org2 Semenanjung yg sering tidak memahami masalah2 rakyat Sabah.

    Dengan kata lain, ramai rakyat Sabah yg merasakan negeri mereka dijajah dan dirampas haknya dari segi ekonomi dan tadbir urus oleh 'Kerajaan Malaya' dan tidak diberikan keutamaan sewajarnya dari segi pembangunan dan peluang pekerjaan untuk rakyatnya. Hinggakan gaji minimum yg ditetapkan untuk Sabah (RM800) pun lebih rendah berbanding gaji minimum di Semenanjung (RM900).

    Rakyat Sabah yg berpendidikan juga memahami sejarah asal penubuhan Malaysia yg melibatkan Sabah sebagai salah sebuah wilayah autonomi dan rakan kongsi yg sama taraf dengan Malaya, bukan hanya sebagai sebuah negeri yg sama taraf dengan negeri2 lain di Semenanjung.

    Ramai rakyat Sabah juga masih marah sehingga ke hari ini kerana Pulau Labuan telah diambil sebagai Wilayah Persekutuan tanpa sebarang pampasan langsung kepada rakyat dan Kerajaan Sabah, sedangkan Persekutuan telah membayar pampasan kepada Selangor sewaktu mengambil KL dan Putrajaya dahulu.

    Kesemua sentimen yg saya nyatakan di atas dirasai bersama oleh bumiputera islam dan bukan islam di Sabah. Banyak lagi sentimen yg lebih ekstrim, misalnya ada rakyat Sabah yg berpendapat pemimpin Sabah sewaktu merdeka dahulu sebenarnya telah ditipu oleh pemimpin Malaya sehingga mereka menggadaikan tanah air kami kepada Malaya melalui perjanjian penubuhan Malaysia 1963. Mereka membandingkan kedudukan Sabah sekarang dengan kedudukan Brunei sekarang yg jauh lebih kaya dan makmur ekoran keputusan mereka untuk menolak Perjanjian Malaysia dahulu.

    Seam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan, Unknown

      Dalam kes pengalaman saudara dengan petugas kaunter imigresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, hanya sekadar tengkingan "gara2 kehilangan IC dan hanya dapat membawa surat pengenalan sementara utk terbang ke Semenajung." Dalam kes anak orang Malaya yang lahir di Sabah, tindakan petugas kaunter imigresen di Lapangan Terbang Kota Kinabalu mengeluarkan kenyataan "Walaupun kamu lahir di negeri Sabah, kamu tetap bukan orang Sabah", ada hati yang terguris di situ. Bukan semata-mata hati yang terguris tetapi secara tidak langsung kenyataan sedemikian menunjukkan kami dinafikan hak sebagai “orang Sabah” walaupun kami lahir di Sabah. Situasi ini menunjukkan seolah-olah wujud dua status iaitu pertama, “warganegara Malaysia” dan kedua, “warganegeri Sabah”. Asal-usul saudara berdasarkan negeri kelahiran tetapi asal-usul kami tidak ditentukan berdasarkan negeri kelahiran sebaliknya ditentukan menurut negeri kelahiran ibu bapa kami. Jika anak warganegara Malaysia lahir di luar negara contohnya, United Kingdom, maka ia layak diberi status warganegara Malaysia kerana kedua-dua ibu bapanya atau salah seorang daripada ibu bapanya adalah warganegara Malaysia, tidak dikira ia sebagai orang yang berasal dari United Kingdom. Situasi kami anak orang Malaya yang lahir di Sabah layaknya seperti anak warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

      Saudara menyatakan, “… sejarah asal penubuhan Malaysia yang melibatkan Sabah sebagai salah sebuah wilayah autonomi dan rakan kongsi yg sama taraf dengan Malaya, bukan hanya sebagai sebuah negeri yg sama taraf dengan negeri2 lain di Semenanjung.” Bertuahnya Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia, betapa bebas orang Sabah berulang-alik ke Semenanjung Tanah Melayu kerana setarafnya Sabah dengen negeri2 lain di Semenanjung sehingga saudara boleh mendapat pendidikan di sekolah berasrama di Semenanjung , tidak seperti kami dari Semenanjung Tanah Melayu hendak masuk ke Sabah perlu melalui kaunter imigresen terlebih dahulu. Betapa terhutang budinya saudara dengan Malaysia.

      Padam
    2. PETRONAS yang ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum (1974), sebagai perusahaan kepunyaan negeri (SOE) yang mempunyai hak eksklusif pemilikan, penerokaan dan pengeluaran yang terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri Malaysia dan bertanggungjawab bagi perancangan, pelaburan dan kawal selia bagi semua aktiviti upstream. Akta Petroleum 1974 ini digubal untuk penyerahan hak eksplorasi, eksploitasi dan carigali kepada PETRONAS. Kerajaan Pusat telah memberikan hak tersebut kepada PETRONAS, maka kerajaan negeri turut memberikan hak eksplorasi dan carigali kepada PETRONAS. Setahu saya, Kerajaan Negeri Sabah telah mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam hal wang royalti minyak dan gas menjadi pulangan kepada negeri Sabah yang digunakan untuk membangunkan negeri Sabah. Hak Sabah ke atas kawasan pelantar benua termaktub di dalam “North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954.” Ini sejarah dan hak istimewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963. Bayaran kepada negeri Sabah turut mengambil kira duti import, duti eksais, duti eksport petroleum dan hasil perlombongan galian semulajadi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jaminan yang diterima oleh negeri Sabah tidak ada bagi negeri-negeri di Semenanjung kecuali negeri Sarawak yang mengguna pakai “Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954]” kerana negeri-negeri di Semenanjung yang mempunyai sumber minyak dan gas menandatangani perjanjian dengan PETRONAS di bawah fasal 144 Akta Pembangunan Petroleum 1974.

      Padam
    3. Isu pembangunan yang melibatkan perundangan tidak boleh dinyatakan atas dasar “… ramai rakyat Sabah merasakan …”.

      Padam
    4. Dalam Ucapan Bajet 2014, Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman Ketua Menteri Dan Menteri Kewangan Sabah Di Persidangan Dewan Undangan Negeri Pada 15 November 2013 menyatakan “Negeri Sabah telah menyambut perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu. Sambutan gilang gemilang itu bukan sahaja mencerminkan perubahan dan kemajuan negeri Sabah, bahkan negeri ini sudah pun menjangkau separuh abad usia kemerdekaannya. Pada tahun 1967, jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri Sabah hanyalah RM602 juta dan pada masa kini KDNK negeri telah berkembang kepada RM44.4 bilion iaitu telah meningkat sebanyak 74 kali ganda. Rakyat Sabah pada masa kini menikmati pendapatan per kapita yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM19,010 berbanding hanya RM1,774 pada tahun 1970”.

      Padam
    5. Kenyataan saudara mengenai “… terlalu ramai guru, pensyarah universiti/politeknik, polis, tentera dan kakitangan2 Kerajaan dari Semenanjung yg dihantar bertugas di Sabah sedangkan jawatan2 tersebut boleh diisi oleh rakyat Sabah yg layak. Bukan itu saja, malah jawatan2 penting seperti jawatan-jawatan … Ketua Polis Negeri, Panglima Angkatan Tentera Negeri, Pengarah2 Jabatan, Pengetua2 Sekolah dsb pernah atau kerap kali diberikan kepada org2 Semenanjung yg sering tidak memahami masalah2 rakyat Sabah.” Bidang pendidikan, keselamatan (polis & tentera) adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan. Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri di bawah Bahagian Hal Ehwal, Jabatan Perdana Menteri. Pegawai-pegawai kerajaan yang berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan wajar dihantar bertugas ke Sabah (termasuk Sarawak) malah dari Sabah & Sarawak dihantar bertugas di Semenanjung. Isu yang saudara timbulkan ialah rakyat Sabah perlu mengisi kekosongan jawatan dalam Kerajaan Persekutuan untuk memberi ruang berkhidmat di negeri Sabah. Agak aneh bagi pegawai Kerajaan Persekutuan gred 41 dan ke atas hanya mendiami dan bertugas di negeri asal masing-masing sehingga berpencen tanpa perlu berpindah ke negeri2 lain dalam Malaysia. Tidak perlu dinamakan sebagai Pegawai Kerajaan Persekutuan jika diam berkhidmat di negeri asal masing-masing sehingga berpencen. Perkara 8 Borneonisasi menyatakan hasrat agar proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam di negeri Borneo Utara dilakukan secepat mungkin. Rakyat Sabah mahu berkhidmat untuk keperluan negeri Sabah ada ruang dalam Kerajaan Negeri Sabah.

      Padam
    6. Perlantikan Mufti Negeri Sabah adalah atas bidang kuasa Yang di-Pertua Negeri Sabah atau disyorkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri Sabah dengan persetujuan Ketua Menteri di bawah Seksyen 4(1) Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004. Kenapa bukan orang Sabah tidak dilantik sebagai mufti? Wajar soalan ini ditanyakan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah atau Majlis Ugama Islam Negeri Sabah.

      Padam
    7. Penetapan gaji minimum RM800 di Sabah dan Sarawak seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia, Malaysia “gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi bagi Sabah dan Sarawak melainkan pada tahap RM800 sebulan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, penetapan pada tahap itu dibuat memandangkan gaji penengah di dua negeri berkenaan pada masa ini sangat rendah iaitu masing-masing RM577 dan RM738 sebulan. “Gaji penengah yang rendah memberi indikator bahawa majikan tidak mempunyai keupayaan untuk membayar gaji yang tinggi. “Sekiranya gaji minimum ditetapkan terlalu tinggi ia berkemungkinan terpaksa mengurangkan jumlah pekerja. “Jika keadaan ini berlaku, ia akan merugikan pekerja kerana mereka kehilangan pekerjaan dan ini akan menimbulkan masalah pengangguran."

      Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan Membentangkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (PINDAAN) (NO. 2) 1984 pada 19 Mac 1984 di Dewan Rakyat, Parlimen menyatakan “Penyerahan Pulau Labuan kepada Kerajaan Persekutuan tidak melibatkan apa-apa bayaran pampasan atau ganti rugi kepada Kerajaan Negeri Sabah. Apa yang diminta oleh Kerajaan Negeri ialah supaya bangunan 'Sri Labuan' yang ada di pulau itu serta tanah yang menjadi tapak dan kawasan bangunan itu akan terus kekal menjadi hakmilik Kerajaan Negeri Sabah sebagai rumah rehat Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan terhadap permintaan itu.”

      Sebelum pembetukan Malaysia pada tahun 1963, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk dan penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Hanya 20% sahaja yang tidak bersetuju termasuk berasa pembentukan Malaysia adalah satu penipuan dan penjajajan bentuk baru.

      Padam
    8. Salam, terima kasih atas jawapan. Tolong panggil saya Seam, bukan Unkown. Saya telah tulis nick saya di bawah setiap komen kerana saya tak dapat edit Unknown yg telah ditetapkn secara automatik oleh browser.

      Terlebih dahulu, ingin saya nyatakan sebenarnya bukan Sabah yg bertuah kerana berada dalam Malaysia. Malayalah yg sebenarnya bertuah kerana Sabah dan Sarawak telah ‘sudi’ bergabung dengan Malaya utk membentuk Malaysia. Tanpa Sabah & Sarawak, Malaya tidak akan dapat membangun pesat seperti sekarang. Bahkan sekarang pun, kalau Sabah keluar dari Malaysia, negara ini akan rugi besar dari segi pendapatan KDNK tahunan. Kalau Sabah dan Sarawak keluar Malaysia serentak, Malaysia bisa bankrap dan perlu diselamatkan oleh IMF atau lain2 bentuk bantuan antarabangsa.
      Begitu besarnya tuah dan nikmat yg disumbangkan oleh Sabah & Sarawak kepada Malaysia sehingga digelar ‘fixed deposit’ oleh pemerintah Malaya. Bahkan gaji dan pencen kakitangan awam di seluruh Malaysia pun bisa terjejas jika pendapatan Kerajaan Persekutuan merosot banyak akibat ketiadaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Jadi tidak wajar jika kami dianggap ‘menumpang tuah’ Malaysia kerana sebenarnya Malaysialah yg menumpang tuah kami. Tanpa kekayaan Sabah & Sarawak, tidak akan ada Putrajaya, KLIA, monorel, PLUS dan segara macam lagi kemudahan & infrastruktur yg dinikmati secara eksklusif oleh penduduk Malaya hari ni. Kalau tidak percaya, silalah bertanya kepada pegawai kanan Petronas, EPU, Bank Negara, Kem.Kewangan dan lain2 pihak yg terlibat langsung dgn bajet. Pemimpin2 seperti Tengku Razaleigh dan Tun Mahathir juga boleh memberi pencerahan melalui temu ramah atau membaca tulisan2 mereka.

      Padam
    9. Suka juga saya nyatakan saudari tersilap fakta ketika menyatakan 80% rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia pada 1962. Bukan begitu ceritanya. Idea menggabungkan Sabah, Sarawak, Singapura & Brunei membentuk Malaysia telah mula dinyatakan Tunku A.Rahman pada 27 Mei 1961. Idea tersebut telah mendapat tentangan daripada pemimpin2 masyarakat peribumi Sabah & Sarawak pada masa itu yang bimbang bahawa penubuhan Malaysia hanyalah perpindahan kuasa pemerintahan daripada British kepada Malaya. Referendum yg Suruhanjaya Cobbold pada 1962 juga mendapati hanya sekitar 30% sahaja rakyat Sabah yg bersetuju dengan kemerdekaan melalui Malaysia. Baki 70% lagi terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu:

      1. Mereka yg mahukan rundingan dan syarat2 tertentu terlebih dahulu sebelum bersetuju membentuk Malaysia;

      2. Mereka yg mahu Sabah merdeka dan stabil terlebih dahulu sebelum mahu mempertimbangkan cadangan penubuhan Malaysia; dan

      3. Mereka yg menentang sama sekali penubuhan Malaysia tanpa sebarang rundingan.

      Dipendekkan cerita, hasil rundingan antara pemimpin2 negara2 yg terlibat (Malaya, Sabah, Sarawak dan Sgpura) maka lahirlah Perjanjian Malaysia 1963, Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara. Berdasarkan sejarah ini, dapat dilihat bahawa Sabah & Sarawak tidak terhegeh-hegeh nak membentuk Malaysia. Tidak wujud keadaan ‘kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan’ di pihak Sabah & Sarawak pada masa itu. Sebab itulah Sabah & Sarawak telah diberi kemerdekaan terlebih dahulu sebelum membentuk Malaysia. Sabah telah merdeka pada 31 Julai 1963 dan Sarawak pada 22 Jun 1963. Jadi, ketika membentuk Malaysia, Sabah & Sarawak sudah pun berstatus negara merdeka dan bukannya merdeka hanya setelah terbentuknya Malaysia. Kalau pemimpin Sabah & Sarawak hendak tarik balik persetujuan mereka ketika itu pun (seperti Brunei), mereka boleh buat kerana mereka sudah merdeka lebih awal.

      Padam
    10. Memang benar, terdapat perbezaan dari segi penentuan ‘kerakyatan’ di antara peribumi Sabah yang lahir di Sabah dan orang asal Malaya yg lahir di Sabah. Kedua-duanya mempunyai status yg berbeza walaupun sama2 dilahirkan di Sabah. Rakyat Sabah juga bebas berulang alik ke Semenanjung tanpa banyak kerumitan seperti yg dirungutkan oleh rakyat Semenanjung yg masuk ke Sabah.

      Tapi sedarkah saudari bahawa rakyat Sabah terpaksa membayar harga yg SANGAT MAHAL untuk ‘kelebihan’ ini? 95% hasil minyak & gas diambil oleh Malaya melalui PETRONAS, hanya 5% yg dikembalikan kepada rakyat Sabah melalui Kerajaan Negeri. Bajet pembangunan yg diberikan pun terhad, malah projek pembangunan pun kerap kali tertangguh disebabkan pelbagai kelemahan. Ini belum dikira lagi hasil2 lain yg juga sebahagian besarnya mengalir ke Malaya. Tanah2 ladang & komersial di Sabah pun sudah banyak yg berpindah tangan daripada rakyat Sabah kepada org/syarikat Semenanjung atas nama pembangunan. Itulah harga yg rakyat Sabah terpaksa bayar hanya untuk mengekalkan status Sabah sebagai sebuah negeri yg boleh menentukan kerakyatannya sendiri.

      Sejujurnya, kami rakyat Sabah tidak kisah jika rakyat Semenanjung yg lahir di Sabah diiktiraf sebagai anak Sabah yg setaraf dengan kami. Syaratnya mudah saja. Kembalikan pemilikan hasil bumi Sabah kepada rakyat Sabah. Gantikan Petronas di Sabah dengan PetroSabah, atau tingkatkan bilangan anak2 Sabah dalam Petronas. Kembalikan tanah2 & ladang2 luas milik syarikat2 Semenanjung kepada rakyat Sabah. Kembalikan Labuan. Hentikan pelaksanaan pembangunan yg berat sebelah yg telah menyebabkan Sabah terus ketinggalan. Laksanakan perkara2 ini, maka kami sendiri yg akan desak pemimpin kami & pemimpin Malaya supaya seragamkan peraturan imigresen & kerakyatan antara Sabah dengan Malaya.

      Padam
    11. Akta Kemajuan Petroleum 1974 itu sebenarnya satu akta yg penuh kontroversi bagi rakyat Sabah. Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha pada masa itu tidak bersetuju dengan akta tersebut dan mahu royalti minyak & gas Sabah ditetapkan sebanyak 30%, bukan 5% seperti yg Malaya mahukan. Kerana keengganan ini, beliau digulingkan melalui perancangan politik yg didokong Malaya. Pengganti beliau, Tun Fuad juga tidak bersetuju dan mahukan akta tersebut dibincangkan dahulu di peringkat Kabinet Sabah dan dibahaskan dalam DUN Sabah sebelum menyatakan sebarang pendirian. Tetapi pemimpin Malaya sudah tidak sabar & mahukan Sabah segera bersetuju. Akhirnya Tun Fuad terkorban dalam tragedi misteri ‘double six’yg sampai hari ini belum dikeluarkan sebarang laporan rasmi mengenainya.

      Pengganti Tun Fuad pula, Datuk Harris Salleh telah berjaya ‘dipujuk’ oleh Malaya untuk mendatangani perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 yg merugikan Sabah. Beliau jugalah yg bertanggungjawab atas penyerahan Labuan kepada Malaya tanpa sebarang pampasan. Akhirnya rakyat Sabah yg marah telah menggulingkan beliau melalui peti undi dan parti pimpinannya hilang sokongan politik hingga kini. Banyak ‘compromise’ yg beliau telah lakukan atas desakan pemimpin Malaya dan ini antara sebabnya mengapa sebahagian rakyat Sabah tidak suka dengan kehadiran rakyat Semenanjung di Sabah dalam pelbagai lapangan.

      Padam
    12. Memang benar banyak bidang kuasa pentadbiran & keselamatan yg berada di bawah bidang kuasa Persekutuan, termasuk pelantikan penjawat awam Persekutuan. Namun adakah itu alasan untuk meminggirkan rakyat Sabah daripada pelantikan ke jawatan2 tersebut? Tidak salah kalau nak hantar ramai pegawai2 & anggota2 keselamatan Semenanjung ke Sabah, tetapi timbal balasnya mestilah adil. Mesti ramai juga rakyat Sabah yg dilantik dan dihantar ke Semenanjung. Tapi soalnya, adakah ini berlaku? Berapa kerat rakyat Sabah yg diterima bekerja sebg guru, polis, tentera dsb. Peratusannya sangat kecil sekali. Realitinya, jangankan hendak dihantar ke Semenanjung, yg DILANTIK pun kurang. Maka jadilah macam keadaan sekarang, jawatan2 penting di Sabah DAN di Semenanjung hampir semua dimonopoli oleh rakyat Semenanjung. Sampaikan kerani FELDA di daerah2 kecil Sabah pun org Semenanjung juga yg pegang. Tapi cubalah kira berapa ramai guru, polis & lain2 kakitangan Sabah yg bertugas di Semenanjung. Amat sedikit. Masih ramai rakyat Sabah yg tersekat di kampung2 mereka walaupun mempunyai kelayakan dan sudah bertahun memohon pelbagai jawatan yg sesuai dgn kelayakan.

      Orang2 Semenanjung pulak ramai benar yg bekerja di Sabah (dari jawatan terendah hingga yg tertinggi) & ramai benar pula yg berkhidmat di Semenanjung sejak mula dilantik sampai pencen! Rakyat Sabah? SEDIKIT BENAR yg berkhidmat di Semenanjung, MINORITI pula yg mengisi jawatan2 persekutuan di dalam negeri Sabah. Ringkasnya, kami tidak diberikan peluang kerja yg munasabah baik di Semenanjung mahupun di negeri kami sendiri. Ini semua masih berterusan walaupun KDNK Sabah mencecah RM44 billion!! Siapa penerima terbesar KDNK ini? Sudah tentulah rakyat Semenanjung yg mengisi pelbagai jawatan dlm sektor awam & GLC seluruh negara termasuk Sabah. Sebahagian besar dpd KDNK RM44 billion ini disalurkan kepada mereka dalam bentuk gaji dan emolumen. Manakala Bank Dunia pula melaporkan Sabah kekal sebagai negeri termiskin di Malaysia di sebalik kekayaan besar ini!! Begitulah ‘bertuahnya’ Sabah berada di dalam Malaysia!!

      Padam
    13. Memang benar pelantikan Mufti Sabah adalah bidang kuasa MUIS dan Ketua Menteri, memandangkan MUIS adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri. Tetapi siapa yg mengawal Ketua Menteri kalau bukan Perdana Menteri? Ketua2 Menteri Sabah yg terdahulu telah jatuh akibat tidak mahu mengikut telunjuk Persekutuan yg diketuai Perdana Menteri, maka tidak hairan jika pelantikan Mufti Negeri pun bisa dilakukan atas ‘nasihat’ Perdana Menteri. Saya tiada masalah jika nak lantik sesiapa pun untuk jadi Mufti Sabah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah, dll. Tapi pernahkah rakyat Sabah dilantik ke jawatan2 begini di negeri2 lain di Semenanjung? Pernah dengar rakyat Sabah dilantik jadi Mufti Kedah? Selangor? KL? Tak pernah bukan. Kalau berlaku, apa agaknya respon orang2 di negeri2 itu? Fikirlah sendiri.

      Sabah juga tidak wajar dianggap setaraf dgn negeri2 di Semenanjung. Kedudukan Sabah & Sarawak adalah setaraf dengan Semenanjung itu sendiri. Buktinya, dalam dokumen Perjanjian Malaysia 1963 hanya ada tandatangan wakil2 dari 5 buah negara yg terlibat iaitu: (https://treaties.un.org/doc/Publication/UNTS/Volume%20750/volume-750-I-10760-Other.pdf)

      1. Wakil2 Persekutuan United Kingdom dan Ireland Utara, diketuai Harold Mcmillan;
      2. Wakil2 Tanah Melayu, diketuai Tunku A.Rahman, PM Persekutuan Tanah Melayu & (Semenanjung);
      3. Wakil2 Sabah, diketuai Tun Mustapha, Ketua Menteri Borneo Utara (Sabah);
      4. Wakil2 Sarawak, diketuai P.E.H. Pike; dan
      5. Wakil2 Singapura, diketuai LKY.

      Tiada pun tandatangan Sultan atau MB Selangor, Kedah, etc dalam perjanjian tersebut. Mereka sudah diwakili oleh T.A.R yg telah duduk semeja berunding dengan pemimpin2 Sabah & negara2 lain yg sama taraf, jadi di bawah Perjanjian Malaysia, kedudukan Sabah memang setaraf dengan Semenanjung. Di bawah Perkara 20, memang dinyatakan Sabah tidak dibenarkan keluar dari Malaysia. Tetapi dalam perjanjian yg sama juga dinyatakan Sabah mesti diketuai oleh seorang pemimpin yg bertaraf YANG DIPERTUA NEGARA, bukan Yang DiPertua NEGERI. Tetapi adakah ini berlaku? Selepas kematian Tun Fuad pada 1976, taraf tersebut telah diturunkan kepada Yang DiPertua Negeri tanpa persetujuan kolektif pemimpin2 dan rakyat Sabah. Ini juga salah satu penyumbang kepada kejatuhan parti BERJAYA dan kebangkitan PBS & USNO yang akhirnya juga digulingkan atas tekanan Kerajaan Persekutuan. Jadi, jika Kerajaan Persekutuan boleh mengubah perkara ini sewenang-wenangnya, apa yg boleh menghalang rakyat Sabah mengubah perkara2 lain seperti membatalkan sekatan yg menghalang Sabah meninggalkan Malaysia? Penduduk di mana2 wilayah dalam sebuah negara boleh mengadakan referendum untuk merdeka atau memindah kuasa ke pada negara lain, seperti yg telah dilakukan oleh Crimea, Timor Leste, Sudan Selatan dan Ireland Utara.

      Padam
    14. Asas penetapan gaji minimum yg lebih rendah di Sabah adalah sangat tidak logik memandangkan KDNK Sabah itu sendiri sudah sangat tinggi. Apa yg perlu hanyalah polisi agihan semula sumber ekonomi & kewangan yg lebih adil kepada sektor ekonomi di Sabah melalui pelbagai projek dan pelaburan dalam industri ‘homegrown’. Ini yg diinginkan oleh rakyat Sabah. Contoh mudah, industri petroleum. Deposit minyak & gas begitu banyak di Sabah, tapi mengapa tidak dibina loji penapisan minyak @ petrokimia di Sabah? Port Dickson & Terengganu yg pengeluaran minyaknya tidak seberapa itupun ada loji penapis, mengapa di Sabah tak boleh buat? Dengan adanya loji-loji hiliran di Sabah akan ada kesan limpahan yg menjana ekonomi & peluang pekerjaan seperti dlm bidang logistik, kejuruteraan, hartanah, penyelidikan dsb. Sektor-sektor ini mampu menawarkan gaji minimum yg lebih tinggi, tetapi adakah sebarang bentuk galakan atau inisiatif yg agresif untuk melaksanakan perkara ini? Wajarlah jika rakyat Sabah merasakan ekonomi mereka dijajah kerana Semenanjung berperangai sama seperti British yg mengeksport bahan2 mentah keluar dari Semenanjung tanpa pulangan ekonomi yg banyak kepada rakyatnya.

      Hakikat bahawa sektor pekerjaan di Sabah hanya mampu menawarkan gaji pertengahan yg sangat rendah menunjukkan betapa besarnya nilai aliran keluar KDNK Sabah yang tidak dinikmati oleh rakyat Sabah dalam bentuk gaji dan peluang pekerjaan. Saya juga difahamkan banyak syarikat2 nasional yg menawarkan gaji yg jauh lebih rendah di Sabah berbanding di Semenanjung. Contohnya KFC Malaysia menawarkan gaji sekitar RM400-500 untuk pekerja2 outlet mereka di Sabah, tetapi menawarkan tidak kurang daripada RM800 untuk pekerjaan yg sama di Semenanjung. Inilah contoh ketidak adilan yg nyata dalam agihan pendapatan kepada rakyat Sabah, seolah-olahnya titik peluh mereka lebih rendah nilainya berbanding titik peluh rakyat di Semenanjung. Begitu juga dengan sektor-sektor lain seperti rangkaian hotel dan resort yang berpusat di Kuala Lumpur. Gaji pekerja yg ditawarkan jauh berbeza antara Sabah dengan Semenanjung. Ini sudah tentu menyumbang kepada kuasa beli rakyat Sabah yg lebih kecil dan ini tentunya memperlahankan pertumbuhan ekonomi negara tersebut.

      Padam
    15. Banyak lagi diskriminasi yg saya boleh ceritakan, tapi rakyat Sabah memang cukup penyabar sehingga diskriminasi yg besar2 pun mereka boleh diamkan berpuluh tahun. Bukan macam org Semenanjung, baru disuruh beratur di kaunter imigresen KKIA pun dah merungut sakan. Padahal kami pun kalau masuk Semenanjung kena beratur untuk tunjuk IC juga di Kaunter Imigresen Sabah sebelum naik flight. Ni belum masuk lagi cerita pegawai2 dari Semenanjung yg baru gred 48 sudah mengada-ngada minta kenderaan khas jemput dari airport ke hotel. Minta escort, diangkatkan beg segala macam. Kalau yg dah JUSA apatah lagi, landing tengah malam pun kena ada liaison officer dok sambut kat airport, tunggu depan VIP Lounge. Sedangkan pegawai2 dari Sabah tak kira gred PnP ke, JUSA ke kalau masuk Semenanjung landing kat KLIA tu naik je public transport yg ada, tak payah escort, tak payah kenderaan rasmi pun. Beg angkat sendiri. Perkara2 begini nampak remeh bagi sesetengah orang, tapi bagi kami rakyat Sabah yg berada di ‘receiving end’, kami sangat meluat. Selagi elitis dari Semenanjung ni bersikap macam penjajah British yg sangat protocol-centric, selagi tu lah rakyat Sabah akan meluat. Selagi rakyat Semenanjung tak berhenti membangkitkan isu sensitif seperti taraf Sabah, peraturan imigresen dsb, rakyat Sabah akan terus mengekalkan jurang hubungan yg tidak akrab dengan rakan mereka yg hanya senegara tapi tidak sejiwa.

      Padam
    16. Pemerintah Semenanjung juga bijak menggunakan parlimen untuk meluluskan undang2 yg hanya menyebelahi mereka, tetapi meminggirkan/menghakis kepentingan Sabah & Sarawak. Mana tidaknya, jumlah kerusi Parlimen dari Semenanjung ada 157 tetapi Sabah cuma ada 25, Sarawak 40. Senario yang sama sudah berlarutan sejak 1965 selepas Singapura ditendang keluar jadi Malaysia. Jumlah kerusi parlimen dari Sabah & Sarawak sentiasa kurang daripada 2/3 jadi, apa saja peruntukan undang2 boleh diluluskan dengan mudah walaupun mendapat bantahan kedua2 negeri ini seperti Akta Kemajuan Petroleum 1974. Segala bentuk pindaan perlembagaan pun mudah diluluskan seperti pengurangan kuasa2 Kerajaan negeri dan Senarai Bersama di bawah Jadual Kesembilan Kerajaan Perlembagaan Persekutuan. Tidak hairanlah jika semakin ramai rakyat Sabah yg menyokong hasrat untuk keluar dari Malaysia kerana kami sudah nampak kalau berjuang melalui demokrasi berparlimen pun, tiada apa2 harapan lagi. Dengan bilangan kerusi lebih 2/3, Semenanjung always have the upper hand.

      Padam
    17. Saya mohon maaf sebab memanggil saudara "Unknown". Tujuan asal entri ini ditulis ialah untuk menceritakan kedudukan anak Orang Malaya yang lahir di Sabah tetapi pemahaman saudara entri ini berbaur kritikan terhadap negeri Sabah. Keseluruhannya saya suka membaca komen2 saudara pada kali ini yang lebih berilmiah berbanding sebelum ini. Walau bagaimana pun saya lebih suka merujuk laporan rasmi Kerajaan Malaysia sebagai bukti/fakta untuk membincangkan sesuatu isu berbanding merujuk 'cakap2 orang'. Saya tidak prejudis terhadap Kerajaan Malaysia bukan kerana saya "anak Orang Malaya" tetapi saya adalah warganegara Malaysia yang bertanggungjawab yang tidak akan sama sekali memalukan negara Malaysia yang saya cintai di khalayak dunia. Saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak suka berbuat sedemikian.

      Padam
    18. Ada hutang budi di situ di antara Datuk Harris Salleh secara peribadi dengan Kerajaan Persekutuan. Akhirnya, bukan hanya rakyat Sabah sahaja yang menggulingkan Datuk Harris Salleh, beliau digulingkan atas 'restu' Kerajaan Persekutuan sebagaimana penubuhan Parti Berjaya bertujuan untuk menjatuhkan USNO.

      Sultan Kedah tak mahu "orang luar" pegang jawatan mufti negeri Kedah. Di Kedah, ramai ulama, tok guru yang buka sekolah pondok. Awat pulak kami nak kena ambik orang luaq? Kerajaan Negeri Sabah bersedia terima mufti asal dari luar Sabah. Zaman 1970-an, ramai ustaz dari Semenanjung Tanah Melayu yang berkhidmat sebagai tenaga pengajar/pendakwah di bawah MUIS. Sehingga ada pengalaman seorang ustaz baru tinggal di Sabah dijemput oleh orang Sabah yang beragama Islam tetapi kurang ilmu agama dalam majlis keraimaian untuk minum tuak.

      Padam
    19. Portal Maklumat Rakyat, Kementerian Penerangan Malaysia dalam laman web http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/7407-hari-malaysia.html mengenai maklumat Hari Malaysia menjelaskan "Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan Tanah Melayu."

      Padam
    20. Sultan dan Raja Melayu di negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu telah bersetuju menurunkan kuasa pemerintah/eksekutif kepada Ketua Menteri Tanah Melayu/Perdana Menteri Tanah Melayu semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Semasa usaha pembentukan Malaysia (gabungan Sabah dan Sarawak serta Brunei), Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Ketua Menteri Tanah Melayu pada ketika itu tanpa melibatkan Sultan dan Raja2 Melayu.

      Padam
    21. Bantahan/sokongan dalam Dewan Rakyat, Parlimen adalah berdasarkan kepada ahli parlimen yang mewakili kawasan dan pada masa yang sama ahli parlimen tersebut turut mewakili Kerajaan atau pembangkang yang turut ditandai oleh parti politik (jika ia bukan 'bebas'). Tidak ada bantahan/sokongan dalam Dewan Rakyat berdasarkan "negeri" yang diwakili oleh seseorang ahli parlimen.

      P/S: Secara peribadi, saya malu Kerajaan Persekutuan Malaysia ada pegawai Kerajaan Persekutuan seperti saudara. Mungkin tindakan yang betul jika orang Sabah tidak ramai yang memegang jawatan dalam Kerajaan Persekutuan Malaysia.

      Padam

  11. Ironinya, terlalu ramai rakyat Malaysia dari Semenanjung yg tidak dapat memahami sentimen2 ini walapun lahir dan menetap lama di Sabah. Tidak mustahil, pengalaman2 kurang enak yg saudari lalui sepanjang menetap di Sabah adalah berpunca daripada perasaan tidak puashati rakyat Sabah ekoran sentimen2 di atas. Mohon maaf jika terasa, namun sentimen2 ini sememangnya telah lama menebal dan menjadi punca kepada layanan kurang mesra yg ditunjukkan oleh sebilangan rakyat Sabah kepada rakyat Semenanjung. Pengalaman saya bertahun-tahun sebagai pegawai Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan berinteraksi dengan rakan2 sejawat dari Sabah & Semenanjung menguatkan lagi tanggapan2 & sentimen2 ini.

    Bagi saya dan ramai rakyat Sabah, jika 'tembok' antara rakyat Sabah & Semenanjung hendak dihapuskan, maka segala ketakseimbangan sosioekonomi dan kuasa tadbir urus antara Sabah & Semenanjung hendaklah ditamatkan terlebih dahulu dengan segera. Rakyat Sabah juga hendaklah diberi peluang pekerjaan yg lebih adil dalam agensi2 persekutuan dan Pulau Labuan mestilah dikembalikan sebagai sebahagian Wilayah Sabah. Operasi Petronas di perairan Sabah & Labuan juga hendaklah dihentikan dan digantikan dengan PetroSabah. Atau setidak2nya, lebih ramai rakyat Sabah dilantik ke jawatan2 penting dalam Petronas. Bukan seperti sekarang dimana jawatan2 penting Petronas hanya dimonopoli oleh rakyat Semenanjung sahaja sedangkan banyak operasinya dijalankan di Sabah.

    Jika tiada kesungguhan untuk melaksanakan harapan2 di atas, maka dikhuatiri tembok pemisah tersebut akan terus kekal sehingga terjadinya perpisahan Sabah keluar dari Malaysia seperti yg telah berlaku kepada Singapura.

    Seam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hebat hasrat Unknown, hehehe. Saya fikir saudara mesti masuk mana-mana parti politik, mungkin Barisan Nasional (BN), berusaha memperjuangkan hasrat saudara ini. Banyak perkara yang perlu dibentangkan dalam Dewan Rakyat, Parlimen. Nihil kalau setakat tulis berdegar-degar tetapi penghujung tidak ada sebarang tindakan.

      Keluarnya Singapura daripada Persekutuan Malaysia adalah isu yang berbeza jika Sabah berhasrat keluar dari Persekutuan Malaysia. Perkara 7 dalam Perkara 20 Sabah dan Sarawak telah menyatakan Sabah dan Sarawak tidak ada hak menarik diri daripada Persekutuan Malaysia.

      Peace for my beloved country - Malaysia.

      Padam
    2. Klausa 18 dalam Perkara 20 menyatakan Sabah mesti diketuai oleh Yang DiPertua NEGARA, bukan Yang DiPertua NEGERI. Tapi sejak 1976, perkara ini sudah dilanggar. Kalau pemerintah dari Semenanjung boleh langgar klausa ini sewenang-wenangnya, apa yg dapat menghalang Sabah daripada melanggar klausa 7? Perkara 20 dan Perjanjian Malaysia ini sebenarnya diatasi oleh konvensyen dan undang2 antarabangsa seperti Deklarasi Memerdekakan Negara-Negara dan Rakyat Terjajah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Resolusi 1514 (http://www.un.org/en/decolonization/declaration.shtml). Deklarasi ini menjamin hak dan kebebasan rakyat yang mendiami mana2 wilayah untuk menuntut kemerdekaan atau keluar daripada mana2 negara yg sedang memerintah mereka.

      Deklarasi inilah yg telah menjadi asas kepada kemerdekaan Timor Leste dan Sudan Selatan serta membolehkan Crimea keluar meninggalkan Ukraine untuk menyertai Rusia. Melalui referendum dan usul rasmi, PBB atau ICJ boleh memutuskan status kemerdekaan atau pendudukan mana2 wilayah berdasarkan hasrat penduduknya, bukan berdasarkan undang2 tempatan yg dipaksakan sahaja.

      JUSTICE for my country!!!

      Padam
    3. ICJ memutuskan sesuatu pertikaian di antara negara dsb terlebih dahulu mengambil kira sejarah tempatan dan sebarang perjanjian yang telah termeterai. Jika Sabah hendak membuat usul rasmi mana mungkin tidak melalui Kerajaan Persekutuan.

      Sabah bukan negara/wilayah yang dijajah oleh Malaysia. Sabah tidak layak menggunakan "Deklarasi Memerdekakan Negara-Negara dan Rakyat Terjajah" oleh UN.

      Padam
  12. PEACE WITHOUT JUSTICE AND SOCIAL EQUALITY IS MEANINGLESS

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disclaimer (Penafian):

      Saya tidak bertanggungjawab terhadap segala komen yang ditinggalkan oleh para pengunjung blog ini berkaitan dengan entri "Orang Malaya Di Sabah #1" dan entri "Orang Malaya Di Sabah #2". Setiap pengunjung blog yang meninggalkan komen berkaitan dengan kedua-dua entri ini adalah tanggungjawab mereka sendiri.

      Padam
    2. Selepas ini, saudara buat blog sendiri dan boleh tulis apa sahaja yang terbuku dalam hati.

      Padam