Hari ini aku menerima sms daripada seorang kawan bertanyakan mengenai penyediaan slaid untuk menghadapi peperiksaan viva PhD. Apa yang perlu ada dalam penyediaan slaid? Senarai di bawah adalah elemen-elemen penting yang mesti ada dalam penyediaan slaid iaitu:
- Slaid pertama mengandungi tajuk kajian, nama dan no. matrik pelajar serta nama penyelia tesis/disertasi.
- Pengenalan.
- Permasalahan Kajian.
- Objektif Kajian.
- Persoalan Kajian.
- Kerangka Konseptual/Teoritikal.
- Kepentingan Kajian.
- Skop Kajian.
- Metodologi Kajian.
- Sorotan Kajian/Kajian Lepas (Literature Riview).
- Hasil Kajian (menepati dan menjawab objektif kajian).
- Hasil Kajian Yang Lain (jika ada).
- Kesimpulan.