Khamis, 27 Oktober 2016

Swafoto Buku



Gambar dan status facebook di atas aku kongsi kepada umum sempena aku menyertai pertandingan Beli & Selfie yang dianjurkan oleh PTS Bookcafe Sdn. Bhd. bermula 14 April 2014 sehingga 5 Mei 2014 dan telah memenangi hadiah saguhati berupa buku terbitan PTS. Apakah hadiahnya? Sila klik Hadiah Pertandingan Beli & Selfie Daripada PTS Bookcafe Sdn. Bhd. 


P/S: Kini istilah selfie diterjemahkan sebagai swafoto dalam bahasa Melayu. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, awalan swa- berasal dari bahasa Saskrit yang bermaksud sendiri. Apa pula terjemahan bagi istilah wefie dalam bahasa Melayu?

15 ulasan:

  1. swafoto ya.. tapi foto masih lagi bahasa pinjaman inggeris.. knapa tak swa-gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Swagambar tidak sesuai dijadikan terjemahan kepada selfie sebab definisi perkataan gambar dalam bahasa Melayu terlalu umum yang boleh merujuk kepada pelbagai kategori - gambar timbul (lukisan dll), gambar hidup, gambar mati, gambar rajah, gambar foto, gambar gelap, gambar sorot, gambar gunting, gambar bumi, gambar sisip, gambar cermin dll. Asal perkataan foto dari bahasa Inggeris tetapi telah diserapkan ke dalam bahasa Melayu. Perkataan foto merujuk kepada gambar yang diambil menggunakan kamera. Dalam bahasa Melayu gambar yang diambil menggunakan kamera diklasifikasikan sebagai gambar foto. Kesimpulannya, swafoto lebih sesuai dijadikan terjemahan bagi selfie sebab swafoto merujuk kepada gambar yang diambil sendiri menggunakan kamera.

      Padam
  2. Sawah-ladang pun ok.
    Atau sawah padi.
    Ular sawa tak sesuai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak sebut fasal sawah, selain sawah ladang dan sawah padi yang dikira OK, ada lagi yang lain:

      1. Sawah bendang
      2. Sawah air
      3. Sawah bencah
      4. Sawah rawang
      5. Sawah tadahan
      6. Sawah berpermatang, ladang berbintalak

      Padam
    2. owh.. ingatkan sawah guna untuk bendang dan padi je..

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian.
    Lepas ni Mrs. A nak gunakan perkataan "swafoto".
    Sajalah nak tengok reaksi kawan-kawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahasa memartabatkan bangsa :)

      Padam
    2. mesti diorg pun tak tahu.. hehehe

      Padam
  4. mak aiii, banyak lagi perkataan bahasa melayu yang saya tak tahu

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Insya-Allah ada satu entry untuk bulan November :)

      Padam