Sabtu, 25 Januari 2014

Rounding Adjustment


Bank Negara Malaysia telah melaksanakan Mekanisme Penggenapan (Rounding Adjustment) bermula pada 1 April 2008. Mekanisme Penggenapan adalah satu kaedah di mana jumlah amaun (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) dinaikkan atau diturunkan kepada yang terdekat 5 sen. Dalam hal ini, jumlah keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2 , 6 dan 7 sen akan diturunkan manakala 3 , 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada yang terdekat 5 sen. Sebagai contoh, jumlah keseluruhan bil sebanyak RM82.01 akan diturunkan kepada RM82.00. Sekiranya jumlah keseluruhan bil sebanyak RM82.04, ia akan dinaikkan kepada RM82.05. 

Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan di Malaysia:


Bill ends in sen
Round off to the nearest 5 sen
Total Amount of A Bill
Total amount before rounding (RM)
Total amount after rounding (RM)
1,2
Down
82.01
82.02
82.00
3,4
Up
82.03
82.04
82.05
6,7
Down
82.06
82.07
82.05
8,9
Up
82.08
82.09
82.10

Sumber: Sila klik [...]

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Mekanisme Penggenapan kerana ia dikatakan memberi manfaat kepada banyak pihak. Ia akan mengurangkan kos pengendalian manakala bagi pengguna proses pembayaran lebih cepat dan lebih mudah. Kerajaan juga dapat menjimatkan kos pengeluaran wang syiling 1 sen apabila permintaan terhadap wang syiling ini berkurang melalui pelaksanaan Mekanisme Penggenapan. Pengguna dapat melihat pelarasan penggenapan dan jumlah akhir yang tertera pada resit atau bil. Semua pembayaran melalui kaunter tertakluk kepada Mekanisme Penggenapan tanpa mengira kaedah pembayaran sama ada wang tunai atau bukan tunai. Pembayaran bukan tunai termasuk cek dan pembayaran secara elektronik seperti kad kredit, kad caj dan kad debit.

Walau bagaimanapun, wang syiling 1 sen masih sah dan boleh digunakan sebagai satu cara pembayaran bagi apa jua transaksi seperti yang ditetapkan di dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Pindaan 1994). Wang syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia hendaklah menjadi sah diperlakukan di Malaysia pada nilai muka tertakluk kepada denominasi jumlah maksimum bagi 50 sen iaitu tidak melebihi RM10.00  manakala 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen tidak melebihi RM2.00. Orang ramai boleh bertukar-tukar wang syiling 1 sen, tanpa sebarang bayaran di ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan cawangannya di Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.   

Pada pandangan aku sebagai warganegara Malaysia dan ahli dalam bidang ekonomi-politik, pelaksanaan Mekanisme Penggenapan dalam sesetengah keadaan telah merugikan rakyat Malaysia. Contohnya, pasaraya besar (hyper market) menetapkan harga barang-barang seperti RM9.98 sen atau RM9.93 sen telah menyebabkan pasaraya ‘mencuri’ wang pengguna sebanyak RM0.02 sen melalui Mekanisme Penggenapan. Mekanisme ini juga menyebabkan nilai RM0.01 sen tidak mempunyai nilai kepada pengguna walhal dalam pasaran bursa saham, kenaikan dan penurunan nilai sesuatu saham walaupun hanya melibatkan RM0.01 sen atau RM0.05 sen merupakan nilai yang besar.

Di stesyen minyak termasuk kawasan Rehat & Rawat (R & R) di lebuhraya, terdapat pengguna yang tidak menyatakan jumlah yang tetap untuk mengisi minyak kereta sebaliknya membayar wang yang lebih nilainya kepada juruwang di kaunter bayaran berbanding anggaran bayaran yang dikenakan setelah tangki minyak kereta penuh. Contohnya, pengguna membayar wang RM100, setelah tangki minyak kereta diisi sehingga sehingga penuh, ternyata bayaran yang dikenakan ialah 79.98 sen. Sekiranya pengguna tidak menekan pam minyak untuk menggenapkan nilai bayaran sebanyak RM80.00 maka stesyen minyak telah menerima ‘keuntungan’ tanpa urusniaga hasil dari Mekanisme Penggenapan sebanyak RM0.02 sen tanpa disedari oleh pengguna. Dalam hal ini, pengguna tidak boleh beranggapan bahawa tidak ada minyak yang boleh diisi ke dalam tangki minyak kereta mereka untuk nilai sebanyak RM0.02 sen. 

Pengalaman aku sebagai pengguna, terdapat sesetengah pihak yang menaikan RM0.05 sen kepada RM0.10 sen menggunakan kaedah Mekanisme Penggenapan mereka sendiri. Hal ini berlaku ketika di aku membayar harga barang di kaunter pembayaran. Kini, denominasi RM0.05 sen merupakan nilai mata wang terkecil yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Para peniaga dan juru wang mesti menyediakan wang syiling RM0.05 sen yang mencukupi dalam transaksi jual-beli barang atau perkhidmatan. 

Dalam sesebuah perniagaan, kenaikan harga atau 'keuntungan' tanpa urusniaga sebanyak RM0.01 sen atau RM0.02 sen sebaliknya diperolehi melalui Mekanisme Penggenapan merupakan nilai yang besar yang disumbangkan oleh pengguna. Lebih ramai pengguna yang menyumbangkan sebanyak RM0.01 sen atau RM0.02 sen melalui Mekanisme Penggenapan maka lebih besar 'keuntungan' tanpa urusniaga yang diperolehi oleh peniaga. Walau bagaimanapun, bergantung kepada saiz skala perniagaan tersebut dijalankan, penawaran sesuatu barang atau perkhidmatan yang terhad tetapi permintaan terhadap barang atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah tinggi. Perniagaan minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain amat bertepatan dijadikan contoh dalam hal ini. Pengguna memiliki kuasa yang besar dalam mengurus ekonomi dan kewangan mereka sendiri. Aku berharap pengguna di Malaysia lebih teliti dalam menjaga setiap sen wang milik mereka.

Jumaat, 17 Januari 2014

Saham Akhirat #3

Sumber: Sila klik di sini [...]

Perbadanan Wakaf Selangor (Wakaf Selangor) merupakan subsidiari Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah Seksyen 8(1), Enekmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 dan Perintah Penubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (Perintah 7) dengan perkenan DYMM Sultan Selangor berkuatkuasa pada 11 Januari 2011. Fungsi Wakaf Selangor adalah untuk mengembangkan instrumen wakaf dalam pembangunan ekonomi umat Islam selaras dengan hukum syarak termasuk membiayai pembinaan masjid, surau dan penubuhan institusi pendidikan seperti sekolah agama khususnya di Negeri Selangor. Saham Wakaf Selangor adalah satu cara berwakaf melalui wang tunai iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangor dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah SWT dengan tujuan kepentingan dan kebajikan umat Islam.

Jom berwakaf! Maklumat lanjut, sila klik www.wakafselangor.gov.my

Khamis, 16 Januari 2014

Perselisihan Di Antara Para Sahabat Dan Pembenaran Rasulullah s.a.w. Terhadap Mereka

Entry ini adalah sempena Maulidur Rasul s.a.w. yang sepatutnya diterbitkan dalam blog ini pada 14 Januari 2014M bersamaan 12 Rabiul Awwal 1435H. Rasulullah s.a.w. memiliki empat sifat terpuji iaitu siddiq (benar), amanah (boleh dipercayai), tabligh (menyampaikan) dan fathonah (bijaksana). Entry ini mengetengahkan gambaran empat sifat Rasulullah s.a.w. menerusi peristiwa perselisihan dalam kalangan para sahabat dan pembenaran Rasulullah s.a.w. terhadap mereka. 

*********************************************************************************
At-Tabrani melaporkan daripada Ka'ab bin Ujrah bahawa pada suatu hari, mereka (golongan Ansar, Muhajirin dan Bani Hasyim) duduk di dalam masjid berhadapan dengan rumah Rasulullah s.a.w. Mereka berselisih mengenai siapa yang lebih utama kepada Rasulullah s.a.w. dan paling dicintai oleh baginda.

Golongan Ansar berkata: "Kami beriman kepada Rasulullah s.a.w., mengikuti baginda, berperang bersama-sama dan menjadi tentera baginda dalam memerangi musuh, maka kami adalah golongan yang utama untuk baginda dan paling dicintai oleh baginda."

Golongan Muhajirin pula berkata: "Kami adalah golongan yang berhijrah bersama-sama Allah dan Rasul-Nya. Kami kehilangan keluarga dan harta. Kami menghadiri apa yang kamu hadiri dan menyaksikan apa yang kamu saksikan. Kami lebih utama untuk Baginda dan paling dicintainya."

Golongan Bani Hasyim pula menyatakan: "Kami adalah keluarga Rasulullah s.a.w. Kami menghadiri apa yang kamu hadiri dan menyaksikan apa yang kamu saksikan. Kami lebih utama untuk Baginda dan paling dicintainya."

Lalu Rasulullah s.a.w. keluar dari rumah dan datang kepada mereka lantas bertanya: "Apakah kamu mahu mengatakan sesuatu?"

Golongan Ansar berkata kepada Rasulullah s.a.w. sebagaimana apa yang mereka sebut tadi. Setelah Rasulullah s.a.w. mendengar perkataan mereka lantas baginda menyatakan: "Kamu membenarkan orang yang menginginkan ini kepada kamu".

Setelah itu, golongan Ansar bercerita mengenai apa yang dikatakan oleh golongan Muhajirin dan Bani Hasyim sebentar tadi, maka jawab Rasulullah  s.a.w. : "Mereka benar. Jadi, berbuat baik kepada orang yang menginginkan ini kepada mereka." 

Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah aku sudah memberikan keputusan kepada kamu?"

Jawab golongan Muhajirin dan Bani Hasyim serentak: "Benar, Demi ayah kami, Tuan, dan ibu kami, wahai Rasulullah s.a.w."

Kata Rasulullah s.a.w.: "Manakala kamu, wahai kaum Ansar, aku adalah saudara lelaki kamu."

Jawab golongan Ansar: "Allah Akhbar, kami mengikuti Tuan dan Tuhan Kaabah."

Kata Rasulullah s.a.w. lagi: "Manakala kamu, wahai Muhajirin, aku termasuk dalam kalangan kamu."

Jawab golongan Muhajirin dengan rasa hati yang puas: "Allah Akhbar, kami mengikuti Tuan dan Tuhan Kaabah."

Kata Rasulullah s.a.w. kepada Bani Hasyim: "Manakala kamu termasuk dalam diri aku dan untuk aku."

Jawab Bani Hasyim dengan rasa puas hati dan redha: "Allah Akhbar, kami mengikuti Tuan dan Tuhan Kaabah."

Ka'ab bin Ujrah berkata: "Kami semua berdiri dan setiap daripada kami berasa puas dan gembira atas keputusan yang ditetapkan oleh baginda berkenaan dengan perkara yang mendatangkan perselisihan di antara kami."

Sumber: Miftahul Asror Malik.  2013.  Selembut hati Rasulullah.  Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.

*********************************************************************************
Allah Akhbar! Subhanallah! Usahkan di antara sahabat (Ansar, Muhajirin dan Bani Hasyim) berasa puas hati dan gembira dengan jawapan Rasulullah s.a.w., malah aku yang membaca kisah ini berasa puas hati dan gembira dengan jawapan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Rabu, 15 Januari 2014

Hukum Menceraikan Isteri

Apabila bercakap mengenai penceraian sesebuah rumah tangga dalam Islam, kuasa menceraikan isteri berada dalam tangan suami. Islam menggariskan beberapa hukum kepada lelaki dalam perkara menceraikan isteri mereka. Sesuatu hukum tersebut bergantung kepada sejauhmanakah wujud persefahaman di antara suami dan isteri serta kedudukan seseorang isteri iaitu:
  1. Sunat - Hukum sunat bagi lelaki yang menceraikan isterinya yang berkelakuan tidak baik (melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam Islam).
  2. Makruh - Hukum makruh bagi lelaki yang menjatuhkan talak kepada isterinya tanpa sebarang alasan yang munasabah di mana si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar batas-batas yang digariskan dalam agama Islam.
  3. Haram - Hukum ini jatuh kepada lelaki yang menceraikan isterinya yang sedang berada dalam keadaan haid atau nifas.
  4. Harus - Hukum harus ini tertakluk apabila sudah tidak ada bersefahaman di antara suami dan isteri.

Isnin, 13 Januari 2014

Saham Akhirat #2


Wahai muslimin dan muslimat, mari turut serta melakukan ibadah dalam program Wakaf Al-Quran PTS yang dilancarkan oleh PTS Bookcafe. Program ini bertujuan untuk membekalkan Al-Quran terbitan PTS kepada masjid/surau, institusi pendidikan, rumah kebajikan atau orang perseorangan bergantung kepada permintaan pewaqaf. 

Maklumat lanjut, sila klik pautan di bawah: 

Sabtu, 11 Januari 2014

Segmen: Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah

Entry aku kali ini ialah mengenai segmen iaitu Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah yang dianjurkan oleh seorang blogger Abak. Sebelum ini, aku tidak pernah masuk segmen yang dianjurkan oleh para blogger. Aku tertarik hendak turut serta dalam segmen ini kerana dua faktor:
  1. Aku mengetahui segmen ini melalui http://macam-macam-ann.blogspot.com.  Persahabatan dalam alam maya atau alam realiti yang terbina atas dasar ukhuwah fillah menjadi daya tarikan utama untuk aku mengikuti setiap entri dalam blog mereka.
  2. Aku tertarik dengan segmen ini kerana tajuk dan tujuan segmen iaitu Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah. Istilah ukhuwah dalam konteks Islam ialah persaudaraan yang dibina atas dasar kerana Allah yang mencetuskan sikap saling hormat menghormati, saling mempercayai, berkasih-sayang di antara sesama individu atas asas aqidah Islamiyah.
Oleh itu, ikatan ukhuwah yang dibina kerana Allah s.w.t. menjana perpaduan di antara hati-hati orang yang beriman, ikhlas dalam menikmati kesetiaan dan kejujuran dalam persahabatan. Dalam hal ini, ukhuwah dalam konteks Islam merupakan tuntutan agama berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Hujuraat ayat 10 iaitu:

 إنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَة
“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara.”

Dengan itu, atas dasar semangat ukhuwah fillah, aku ingin Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah. Pada aku, selain isu kuantiti follower, perkara yang paling utama ialah semangat ukhuwah kerana Allah yang terbina di antara rakan blogger di samping berkongsi ilmu dan pengalaman dalam blog untuk dijadikan sempadan dalam kehidupan.

Wahai teman-teman blogger, jom sertai segmen Ramaikan Follower, Raikan Ukhuwah.


Salam ukhuwah fillah buat Abak.

Ahad, 5 Januari 2014

Keusahawanan Sosial

Sebelum ini, aku pernah menulis sedikit perihal usaha penglibatan Tuan Iskandar Syah Ismail a.k.a. Dr. Bubbles dalam aktiviti keusahawanan sosial. Dalam entri Tahniah Dr. Bubbles. Kini, Dr. Bubbles sedang mengusahakan projek perpustakaan anak-anak miskin Madrasatul Hikmah di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah.


Sehubungan itu, sesiapa yang berminat untuk turut serta menyumbang dalam projek keusahawanan sosial  khasnya dana bagi membeli buku-buku baru dan rak untuk perpustakaan yang sedang dibina ini, sila emel Dr. Bubbles iaitu adabi99@gmail.com, bagi mendapatkan maklumat akaun uncang projek ini. 

Sila klik pautan di bawah untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kisah sekolah ini: