Semalam aku belajar sesuatu yang baru dan aku ingin berkongsi dengan anda semua.
Selepas menaip perkataan Rasulullah dengan menggunakan Microsoft Word, kita tidak perlu lagi menaip "s.a.w." atau "pbuh" (pbuh adalah akronim kepada peace be upon him) [contoh: Rasulullah s.a.w. atau Prophet Muhammad pbuh].
Kini, kita hanya perlu menaip huruf "fdfa" (tanpa quotes) selepas perkataan Rasulullah/Prophet Muhammad [contoh: Rasulullah fdfa] dan diikuti tekan kunci Alt dan huruf x serentak, hasilnya ia menggantikan huruf "fdfa" dengan ﷺ [The Arabic salawat on Prophet Muhammad icon "Sallahu 'Alaihi Wa Sallam"].
Selain itu, anda semua boleh tonton video tutorial, sila klik https://youtube.com/shorts/o2EdV-53kTE?feature=share
P/S: Selamat Mencuba