Selasa, 8 Mei 2018

Kerana Hutang Bahagian 1


MUKADIMAH

Allah menjelaskan bab hutang dalam al-Quran maksudnya, "Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu'amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah mengajarkannya, meka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tak ada dua oang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka yang seorang mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu'amalahmu itu), kecuali jika mu'amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tidak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Baqarah 2:282) 

Orang beriman tidak boleh lari dari hutang. Rasulullah s.a.w. pernah membeli makanan secara hutang. Disebut dalam hadis sahih Bukhari, Rasulullah s.a.w. membeli makanan secara hutang. Rasulullah s.a.w. mencagarkan baju besinya kerana tak mampu bayar pada ketika itu maka ada barang cagaran, jika Nabi tak mampu bayar sehingga kewafatan maka baju besi tersebut akan dicair (dijual) oleh orang yang memegangnya dan menolak hutang yang tidak bayar.

Hutang hampir menjadi lumrah alam dan fitrah manusia hampir semua tidak mampu lari dari hutang. Bukan sahaja orang tidak beriman atau orang yang tidak tinggi kekuatan iman berhutang bahkan orang yang sehebat Nabi juga berhutang.

Hutang juga memberi peluang kepada orang yang lebih berharta untuk menambah pahala mereka. Kita kena fikir apakah hukum orang yang berhutang tapi apakah kelebihan orang yang memberi hutang tanpa faedah. Memberi hutang dengan faedah adalah riba’ tapi kalau memberi hutang tanpa faedah maka ada ulama menyebut memberi hutang mendapat ganjaran yang lebih banyak berbanding memberi sedekah kerana orang yang berhutang terpaksa memalukan dirinya hendak minta berhutang. Kita sebagai orang yang berduit kita beri maka kita membantu saudara yang sgt berkeperluan dan tidak membiarkan orang yang meminta berhutang terus memalukan dirinya.

SOALAN PERTAMA:


Jawapan soalan nombor 1, seluruh hutang itu untuk perkara yang diharamkan oleh Allah maka hutang itu jadi bermasalah. Kita orang memberi hutang tahu untuk benda-benda haram maka kita haram hukumnya dan dikira terjebak sekali. Sebab itu dalam institusi kewangan Islam ada orang membuat pembiayaan untuk projek tidak halal maka seluruh institusi kewangan Islam tdk bagi pinjaman. Jangan membantu dan perkara Al-Quran.

Dalam hidup kita mesti tahu apa yang halal dan apa yang haram. Kata Umar Al-Khattab, “Jangan kamu masuk dalam pasar jual beli menyebabkan transaksi komersial kecuali sampai kamu belajar bab hukum.” Kita belajar bab hukum last sekali. Kita bimbang. Banyak kita terlanggar sana terlanggar sini. Al-hamdulillah Kalau tersedar di tengah jalan maka boleh bertaubat, tapi kalau tidak sedar-sedar sampai mati maka ini payah. Apa saja hutang untuk perkara harus maka (hukumnya) boleh.

Jawapan soalan nombor 2, Tapi, kalau benda harus tapi untuk luxury (tahsiniyat) bukan dharuriyat dan hajiyat, telefon canggih, kalau nak berhutang kita kena tahu, hutang boleh membawa kemudaratan. Kata-kata Umar Al-Khattab dalam (kitab) Muwata’ (karangan Imam) Malik “Jauhkan diri kamu dari hutang yang tak ada keperluan, sesungguhnya permulaan kepada hutang adalah kemurungan (hina/rendah diri) dan akhirnya menjadi perang.” Tak bayar hutang sampai boleh putus saudara.

SOALAN KEDUA:



Jawapan: Hadis Nabi Sahih, “Jiwa (roh) orang mukmin akan tergantung sehingga hutangnya diselesaikan.” Para ulama bincang apa maksud ‘tergantung’. Imam Suyuti, Imam Mawardi & Imam Syaukani bincang (berkenaan hal ini). 

Mereka sebut antara maksudnya, roh orang mukmin yang baik dalam hadis Nabi yang lain ada menyebut dalam alam barzakh akan memperolehi satu taman dari taman-taman syurga. Ganjaran kebaikan belum kiamat dapat dah. Tapi orang yang berhutang yang belum diselesaikan hutangnya maka ia akan tergantung, ia tidak akan dikira lagi tak dapat apa-apa kebaikan sehebat mana ia di dunia. 

Sampai satu perkara yang menakutkan, disebut dalam hadis sahih, seorang sahabat duduk bersama-sama Nabi, tiba-tiba nampak Nabi melihat ke langit, Nabi berubah wajah dan Nabi sebut Subhanallah. Sahabat bertanya Nabi, apa masalahnya? Nabi tak jawab. Besok jumpa Nabi tanya balik apa yang merisaukan Nabi, Nabi berkata, “Aku telah mendapat ilmu berkenaan, kalau ada seorang lelaki terbunuh pada jalan Allah (syahid) kemudian dia dihidupkan dan dia syahid lagi kemudian dia dihidupkan dan dia syahid lagi dia takkan dapat masuk syurga sampai diselesaikan hutangnya.” 

Nabi jadi terkejut nak bagi tahu kepada para sahabat dan kepada kita semua bahawa itulah dasyatnya hutang. Dalam satu lagi hadis ada menyebut, “Kalau kamu mati tak ada hutang baru ada peluang masuk syurga.” Maksud tergantung amalan dan kebaikan ganjaran terhalang, dan pada ketika itu akan mendapat keburukan maka kena jelaskan hutang dan waris kena tahu, maka tulislah bagi tahu hutang-hutang kita supaya waris boleh tolong selesaikan.


Sumber: