Sabtu, 17 Disember 2016

Maklum Balas Entri Orang Malaya Di Sabah #1 Oleh Last Putera

Berdasarkan tajuk entri di atas, aku ingin berkongsi maklum balas entri Orang Malaya Di Sabah #1 yang ditulis oleh seorang blogger baru bernama Last Putera. Maklum balas tersebut ditulis dalam blog beliau: Bertenang Setiap Masa.
























P/S: Aku menulis entri Orang Malaya Di Sabah #1 bukan untuk meluahkan perasaan tetapi aku menulis mengenai realiti kedudukan anak-anak Orang Malaya yang diliahirkan di Sabah. Anak-anak warganegara Malaysia termasuk Sabah/Sarawak yang dilahirkan di sesebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu secara automatik diiktiraf sebagai orang negeri tersebut dari aspek perundangan. Kebanyakan orang di Semenanjung Tanah Melayu beranggapan Sabah/Sarawak sama seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu tetapi realiti tidak begitu. Kami seperti ibu bapa kami menjadi orang mendatang di Sabah yang tertakluk kepada Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 (Akta 155). Jika undang-undang sudah tidak mengiktiraf lantas bagaimana kamu boleh mengiktiraf bahawa kami ini Orang Sabah? Benarkah apa yang dikatakan sebagai 'tembok pemisah' sudah lenyap? Setakat boleh bercinta dan bernikah di antara Orang Malaya dan Orang Sabah, tidak bermakna apa yang dikatakan sebagai 'tembok pemisah' sudah lenyap 樂

2 ulasan:

  1. kerajaan sabah masih mengguna pakai rang undang2 yg dibuat semasa pembentukan malaysia pd 1963 lagi yg dirasakan x sesuai. patut diubah undang2 tu. nape la bimbang kat kami org2 malaya ni sdgkan org2 indon n filipin berduyun2 masuk ke sabah tanpa sekatan sekalipun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kita, rasa dah tak sesuai tapi bagi mereka, itu hak mereka yang tertera pada Perkara 6 Imigresen dalam Perjanjian 20 Perkara pembentukan Persekutuan Malaysia, kemasukan ke Borneo Utara (Sabah) memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

      Saya setuju dengan kemasukan orang Indon dan Filipina berduyun-duyun masuk ke sabah yang bagi kita melihat isu ini meyifatkannya 'tanpa sekatan'. Itu belum lagi, ada orang Sabah (bukan semua) yang memiliki dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Indonesia.

      Sebelum pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), usul dan perbincangan Sabah/Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia boleh ditahan di bawah ISA.

      Padam