Sejak usia aku belum mencecah dua tahun, aku mula menaiki pesawat Malaysia Airline System Berhad (MAS). Aku mula menaiki pesawat Air Asia pada tahun 2005 yang menawarkan penerbangan tambang murah pertama di Malaysia. Bermula 2007, MAS juga turut menawarkan penerbangan tambang murah tanpa perlu menurunkan status MAS yang telah memenangi Best Airline to Asia bagi kategori Travel Weekly Globe Awards 2006.
Banyak perbezaan jika dibandingkan di antara Air Asia dengan MAS. Air Asia dan MAS menawarkan penerbangan tambang murah berteraskan penawaran-permintaan seat dan jarak penerbangan. Ketika pertama kali aku menaiki pesawat Air Asia, tambang murah Air Asia turut melibatkan pengecualian sesetengah perkhidmatan seperti penetapan seat kepada penumpang, penyediaan makanan (sebaliknya Air Asia menjual makanan di dalam pesawat), Air Asia tidak menyewa aerobridge [kecuali di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) semua penerbangan domestik dan antarabangsa mesti menyewa aerobridge] serta kapten, pramugari, pramugara Air Asia yang kurang berbudi bahasa. Mungkin harga tiket kapal terbang yang mahal termasuk bayaran budi bahasa kapten dan anak kapal.
Pada tahun 2006, aku mengalami pengalaman ngeri menaiki pesawat Air Asia dari Wilayah Persekutuan Labuan ke KLIA [sebelum Low Cost Carrier Terminal (LCCT), KLIA dibuka]. Setelah selamat mendarat, di depan pintu pesawat hadapan, ketika aku sedang berada dalam perut pesawat, aku terdengar seorang penumpang lelaki bercakap dengan suara yang amat perlahan (tanpa aku ketahui buah butir percakapannya) di luar pintu pesawat hadapan. Seorang pramugari dengan suara yang lantang berkata, "Ooo, nak komplenlah ni." Dalam penerbangan Air Asia yang lain dari KLIA ke Alor Setar, sebelum berlepas aku telah meminta pertolongan seorang pramugara untuk meletakkan beg berisi laptop dalam ruang penyimpanan barang di atas memandangkan aku bersaiz kecil molek ketinggian 157cm. Setelah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Alor Setar pramugara yang telah menolong aku turun dari pesawat setelah melihat aku tercari-cari anak kapal yang dapat membantu aku mengambil beg berisi laptop yang telah diletakkan dalam ruang penyimpanan di atas. Setelah aku melihat tiada seorang pun anak kapal di dalam pesawat, maka aku terpaksa berdiri di atas kerusi penumpang untuk mengambil beg berisi laptop tersebut.
Sehingga kini, aku tidak mengalami pengalaman ngeri sepanjang aku menaiki pesawat MAS berbanding ketika aku menaiki pesawat Air Asia walaupun terdapat rungutan penumpang berkenaan makanan yang disediakan untuk para penumpang seperti "nasi lemak telanjang" dan "asam pedas tidak ada ikan". Aku generasi yang lahir dan membesar dengan menaiki pesawat MAS, pesawat Air Asia wujud ketika aku telah dewasa. Aku lebih suka menaiki pesawat MAS berbanding Air Asia. Aku bangga melihat MAS menggunakan logo wau bulan (sesetengah pihak mengatakan wau kucing) itu terbang ke serata dunia. Wau adalah lambang jati diri kehebatan bangsa Melayu. Apabila MAS berjaya mendarat di sesebuah negara, maka secara tersiratnya negara tersebut telah berjaya "ditawan" oleh Malaysia.
Sehingga kini, aku tidak mengalami pengalaman ngeri sepanjang aku menaiki pesawat MAS berbanding ketika aku menaiki pesawat Air Asia walaupun terdapat rungutan penumpang berkenaan makanan yang disediakan untuk para penumpang seperti "nasi lemak telanjang" dan "asam pedas tidak ada ikan". Aku generasi yang lahir dan membesar dengan menaiki pesawat MAS, pesawat Air Asia wujud ketika aku telah dewasa. Aku lebih suka menaiki pesawat MAS berbanding Air Asia. Aku bangga melihat MAS menggunakan logo wau bulan (sesetengah pihak mengatakan wau kucing) itu terbang ke serata dunia. Wau adalah lambang jati diri kehebatan bangsa Melayu. Apabila MAS berjaya mendarat di sesebuah negara, maka secara tersiratnya negara tersebut telah berjaya "ditawan" oleh Malaysia.
Pada 8hb Mac 2014 pukul 2.40 pagi waktu tempatan, Malaysia dan seluruh dunia dikejutkan oleh berita kehilangan perhubungan dengan MH370 pesawat Boeing 777-200 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing yang membawa 227 orang penumpang (dari 14 buah negara) dan 12 orang anak kapal. Pesawat tersebut dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah dan dibantu oleh pembantu juruterbang Fariq Ab. Hamid. Kedudukan terakhir MH370 sebelum pesawat itu hilang dari radar adalah 065.515 Utara (longitud) dan 1033443 Timur (latitud). Aku sangat terkejut dan rasa sungguh sedihwalaupun tidak ada seorang pun yang berada di dalam pesawat MH370 aku kenali. Sehingga entri ini ditulis, MH370 belum lagi ditemui. I am humbly asks all people around the world to pray for Malaysia flight MH370 will find .... tujuan wau bulan itu sendiri yang dicipta dan dijadikan sebagai lambang penaklukan oleh seorang anak Raja Melayu bernama Sanjaya yang terkenal sebagai pakar pelayaran, pakar perang di lautan dan di daratan, seorang yang berani dan merupakan penakluk yang nekad serta menyimpan impian untuk menakluki dunia. ... Sanjaya akan menaikkan wau bulan pada setiap negeri atau kawasan yang berjaya ditawannya, ... . Sumber: sila klik di sini [...].
Semoga semua krew dan penumpang MH370 selamat ditemui.
BalasPadamYa, sama-samalah kita berdoa. Amin.
Padam