Sabtu, 1 September 2012

Takwim Puasa Sunat (1 Syawal 1433H - 30 Sya'ban 1434H)

Puasa dari sudut bahasa ialah menahan manakala dari sudut syarak, puasa ialah menahan nafsu dan semua perkara yang dapat membatalkan puasanya pada siang hari bermula terbit fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). 

Sumber: Sila klik di sini [...]

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa (Surah al-Baqarah:183) 
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:  
Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat.  
Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit.
Pelaksanaan ibadah puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti berikut:
  • Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas segala kurniaan-Nya.
  • Puasa adalah salah satu bentuk tazkiyatun nafs (menyucikan jiwa) dan tarbiyatun iradah (mendidik kehendak). Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah (nafsu lawwamah ini tinggi sedikit daripada nafsu ammarah. Nafsu ini masih di taraf rendah dan hina  namun ia mudah ditegur dan hatinya mudah terdorong ke arah ibadah dan kebaikan, tetapi nafsunya masih belum dapat ditundukkan) dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram.
  • Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan  terhadap golongan yang susah dan kurang bernasib baik.
  • Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong dan hasad dengki.
  • Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
  •  Memperolehi kecerdasan akal fikiran. Di antara nasihat Luqman al-Hakim terhadap anaknya ialah: "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah."
Oleh itu, ibadah puasa mengandungi faedah dan manfaat yang besar, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan eloklah melakukan puasa sunat yang terdapat dalam sepanjang tahun. Di bawah ini, aku sertakan Jadual Puasa Sunat (1 Syawal 1433H - 30 Sya'ban 1434H) sebagai panduan kita bersama:


Puasa Sunat
Tarikh
Puasa Enam
(Puasa enam hari dalam bulan Syawal kecuali pada 1 Syawal)


20 Ogos 2012 – 16 September 2012
Puasa 1-8 Zulhijah
17-24 Oktober 2012
Puasa Hari Wuquf (Bagi yang tidak menunaikan haji)
  
25 Oktober 2012
Puasa 1-9 Muharam
15-3 November 2012
Puasa Hari Asyura 
(Pada 10 Muharam berserta sehari sebelumnya) 
atau
(Pada 10 Muharam beserta sehari selepasnya)


23-24 November 2012
atau

24-25 November 2012
Puasa Hari Isnin dan Khamis
Kecuali:
·     Hari Tasyrik 13 Zulhijah (29 Oktober 2012 bersamaan hari Isnin)
·        Hari Syak 30 Sya’ban (7 Julai 2013 bersamaan hari Isnin)
Puasa Hari Putih 
(Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan dalam kalendar Hijrah)
·         Syawal (31 Ogos – 2 Sept. 2012)
·         Zulkaedah (29 Sept. – 1 Okt. 2012)
·         Zulhijah (29 – 31 Oktober 2012)
·         Muharam (2729 Nov.  2012)
·         Safar (2729 Disember 2013)
·         Rabiulawal (2527 Januari 2013)
·         Rabiulakhir (2426 Februari 2013)
·         Jamadilawal (25 – 27 Mac 2013)
·         Jamadilakhir ( 24 – 26 April 2013)
·         Rejab (23 – 25 Mei 2013)
·         Sya’ban (2224  Jun 2013)
Puasa Sunat Sya’ban
10 Jun – 8 Julai 2013

Di sini aku menyeru kepada pengunjung blog ini agar berusaha menunaikan ibadah puasa sunat sepanjang tahun bermula 1 Syawal 1433H sehingga 30 Sya'ban 1434H. Semoga madrasah Ramadhan 1433H yang telah kita lalui menjadi tarbiyah agar kita menjadi insan yang bertaqwa dan beristiqamah dalam melakukan amalan kebaikan dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Amin. 

10 ulasan:

  1. sangat senang ketika aku membaca artikel yang anda tulis nih,sangat berguna bagi kita,salam ukhuah Islamiyah,,,
    wassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ukhuwah Islamiyah;

      Terima kasih Dede Thea. Semoga beroleh manfaat. Pujian itu aku kembalikan kepada Allah swt yang paling layak menerima segala pujian.

      Padam
  2. salam..nice info. baguslah Dah Ada jadual. senang sikit nak Posa.

    BalasPadam
  3. Salam, Cik Mistree,
    Sangat besar guna dan manfaat info ini. Boleh ditampal di Blog saya info ini, dengan izin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam.

      En. Zulkifli,

      Saya benarkan. Insya-Allah, semoga lebih ramai pihak mendapat manfaat.

      Padam
  4. Assalamualaikum..slamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam.

      Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin juga kepada saudara Kamil. :)

      Padam
  5. Assalamualaikum,

    Cik Misstree

    Saya ingin tahu tentang tarikh Puasa Hari Putih iaitu pada setiap 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan dalam kalendar Hijrah (contoh Rabiulawal (6 – 8 Februari 2013)tetapi kenapa bukannya 25 - 27 Januari dan juga bulan-bulan seterusnya

    Maaf sekiranya saya salah. Sila betulkan silap saya

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam.

      Pn. Hjh Hayati Ali;

      Terima kasih atas teguran Pn. Setelah saya teliti kembali apa yang dikatakan oleh Pn. adalah benar. Oleh itu, saya mengemukakan pembetulan tarikh untuk puasa sunat hari putih (13, 14 dan 15 hari bulan dalam kalendar 1434H) seperti yang tertera di bawah iaitu:

      Muharam (27, 28 & 29 November 2012)
      Safar (27, 28 & 29 Disember 2012)
      Rabiulawal (25, 26 & 27 Januari 2013)
      Rabiulakhir (24, 25 & 26 Februari 2013)
      Jamadilawal (25, 26 & 27 Mac 2013)
      Jamadilakhir (24, 25 & 26 April 2013)
      Rejab (23, 24 & 25 Mei 2013)
      Sya'ban (22, 23 & 24 Jun 2013)

      Sekian, terima kasih.

      Padam