Isnin, 1 November 2021

Membongkar Sejarah Yahudi Dan Freemason Di Tanah Melayu

 





Penulis: Syed Mahadzir Syed Ibrahim
Tajuk: Membongkar Sejarah Yahudi Dan Freemason Di Tanah Melayu
Tahun Terbit: 2020
Penerbit: Hijaz Records Publishing
Muka Surat: 256
Harga: RM37.90










Semasa zaman persekolahan dulu, kita hanya diajar mengenai matlamat yang tersurat kedatangan penjajah Barat ke Tanah Melayu ialah 3G iaitu Glory, Gospel (Kristianisasi) dan Gold. Kita tidak pernah didedahkan mengenai perkaitan yang tersirat di antara kedatangan penjajah Barat dengan pertapakan Yahudi dan Freemason di Tanah Melayu.

Isu ini telah menimbulkan persoalan kenapa setiap negeri di Malaysia mempunyai Lodge Freemason? Lodge Freemason yang paling awal bertapak ialah di Kuala Lumpur pada 21 Oktober 1889 yang diberi nama Lodge Road.

Menurut Zul Fahmi Bahrudin penganalisis sejarah dan Perlembagaan Malaysia dari Universiti Kebangsaan Malaysia berpendapat bahawa kedatangan orang Yahudi ke benua Asia disifatkan sebagai pelik dan mustahil kerana bangsa Yahudi lazimnya disinonimkan dengan Eropah. Namun begitu, kewujudan kawasan tanah perkuburan orang Yahudi di Pulau Pinang membuktikan berlaku penghijrahan orang Yahudi ke Tanah Melayu tetapi dalam skala yang kecil dan tidak begitu signifikan berbanding populasi besar di Asia. 

Walau bagaimanapun, untuk memahami perkaitan di antara bangsa Yahudi dan Freemason serta penjajah Barat yang datang ke Tanah Melayu, ia perlu ditelusuri bermula dari peristiwa pengakhiran Perang Salib kedua pada tahun 1187 setelah Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera Salib. Bekas tentera Salib dikenali sebagai Templar akhirnya kembali ke nagara asal mereka di Eropah. Para Templar secara lahiriah penganut agama Kristian namun mereka sebenarnya menganuti Kabbalah yang merupakan ajaran sihir Mesir Purba menyembah Dajjal. 
Para Templar ini pernah dinyatakan sebagai pengikut mazhab sesat oleh kepauasan gereja Eropah, sehingga mereka diburu dan dibunuh dengan cara dibakar hidup-hidup. Dalam keadaan itu mereka mencari jalan keluar, kemudian mereka berpindah ke sekitar Eropah tepatnya di Scotland. Di tempat inilah mereka menggunakan identiti baru yang kelak melahirkan sebuah perkumpulan rahsia untuk menghancurkan semua agama. Perkumpulan itu mereka beri nama Freemason (Halaman 54).

Para Templar yang telah berganti identiti ini pun menyamar sebagai pelayar Eropah yang mengabdi kepada raja-raja Kristian Eropah. Mereka berjanji akan mencari emas dan wilayah baru yang dapat dijadikan negeri jajahan, asalkan para raja tersebut bersedia membiayai ekspedisi mereka (Halaman 54).

Kalau kita telusuri literatur dan manuskrip purba, serta buku-buku terbitan Belanda yang masih dapat dapat kita sususri jejaknya, ternyata Nusantara ini tidak di kepung oleh gereja-gereja melainkan oleh banyaknya lodge Yahudi (tempat ritual Freemason). Lambang yang terdapat dalam banyak bangunan menunjukkan adanya Freemason pada abad tersebut. Sebuah persoalan kembali muncul, kalau demikian adanya, sejak bila gerakan Zionis datang ke Nusantara, dan apa sebenarnya misi yang dibawa oleh mereka? (Halaman 52).

Slogan Gold, Glory, Gospel tidak lain adalah "dengan emas membina kerajaan Tuhan di Baitul Maqdis" yang kebelakangan ini menjelma menjadi gerakan Judeo Kristiani, dan dalam 25 Protokol Zionis jelas disebut bahawa, "dengan wang dan emas kita menguasai dunia." Sebenarnya mereka mencari emas dalam rangka untuk membina kerajaan Dajjal di Baitul Maqdis, dan sekarang telah menjelma Negara Yahudi (Halaman 55).

Oleh kerana itu, sebelum kekhalifahan Turki dihancurkan pada tahun 1924, maka Timur Tengah dan Asia Tenggara terlebih dahulu menjadi matlamat penjajah Eropah, agar tiang penyangga kekhalifan roboh (Halaman 57).

Setelah jatuhnya Kerajaan Khalifah Uthmaniah, Palestin dijajah dan didirikan negara Israel pada tahun 1948 manakala wilayah-wilayah Islam yang pernah bernaung di bawah Kerajaan Khalifah Uthmaniah telah berpecah dan membentuki pelbagai negara-bangsa.


Pertapakan Golongan Peranakan Cina-Yahudi di Tanah Melayu

Selain daripada golongan Freemason yang terdiri dari penjajah Barat - Portugis, Belanda dan Inggeris di Tanah melayu, Freemason juga terdiri daripada peranakan  Cina-Yahudi. Hal ini adalah kerana wujud sebahagian kecil orang Yahudi telah berhijrah ke negara China dan berkahwin dengan penduduk tempatan sehingga melahirkan golongan peranakan Cina-Yahudi atau lebih dikenali sebagai You Tai. 

Komuniti You Tai telah dikenal pasti telah wujud di Melaka 60 tahun lebih awal sebelum komuniti You Tai di Kaifeng, China ditemui. Etnik Hakka adalah salah satu daripada bangsa Han yang berada di Kaifeng, China yang menjadi penempatan utama bagi Yahudi yang berasimilasi ke dalam masyarakat Cina. Etnik Hakka telah masuk secara beramai-ramai ke Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak melalui skim pengambilan pekerja. 

... The Hidden Hand tidak berputus asa, mereka menghantar British (Britain adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang bertujuan menguasai Tanah Melayu. Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Britain telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu. Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai manusia yang ramai dan miskin.
Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati "Ordo Ab Chao" atau "Divide and Rule" atau "Pecah dan Perintah." Semakin ramai pekerja Cina di bawa masuk ke Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu.
Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil "secret societies" Cina yang menganut faham Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina.
Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap, inilah masanya untuk bermain api. Perebutan kawasan perlombongan cuma taktik sahaja. Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima residen British di Tanah Melayu.
Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak. Taktik ini juga digunakan di semua negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 
Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu.

Kini, mereka telah menjadi sebahagian daripada warganegara Malaysia. Mereka hidup dengan budaya Cina, mempunyai rupa paras orang Cina dan berbahasa Cina. Sebahagian mereka beragama Kristian malah ada yang bermazhab Kristian Evangelist. Wujud segelintir pemimpin berbangsa Cina di Malaysia yang berada dalam parti politik DAP yang bermazhab Kristian Evangelist.


Mengekalkan Pertapakan Freemason dan Illuminati Selepas Kemerdekaan Tanah Melayu

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh golongan Freemason dan Illuminati sebelum memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Pentadbiran negara berteraskan ideologi liberalisme menggunakan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Ekonomi negara diurus berdasarkan sistem kapitalis pasaran bebas. Pendidikan negara berteraskan sistem sekular, menghapuskan tulisan jawi dan meminggirkan bahasa Arab. 

Dari aspek sosial, kini gerakan Freemason dan Illuminati gigih mempromosikan dan berusaha menormalisasikan LGBT agar diterima oleh masyarakat di samping bergerak melakukan pelbagai kebajikan yang bersembunyi di sebalik penubuhan badan kebajikan Rotary Clubs International dan Lions Clubs International.

Isnin, 27 September 2021

Takwim Puasa Sunat Bermula 1 Muharam 1443H Sehingga 29 Zulhijah 1443H

Puasa Sunat

Tarikh

Puasa 1 – 9 Muharam

10 — 18 Ogos 2021

 

 

Puasa hari Asyura

 

Pada 10 Muharam dan sehari sebelumnya

 

Atau

 

Pada 10 Muharam dan sehari selepasnya

19 Ogos 2021

 

19 Ogos 2021 dan 18 Ogos 2021

 

Atau

 

19 Ogos 2021 dan 20 Ogos 2021

 

 

Puasa sunat Sya’ban

4 Mac — 2 April 2021

 

 

Puasa enam hari dalam Syawal (kecuali 1 Syawal)

4 — 3 1 Mei 2022

 

 

Puasa 1 – 8 Zulhijah

1 — 8 Julai 2022

 

 

Puasa  Hari Wukuf di Arafah (bagi yang tidak menunaikan haji)

9 Julai 2022

 

 

Puasa Isnin dan Khamis

Kecuali:

Hari Tasyrik (11 Zulhijah) – 11 Julai 2022 (Isnin)

 

 

Puasa Hari Putih

 

Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan dalam kalendar hijri)

Muharam (22 – 24 Ogos 2021)

Safar (20 – 22 September 2021)

Rabi’ul Awal (20 – 22 Oktober 2021)

Rabi’ul Akhir (18 – 20 November 2021)

Jamadil Awal (18 – 20 Disember 2021)

Jamadil Akhir (16 – 18 Januari 2022)

Rejab (15 – 17 Februari 2022)

Sya’ban (16 – 18 Mac 2022)

Syawal (15 – 17 Mei 2022)

Zulkaedah (13 – 15 Jun 2022)

Zulhijah (13 – 15 Julai 2022)


P/S: Selamat Berpuasa
 

Isnin, 12 Julai 2021

Rabu, 7 April 2021

Orang Malaya Di Sabah #10: Dua Kewarganegaraan Di Sabah

Sudah beberapa tahun, siri entri Orang Malaya di Sabah tidak disambung. Kali ini, aku hendak sambung siri entri ini tetapi berkenaan dengan isu dua kewarganegaraan di Sabah.

Semasa aku masih bersekolah tingkatan enam (1993-1994), aku cuma dengar saja cerita classmate aku bahawa dia memiliki dua kad pengenalan iaitu Malaysia dan Indonesia. Bapanya melakukan perniagaan kecil-kecilan di Sandakan; kini ex-classmate aku telah menjadi kaya raya memiliki rangkaian pasaraya di Sabah, stesyen minyak Petronas dan wisma bangunan kedai di Tawau. Dia sekeluarga akan balik ke Indonesia apabila cuti sekolah pada bulan Disember. Caranya dia sekeluarga akan bertolak dari Sandakan ke Tawau melalui jalan darat. Setelah tiba di Tawau, dia sekeluarga bertolak melalui jalan laut untuk memasuki perairan Indonesia. 

Sebelum itu, dia sekeluarga akan menemui orang kepercayaan mereka di Tawau yang menjadi tempat untuk mereka menititipkan kad pengenalan Indonesia. Dia sekeluarga akan mengambil kad pengenalan Indonesia dan meninggalkan kad pengenalan Malaysia kepada orang kepercayaan mereka tersebut di Tawau. Kedua-dua kad pengenalan Malaysia dan Indonesia merupakan dokumen rasmi yang sah. Modus operandi yang sama akan dilakukan oleh dia sekeluarga apabila kembali memasuki negara Malaysia. Kenapa Tawau? Hal ini adalah kerana bandar Tawau merupakan daerah yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia dan bandar pelabuhan yang terdekat untuk memasuki perairan negara Indonesia.

Pilihan Raya Negeri Negeri (PRN) Sabah yang ke-15 yang membuktikan memang wujud orang Sabah yang memiliki dua kewarganegaraan. Hal ini dilaporkan oleh pihak polis dalam sidang media bahawa wujud segolongan orang Sabah/warganegara jiran yang balik ke negara tetangga sebelum Kerajaan Malaysia mengambil langkah menutup pintu masuk negara dari dimasuki oleh warganegara asing. 

Setelah Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRN Sabah diadakan pada 26 September 2020, maka bermulalah orang Sabah yang memiliki dua kewarganegaraan yang berada di negara tetangga untuk memasuki negeri Sabah melalui lorong-lorong tikus untuk turut serta mengundi dalam PRN Sabah. Maklumat lanjut, sila klik https://www.astroawani.com/berita-malaysia/prn-sabah-polis-sahkan-cubaan-warganegara-jiran-masuk-mengundi-260210 Betapa bersaudaranya orang Sabah dengan Indonesia/Filipina, mengalahkan orang Malaya.

Selain itu, dalam portal berita Harian Metro bertarikh 26 September 2020 menyatakan:
Lebih 100 individu disyaki memiliki dua kerakyatan yang cuba pulang untuk mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) dihalau keluar daripada memasuki perairan Sabah, kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, individu terbabit menaiki dua bot jongkong dan dua bot laju dikesan cuba memasuki perairan negara melalui sempadan laut di Sandakan.

"Kita terpaksa menghalang mereka kerana melalui jalan yang tidak sah, bukan menafikan hak mereka untuk mengundi tetapi cara mereka masuk tidak betul dan kita perlu halang.
"Kita percaya mereka mempunyai dua dokumen atau dwi kerakyatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar, hari ini.

Lorong Tikus, Hutan Tebal Mencabar ESSCOM Tangani PATI
Kalabakan: Banyaknya jalan-jalan tikus dan kedudukan muka bumi Tawau serta Kalabakan yang berhutan tebal dan bersempadan dengan Indonesia, memberi cabaran besar kepada pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menangani isu pendatang tanpa izin (PATI) di Sabah.

Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman berkata kawasan sempadan Kampung Kandoangan, Kalimantan Utara, Indonesia dan Kilometer 11, Kalabakan di sebelah Malaysia menjadi antara jalan tikus yang aktif digunakan tekong darat untuk membawa masuk pendatang haram warga Indonesia ke Malaysia, tidak kira siang atau malam.

"Taktik pendatang haram itu, kebiasaannya bergerak dalam kelompok 10 hingga 15 orang dan kemudian akan 'disambut' ejen menggunakan pacuan empat roda di sempadan Malaysia," katanya kepada media ketika tinjauan ESSCOM di sini, baru-baru ini.

Wakil Bernama juga berpeluang bersama pasukan keselamatan itu meninjau tempat transit (staging point) yang dikesan digunakan pendatang haram untuk menyusup masuk ke Malaysia melalui Sabah.

Menurut Ahmad Fuad, dengan bentuk muka bumi dan geografi persekitaran laluan yang dilitupi hutan tebal, ia seumpama 'perisai' bagi pendatang haram bersembunyi sehingga berhari-hari lamanya daripada dihidu pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kawasan itu.

Zon Selamat Timur Sabah (ESSZON) merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat hingga ke Tawau.

Daerah yang terbabit adalah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Ahmad Fuad berkata, pihak berkuasa mengesan terdapat banyak laluan tikus atau staging point sepanjang 200 kilometer dari Tawau sehingga Kalabakan dan sejak April hingga Oktober lepas, seramai 1,995 PATI ditahan dan diusir balik ke negara asal kerana cubaan menyusup masuk melalui perairan Tawau.

Katanya, kedatangan migran haram melalui jalan-jalan tikus ini dikhuatiri menjadi punca penularan kes Covid-19 di Sabah yang setakat semalam merekodkan sebanyak 524 kes baharu daripada keseluruhan 852 kes yang dilaporkan seluruh negara.

Sabah masih menjadi negeri tertinggi kes Covid-19 dengan jumlah keseluruhan 20,422 daripada bilangan kumulatif kes 40,209 kes seluruh negara.

Menjelas lanjut mengenai modus operandi berkenaan, Ahmad Fuad berkata, PATI itu akan dibawa keluar melalui jalan-jalan ladang kelapa sawit yang biasanya sukar dilalui kenderaan biasa sehingga ke jalan utama di Kalabakan, sebelum meneruskan perjalanan sama ada ke Keningau, Tawau atau ke kawasan lain di pantai timur Sabah.

Katanya, terdapat lebih lima 'staging point' dikesan antara jarak lima hingga 10 kilometer dari KM11-Kandoangan yang dijadikan jalan tikus bagi aktiviti penyeludupan pendatang haram, antaranya di Jeti Kretam, Ladang Kretam di sini.

"Untuk tiba di jeti ini dari Nunukan, Indonesia, ia hanya memakan masa 40 hingga 50 minit dengan menggunakan bot berkuasa 200 kuasa kuda (hp) dengan menyusuri Sungai Serudong dan Sungai Silimpopon (Tawau).

"Laluan bercabang Sungai Serudong menjadikan kegiatan jenayah rentas sempadan di Kalabakan ini lebih sukar dikesan kerana mereka boleh masuk dan bersembunyi di laluan lain," katanya menambah tekong biasanya mengambil upah antara RM200 hingga RM800 untuk membawa seorang pendatang haram ke Sabah.

"Walaupun rondaan kerap dilakukan tetapi ada masanya pendatang ini dapat meloloskan diri dengan berlindung di ladang-ladang dan di Kalabakan sahaja terdapat lima ladang besar dengan keluasan setiap ladang melebihi 20,000 hektar," katanya.

Ahmad Fuad berkata, pasukan keselamatan yang membuat pemantauan sedaya upaya memastikan jalan tikus atau staging point dikenal pasti ini tidak dibolosi pendatang haram sekali gus mengekang penularan Covid-19 di Sabah.

"Kita ada Pos Kawalan Keselamatan Burs Point menempatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Pos Serudong yang dikendalikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertanggungjawab memantau serta menjaga keselamatan sempadan sekali gus menggagalkan banyak cubaan menyusup masuk ke Sabah," katanya.

Sementara itu, katanya, ESSCOM bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatkan maklumat berhubung jenayah rentas sempadan termasuk aktiviti kemasukan PATI.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad turut menasihatkan pengurus-pengurus ladang kelapa sawit di kawasan itu agar melaporkan kepada pasukan keselamatan jika mengetahui kemasukan pendatang haram ini atau lokasi persembunyian mereka di ladang-ladang.

"Kita sudah memberi amaran dan nasihat kepada pihak ladang dan orang awam supaya tidak bersekongkol dengan tekong yang membawa masuk pendatang haram ini ke negara ini.

"Sekiranya didapati mereka turut melindungi pendatang haram, tindakan undang-undang mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) akan dikenakan," katanya.

Sumber: Harian Metro 


Implikasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah

Negeri Sabah mengalami bencana penularan Covid-19 berikutan kemasukan warganegara Indonesia dan Filipina melalui lorong-lorong tikus. Kerajaan Malaysia tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah kerana situasi bencana tersebut berada dalam terkawal sehinggalah Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara memutuskan untuk melaksanakan PKP 2.0 di Sabah yang bermula pada 13 Januari 2021.

Selasa, 9 Mac 2021

Kuliah Online Pengajian Fekah: Kitab Matan Abi Syuja'







Penulis: Imam Abu Syuja' Ahmad bin Al-Hussain bin Ahmad Al-Asfahani
Tajuk: 24 Jam Dipayungi Syariat
Tahun Terbit: 2014
Penerbit: PTS ISLAMIKA SDN.BHD.
Muka Surat: 260
Harga: RM30.00











Buku bertajuk 24 Jam Dipayungi Syariat merupakan terjemahan Kitab Matan Abi Syuja' (fekah Mazhab Syafie). Aku sudah lama beli buku ini dalam tahun 2014. Aku beli buku ini melalui laman web penerbit PTS dengan harga pre-order diskaun 20%. 

Setelah aku terima buku ini, aku terasa menyesal membeli buku ini sebab buku ini hanya ada butiran-butiran penting tanpa sebarang huraian. Aku terus simpan buku ini di dalam rak buku perpustakaan mini milik aku. Pada pandangan aku, buku tersebut perlu disyarahkan oleh seseorang yang berkelayakan; maksud perkataan matan dalam bahasa Arab jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ialah ringkasan teks untuk disyarahkan.

Dalam hidup ini tidak ada yang berlaku secara kebetulan maka dalam bulan November 2020, aku masuk kumpulan whatsapp Soal Jawab Fiqh Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak @ Ustaz Bin Sahak. Beliau merupakan pegawai di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Ada ahli kumpulan whatsapp tersebut mencadangkan agar ustaz mengadakan kuliah online pengajian fekah. Ustaz Mohamad Abdul Kadir bin Sahak memilih Kitab Matan Abi Syuja'. Bagi sesiapa yang tidak menguasai bahasa Arab, disarankan menggunakan kitab yang sudah diterjemahkan bertajuk 24 Jam Dipayungi Syariat. 

Oleh itu, setelah tujuh tahun pada tahun 2021, aku mencari kembali buku tersebut. Aku terus terasa ada gunanya aku membeli buku ini. Sebagai manusia biasa, aku hanya dapat mengetahui hikmah sesuatu perkara setelah aku melalui perkara tersebut.

Matlamat aku mengikuti kuliah online ini adalah kerana aku masih mahu terus belajar menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. Tambahan lagi pegangan aku dalam hal ini, tidak sepatutnya seseorang Muslim berhenti belajar ilmu agama apatah lagi jika seseorang Muslim itu tidak mempunyai latar belakang pengajian agama secara formal. Seperkara yang paling utama ialah selidiki terlebih dahulu latar belakang guru yang mengajar, jangan belajar daripada guru yang mengajar ajaran sesat.


Perjalanan Kuliah Online Pengajian Fekah Kitab Matan Abi Syuja'

Kuliah online ini diadakan pada hari Sabtu bermula pukul 9.30 malam menggunakan Google Meet sebagai medium pengajian; tanpa dikenakan sebarang yuran. Ustaz Mohamad Abdul Kadir akan mensyarahkan kitab ini ayat demi ayat dalam tempoh satu jam.

Sehingga entri ini ditulis, kuliah ini telah berjalan selama empat minggu dan masih mensyarahkan bab satu tajuk bersuci (Kitabun Taharah); kitabun merupakan perkataan bahasa Arab yang bermaksud himpun dan gabung manakala taharah bermaksud bersuci. Ada tambahan ilmu yang aku pelajari berkenaan perihal bersuci walaupun perkara berkaitan dengan bersuci ini sudah dipelajari semasa tingkatan satu sekolah menengah dalam subjek agama Islam. Namun, ilmu berkenaan perihal bersuci semasa sekolah menengah diajar menurut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan sesuai dengan tahap pelajar tingkatan satu. Aku mula belajar sekolah menengah pada akhir 1980-an dan masih menggunakan Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM). 

Oleh itu, aku menghadiri kuliah online pengajian fekah ini sebagai pelajar dewasa di mana pengajian yang ada diadakan adalah lebih mendalam membincangkan pelbagai pendapat ulama yang turut meliputi pelbagai mazhab sesuai dengan tahap orang awam.


Alhamdulillah Aku Belajar Sesuatu Yang Baru

Aku hendak kongsikan satu perkara baru yang aku pelajari dari kuliah online ini ialah jenis-jenis air dan pembahagiannya. Dalam pengajian fekah, jenis-jenis air dibahagikan kepada tujuh kategori di mana pembahagian ini jika diterjemahkan merujuk kepada air hujan, air laut, air sungai, air telaga, air mata air, air salji dan air embun. Para ulama membahagikan air kepada tujuh jenis yang merangkumi air dari langit dan air dari bumi. Jenis-jenis air dan pembahagiannya jika merujuk kepada terjemahannya adalah sama seperti yang telah dipelajari semasa aku berada di sekolah menengah tingkatan satu. 

Namun begitu, ada satu kesilapan terjemahan sama ada di dalam buku 24 Jam Dipayungi Syariat atau dalam sukatan mata pelajaran agama Islam Kurikulum Lama Sekolah Menengah (KLSM); aku tidak pasti sukatan mata pelajaran agama Islam yang menggunakan kurikulum baru dan terkini.  


Kesilapan tersebut ialah pada terjemahan maa ul barad yang merujuk kepada air embun. Terjemahan yang tepat untuk maa ul barad ialah air ketul batu (ais) yang turun dari langit. Hal ini adalah kerana di negara-negara Arab memang berlaku hujan air ketul batu (ais). 
Oleh itu, adalah tidak tepat menterjemahkan 
maa ul barad kepada air embun. Jika difikirkan secara logik, persoalan yang timbul ialah bagaimana hendak menadah dan menghimpunkan air embun yang turun pada waktu malam sehingga boleh digunakan untuk bersuci?



P/S: Aku harap buku ini dapat disyarahkan sehingga habis. Aku simpati dengan beberapa orang ahli group whatsapp dan telegram yang membeli buku ini semata-mata untuk mengikuti kuliah ini secara online. Sekiranya buku ini tidak bersifat matan dan tidak disyarahkan sehingga habis, mereka masih boleh membaca dan menela'ah buku itu sendiri.