Jumaat, 14 Mac 2014

Kegilaan Di Dalam Pesawat!






Tajuk buku: Kegilaan Di Dalam Pesawat!
Penulis: Yvonne Lee
Paperback, Edisi Bahasa Melayu, 243 halaman
Diterbitkan: 2012 
Penerbit: Marshall Cavendish Editions
Tajuk asal: Madness Aboard!








Bagi sesiapa yang tidak pernah atau jarang menaiki penerbangan antarabangsa, pasti kisah dalam buku ini mengejutkan para pembaca kerana tidak dijangka oleh penumpang yang biasa berlegar di ruang udara domestik. Justeru, buku ini memaparkan pelbagai kisah di dalam pesawat penerbangan antarabangsa beradasarkan pengalaman Yvonne Lee semasa bertugas sebagai pramugari. Di antara kisah para penumpang di dalam pesawat yang dipaparkan oleh pengarang ialah terdapat penumpang yang melakukan hubungan seks di dalam pesawat Boeing 747-200, pengurus makanan terpaksa mengurus ego (membalas dendam) seorang penumpang dengan cara menghidangkan makanan menggunakan stoking busuk sebagai alat untuk menghancurkan telur yang dimakan bersama roti bakar, pelbagai cerita mengenai kerenah penumpang kanak-kanak seperti kisah Hammie - haiwan comel hamster peliharaan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berjaya diseludup dalam penerbangan ke Hong Kong, pramugari yang terpaksa melakukan tugas sebagai pengasuh kanak-kanak semasa penerbangan, kisah anak kapal (pramugari) yang mengalami gangguan seksual, pergaduahan di antara penumpang disebabkan oleh bau badan atau bau stoking yang busuk atau rasa tidak puas hati dengan attitude penumpang lain yang duduk di sebelah. Selain itu, Yvonne Lee turut memaparkan kisah pesawat antarabangsa yang berhantu. Namun begitu, pada pandangan aku sebagai pembaca, pengarang memaparkan keluarbiasaan attitude para penumpang ketika menaiki pesawat secara exaggerate untuk memberi kesan humor dalam setiap kisah. Buku ini juga memaparkan betapa pentingnya kehadiran anak-anak kapal semasa penerbangan bagi membantu para penumpang.

Walau bagaimanapun, satu perkara yang menjadi pengajaran kepada semua pihak khususnya para penumpang ketika berada dalam penerbangan ialah kepentingan mengurus dan menurunkan ego dengan baik kerana anda tidak berseorangan menaiki pesawat.  Walaupun Yvonne Lee tidak menyatakan secara jelas nama syarikat penerbangan semasa beliau bertugas sebagai pramugari namun sebagai pembaca, aku menjangkakan kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini adalah pengalaman beliau semasa bertugas di Malaysia Airline System Berhad (MAS). 

2 ulasan:

  1. Maaf tanya, mana nak beli buku ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada apa yang perlu dimaafkan :)

      Saya beli buku ni di kedai Popular Book Co. M Sdn. Bhd. cawangan Sungai Petani. Buku ni dah kira lama, kedai buku MPH Online.com pun dah kehabisan stok. Tak tahu kalau masih ada dijual di kedai-kedai buku yang lain.

      Padam