Jumaat, 18 Mac 2016

Alone





























حسبي ربّي، جللا الله
م في قالبي، غائرولله
نور محمد، صلی اللہ
هَقُّلْ، لاإله إلا الله

Khamis, 10 Mac 2016

Kisah Pemohon Pekerjaan dan Arak

Dalam tahun 1998 bermula 16 Mac hingga 9 Mei, aku menjalani praktikal latihan industri di sebuah majlis perbandaran (spesifikasi tempat dirahsiakan) di Sabah. Praktikal latihan industri sebahagian dari syarat untuk memperolehi ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika itu, kedua-dua ibu bapa aku masih bekerja di Sabah dan belum berpindah balik menetap di Sungai Petani, Kedah. Di UKM pada peringkat ijazah sarjana muda, aku mengkhusus dalam bidang pengajian pengurusan dan pembangunan ekonomi.

Di majlis pembandaran tersebut, aku ditempatkan di Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran. Beberapa minggu sebelum aku menamatkan praktikal latihan industri, Jabatan Pengurusan dan Petadbiran telah melakukan temuduga pengambilan kakitangan baharu majlis perbandaran tersebut khususnya perkerja-pekerja bahagian pembersihan awam di kawasan bandar. Aku ditugaskan oleh Ketua Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran untuk memanggil nama pemohon pekerjaan seorang demi seorang masuk ke dalam untuk ditemuduga oleh ahli panel temuduga; salah seorang ahli panel temuduga ialah Ketua Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran berketurunan Sino-Kadazan (Kadazan + Cina). Ketika temuduga sedang berlangsung, aku turut serta duduk di dalam bilik bersama-sama ahli panel temuduga yang lain.

Salah satu temuduga pemohon pekerjaan pembersihan awam di kawasan bandar yang tidak dapat aku lupakan ialah soal jawab di antara pemohon pekerjaan beragama Islam dengan Ketua Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran:

Ketua Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran: Sekarang kamu kerja apa?

Pemohon Pekerjaan: Saya kerja angkat arak masuk ke dalam lori.

Ketua Jabatan Pengurusan dan Petadbiran: Berapa gaji kamu satu bulan?

Pemohon Pekerjaan: RM1,000++

Ketua Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran: Kenapa kamu mahu tukar kerja? Gaji kerja yang kamu mohon ini cuma RM400++. Lebih rendah dari gaji kamu sekarang.

Pemohon Pekerjaan: Sebab saya tidak mahu lagi kerja angkat arak.

Ketua Jabatan Pengurusan dan Pentadbiran: Kenapa???


Selepas itu, aku melihat seorang panel temuduga berlatarbelakangkan sekolah agama mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berbisik-bisik dengan Ketua Jabatan Pengurusan. Aku tidak tahu apa kesudahan pemohon pekerjaan tersebut tetapi kesungguhannya untuk meninggalkan pekerjaan mengangkat arak dan mencari pekerjaan lain yang halal waima lebih rendah gajinya amat menyentuh hati aku - rasa sangat simpati. Adakala mereka bekerja melakukan pekerjaan sedemikian kerana terpaksa tidak mempunyai pilihan lain ditambah lagi taraf pendidikan yang rendah menyukarkan mereka untuk mencari pekerjaan lebih baik yang dapat meningkatkan kehidupan yang lebih berkualiti.