Ahad, 13 Oktober 2013

Bencinta: Enough Versi Timur




Apabila tengok iklan mengenai filem Bencinta di TV3, aku rasa teruja hendak menonton filem itu terutama bahagian Fathia (lakonan Nora Danish) berlatih tinju untuk berhadapan suaminya (lakonan Farid Kamil) yang membenci dirinya. Aku jadi tertanya-tanya “kenapa seorang suami boleh benci isterinya sendiri?”.

Hari minggu 6 Oktober 2013, aku menonton filem Bencinta di Golden Screen Cinemas, Amanjaya Mall, Bandar Amanjaya, Sungai Petani. Aku tengok filem itu pukul 2.30 petang. Walaupun hari Ahad bukan hari minggu bagi negeri Kedah tetapi harga tiket tetap RM10.00. Selepas menonton filem itu, aku sudah dapat jawapan kepada pertanyaan “kenapa suaminya benci dia?”. Jawapannya ialah sifat suami dia yang panas baran, pantang isteri marah dan meninggikan suara setelah isterinya tahu dia mempunyai hubungan kayu tiga dengan Rose.

Malam pada hari yang sama pukul 12.00 tengah malam TV2 menayangkan Enough yang difilemkan pada 2002 lakonan Jennifer Lopez dan Billy Campbell. Aku terkejut dengan jalan cerita yang hampir menyamai 90% dengan filem Bencinta. Perbezaan di antara kedua-dua filem ialah Bencinta memaparkan lokasi dan latar ceritanya telah diubah menurut versi Timur ala Malaysia di samping latar masa dan zaman yang telah ke hadapan menyebabkan alat telekomunikasi yang digunakan dalam filem Bencinta lebih canggih berbanding filem Enough. Pada aku, lakonan Farid Kamil memukul Nora Danish agak keterlaluan berbanding Billy Campbell memukul Jennifer Lopez dalam Enough. Aku rasa puas apabila Nora Danish berjaya mengalahkan Farid Kamil; "Ambik kau!".

Oleh yang demikian, pada hari yang sama aku dapat menonton kedua-dua filem di mana Bencinta merupakan hasil plagiat daripada Enough. Sungguh mengecewakan! Aku rasa kecewa dengan Bencinta!

6 ulasan:

  1. Citer myu ptama yg aku tgk d wayang ialah 'cinta' arahan kabir bahtia. Aku suka garapan citer. Citer myu lain hampehh...sume nak ikut barat. Aku teringin nak tgk citer bonohan...kabarnya citer tu best...lain dr citer myu yg biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sudah tengok filem Bunohan, bagi saya Bunohan adalah filem lelaki; watak perempuan hanya seorang yang tidak memainkan peranan yang besar dalam filem itu. Bunohan adalah sebuah filem yang menarik, tempat penggambaran juga cantik sesuai dengan latar belakang pengarahnya yang mempelajari pembikinan filem di Perancis. Semua watak menggunakan dialog loghat Kelantan. Bagi saya yang bukan orang Kelantan, kedengaran seperti OK saja, tapi bagi orang Kelantan dialog yang diucapkan kedengaran pelik sikit seperti Maya Karin cakap bahasa Melayu.

      Padam
  2. Enough lakonan JLo memang lakonan dan jalan cerita yang best.

    Tapi entah kenapa sejak kecewa dengan filem Hantu Kak Limah balik rumah, saya tak pernah lagi ke panggung menonton filem2 Melayu. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tidak pernah menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Filem-filem Melayu selalu mengecewakan jarang yang benar-benar bermutu. Pada saya, filem arahan P. Ramlee juga yang bagus walaupun gambarnya hitam putih.

      Padam
  3. betullah...saya pun ada menonton filem inggeris kat astro yg jln ceritanya menyamai Becinta. tp xtahu tajuk apa filem tu...bila baca kat blog ni, tahulah sy yg tjuk filem asal tu adalah Enough...mmg sama jln ceritanya. sy dah byk kali tgok kat Astro sblum Becinta ditayangkan kat pawagam lagi...
    kesian....smpaikan dialog percakapan pun sama dgn filem inggeris tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju, bukan sahaja persamaaan di antara jalan cerita malah dari aspek dialog juga. Mudahlah tugas penulis skrip, tidak perlu bersusah payah mengarang skrip sebaliknya hanya menterjemahkan skrip dari Enough.

      Padam