Khamis, 26 Disember 2013

Anak Muda & Kepentingan Menguasai Ilmu

Catatan sejarah Islam menunjukkan orang tua gemar menonjolkan anak-anak muda kepada khalayak umum kerana kedalaman ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka. Khalifah Umar Al-Khattab r.a. pernah mengemukakan kehebatan Ibnu Abbas r.a. dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh para sahabat yang telah tua walhal Ibnu Abbas r.a. pada ketika itu masih muda. Para sahabat bertanya kepada Ibnu Abbas r.a. berkenaan agama mereka.

Ibnu Abbas r.a. berkata "Allah Azzawajalla tidak mengurniakan seseorang hamba-Nya mengenai sesuatu ilmu melainkan sewaktu masih muda dan kebaikan itu tetap ada ketika usia muda." Beliau membacakan tiga firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
  1. "Mereka berkata: Kami dengar ada seorang anak muda yang mencela berhala-berhala ini dan anak muda itu dipanggil Ibrahim" (Al-Anbiyaa': 60).
  2. "Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) cerita Ini dengan benar. Sesungguhnya mereka adalah anak-anak muda  yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka hidayah" (Al-Kahfi: 13).
  3. "Wahai Yahya, terimalah kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya hikmah kebijaksanaan semasa ia masih kecil" (Maryam: 12).
Oleh itu, penguasaan ilmu amat penting kepada setiap individu Muslim walaupun perlu mempelajarinya daripada seorang anak kecil. Ayub As-Sakhtiani berkata "Pernah aku terjumpa seorang tua yang berumur 80 tahun sedang mempelajari sesuatu daripada seorang anak kecil." 

Dalam satu kisah yang lain, Abu Amru Ibnu-Ala' pernah ditanya berkenaan "Maniskah seorang yang sudah tua belajar dari seorang anak kecil?" dan jawab Abu Amru Ibnu-Ala' "Kiranya kejahilan itu akan menampakkan seseorang itu bodoh di khalayak ramai, maka pelajaran pula yang menampakkan ia elok di hadapan mereka".
 
Sumber: Muhammad Hassan. 2011. Mandi hadas.  Johor Bahru: Pustaka Azhar.

Isnin, 23 Disember 2013

Lima Ayat Terbaik Dalam Al-Quran

Pengarang kitab Itqan fi culumil Quran telah mencatatkan peristiwa Umar bin Khattab telah menyuruh seorang sahabat bertanya kepada Abdullah bin Mascud yang sedang berada dalam satu rombongan haji mengenai lima ayat-ayat al-Quran yang terbaik. Abdullah bin Mascud merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah didoakan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. agar diberikan kefahaman yang mendalam mengenai al-Quran. Beliau menjawab ayat-ayat al-Quran yang terbaik ini merujuk kepada lima aspek iaitu: 
  1. Ayat yang cazham (paling mulia) ialah ayat 255 (ayat Kursi) dalam Surah Al-Baqarah yang bermaksud “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).” Ayat ini mengandungi asas tauhid yang kukuh.    
  2. Ayat yang cadal wa cahkam (paling tinggi hukum dan keadilan) ialah ayat 90 dalam Surah An-Nahl yang bermaksud “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”
  3. Ayat yang cajma’ (paling lengkap) ialah ayat 7 hingga 8 dalam Surah Al-Zalzalah yang bermaksud “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”  
  4. Ayat yang ahzan (paling menyedihkan) ialah ayat 123 Surah An-Nisaa’ yang bermaksud “(Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan ahli Kitab. barangsiapa yang mengerjakan kejahatan, nescaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.”  
  5. Ayat yang anja’ (paling memberi pengharapan) ialah ayat 53 Surah Az-Zumar yang bermaksud “Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Khamis, 19 Disember 2013

My Home

Aku memberi tajuk entri kali ini dalam bahasa Inggeris iaitu 'My Home', jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ialah ‘Rumah Saya’ atau 'Rumahku'. Entri ini bukan berkisar mengenai kisah aku telah membeli dan memiliki rumah sendiri.  My ‘Home’ ialah berkisar mengenai kejayaanku mendapat ‘tokens of love’ yang menjadi isu utama katalog MPH 2013/2014.


Sumber: Diubah suai daripada http://www.mphclick.com/page/2/

Token didifinisikan secara literal ialah kepingan logam atau plastik berbentuk duit syiling yang digunakan sebagai bayaran untuk menjalankan mesin tertentu. Token dalam entri ini merujuk kepada cinta di mana ia merupakan alat atau perkakas yang diperlukan untuk pembinaan sesebuah keluarga. Walau bagaimanapun, untuk memperolehi dan mengekalkan token cinta perlu kepada alat atau perkakas asas pembinaan coming together as one dalam sesebuah keluarga. Dalam hal ini, token cinta dalam sesebuah keluarga perlu memiliki tempat perlindungan yang dikenali sebagai rumah untuk menikmati kehidupan, beristirahat dan bergembira bersama keluarga. Rumah berperanan menjamin kepentingan setiap ahli keluarga, memberi ketenangan, kesenangan, kebahagiaan, dan kenyamanan.

Oleh itu, moto MPH ialah menjadi "Kedai Buku Keluarga Anda". Sesebuah rumah bukan hanya sebuah bangunan yang dilihat dari aspek struktural malah ia juga merupakan kediaman yang perlu memenuhi syarat-syarat kehidupan yang layak dan dipandang dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, rumah juga menampilkan suasana kehidupan yang turut berperanan dalam pembentukan watak setiap peribadi dan memupuk pembinaan hubungan di antara peribadi [extended family (keluarga luas)].  

Justeru, aku telah berjaya mengumpul semua empat reka bentuk kotak memo (memo box) yang menyatakan ejaan perkataan 'HOME'. Setiap pembeliaan RM150 dan ke atas dalam satu resit memperolehi kotak memo percuma di semua kedai MPH Bookstore. Aku memperolehi kotak memo ini dari MPH Bookstore Tesco, Sungai Petani dan MPH Bookstore Amanjaya Mall, Sungai Petani masing-masing dua kotak memo.


Di bawah ini, aku kutip kata-kata hikmah dan ilmu berkenaan kepentingan keluarga (walapun kata hikmah yang ke-12 tidak berkaitan dengan isu keluarga) yang terkandung di dalam katalog MPH di bawah isu coming together as one: tokens of love catalogue 2013-2014:
  1. "In every conceivable manner, our family is linked to our past, bridge to our future" - Alex Haley.
  2. "Family is not an important thing, it is everything" - Michael J. Fox.
  3. "Have you ever noticed how parents can go from the most wonderful people in the world to totally embarrassing in three seconds?" - Rick Riordan, Red Pyramid.
  4. "These people make my family look easy to get along with" - Megan Whalen Turner, The King of Attolia.
  5. "On average, a 4-year-old child asks 437 questions a day."
  6. "A three-year-old boy's voice is louder than 200 adults in a crowded restaurant."
  7. "Fathers tend to determine the height of their child and mothers their weight."
  8. "The oldest board game in the world is checkers."
  9. "The word toy comes from an old english word meaning 'tool'."
  10. "What can you do to promote world peace? Go home and love your family" - Mother Theresa.
  11. "Other things may changes us, but we start and end with the family" - Anthony Brandt.
  12.  "One out of every eight letter you read is the letter 'e'."