Isnin, 26 Disember 2016

Orang Malaya Di Sabah #6: Universiti Malaysia Sabah

Pada tahun 1980-an, masyarakat Kadazan menguasai Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan parti berbilang etnik. Kepimpinan Joseph Pairin Kitingan dalam PBS disokong oleh majoriti masyarakat Cina yang turut tidak berpuas hati dengan banyak dasar kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti Berjaya terutama sikap pro-Islam. Parti Berjaya dikalahkan dengan teruk dalam pilihan raya dan apabila PBS berkuasa, konsep “Sabah adalah untuk orang Sabah” dianjurkan untuk menggalakkan Kadazanisme sebagai asas masyarakat Sabah. Joseph Pairin Kitingan telah dijadikan “Hugoun Siou” (pemimpin agung) oleh masyarakat Kadazan.

Nasionalisme Kadazan telah dieksploitasi untuk menentang Persekutuan penjajahan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan tidak mematuhi Perjanjian 20 Perkara. Ini telah meningkatkan ketegangan hubungan di antara Kota Kinabalu dengan Kuala Lumpur. Kesudahannya isu tersebut telah membuka jalan untuk UMNO memasuki Sabah pada tahun 1991.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 merupakan pilihan raya umum yang ke-9 telah menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menguasai Sabah. Di antara manifesto UMNO/Barisan Nasional kepada penduduk negeri Sabah dalam pilihan raya umum ke-9 jika UMNO/Barisan Nasional berjaya memenangi kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan di Sabah ialah penubuhan Universiti Malaysia Sabah. Semua 12 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan untuk negeri Sabah dimenangi oleh Barisan Nasional.



Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia di 
Menggatal, Sabah kini telah menjadi bangunan tinggal dan terbiar.

Penubuhan Universiti Malaysia Sabah telah membawa kepada penutupan Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengandungi dua fakulti iaitu Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Sains Sumber Alam. Kedua-dua fakulti termasuk pelajar dan semua kakitangan Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia kembali ke kampus induk di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi kecuali kakitangan Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia yang memilih untuk dilepaskan berkhidmat dengan Universiti Malaysia Sabah.

Sejak penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1995, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan jawatan Naib Canselor mesti dipegang oleh Orang Malaya. Jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah akan diberikan kepada Orang Sabah apabila tiba masanya setelah ada Orang Sabah yang berkelayakan untuk memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Namun hanya Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang pertama dan kedua sahaja berpeluang dipegang oleh Orang Malaya. Ketika pemilihan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua pada tahun 2005 telah membawa kepada kewujudan dua kumpulan dalam kalangan kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Pertama, kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Malaya menyokong agar Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua dipegang oleh Orang Malaya manakala kedua, kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang terdiri Orang Sabah menyokong agar Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua dipegang oleh Orang Sabah.

Oleh kerana sejarah penubuhan Universiti Malaysia Sabah berasaskan percaturan politik Malaysia maka peralihan jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang dipegang daripada Orang Malaya kepada Orang Sabah juga melibatkan percaturan politik Malaysia. Keputusan pilihan raya umum Malaysia yang ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 telah menyaksikan walaupun keseluruhannya Barisan Nasional berjaya memenangi pilihan raya umum ke-12 tetapi Barisan Nasional tidak berjaya memperolehi 2/3 kerusi di Dewan Rakyat.

Keputusan pilihan raya umum Malaysia ke-12 telah digunakan sebagai hujah oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah untuk melobi Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu agar jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah diserahkan kepada Orang Sabah walaupun pada ketika itu disifatkan belum ada Orang Sabah yang layak memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Hujah yang digunakan Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Negeri Sabah telah menyumbang kepada kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional manakala lima negeri (Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor) di Semenanjung Tanah Melayu telah jatuh dikuasai oleh pembangkang. Keperibadian Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu yang berjiwa lembut telah menyebabkan beliau akur kepada kehendak Ketua Menteri Sabah. Bermula Jun 2010, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang ketiga dan seterusnya telah diserah dan dipegang oleh Orang Sabah.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua telah diturunkan dalam institusi yang sama (Universiti Malaysia Sabah) dari memegang jawatan Naib Canselor kepada pensyarah biasa (Profesor) tanpa sebarang jawatan. Cara yang sungguh tidak beradab untuk menurunkan seseorang yang berada pada kedudukan tertinggi mengetuai sesebuah institusi.


P/S: Kalau nak harap universiti-universiti awam di Semenanjung Malaysia, tak merasa Orang Sabah nak jadi Naib Canselor. Ramai lagi Orang Malaya yang lebih berkelayakan. Tak ada universiti, dah dibagi universiti. Cerdik tak cerdiknya Orang Sabah mengurus universiti. Pengurusan hancur. 😡 Al-hamdulillahi 'ala kulli haal (Segala puji bagi Allah pada setiap masa).

Sabtu, 17 Disember 2016

Maklum Balas Entri Orang Malaya Di Sabah #1 Oleh Last Putera

Berdasarkan tajuk entri di atas, aku ingin berkongsi maklum balas entri Orang Malaya Di Sabah #1 yang ditulis oleh seorang blogger baru bernama Last Putera. Maklum balas tersebut ditulis dalam blog beliau: Bertenang Setiap Masa.
























P/S: Aku menulis entri Orang Malaya Di Sabah #1 bukan untuk meluahkan perasaan tetapi aku menulis mengenai realiti kedudukan anak-anak Orang Malaya yang diliahirkan di Sabah. Anak-anak warganegara Malaysia termasuk Sabah/Sarawak yang dilahirkan di sesebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu secara automatik diiktiraf sebagai orang negeri tersebut dari aspek perundangan. Kebanyakan orang di Semenanjung Tanah Melayu beranggapan Sabah/Sarawak sama seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu tetapi realiti tidak begitu. Kami seperti ibu bapa kami menjadi orang mendatang di Sabah yang tertakluk kepada Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 (Akta 155). Jika undang-undang sudah tidak mengiktiraf lantas bagaimana kamu boleh mengiktiraf bahawa kami ini Orang Sabah? Benarkah apa yang dikatakan sebagai 'tembok pemisah' sudah lenyap? Setakat boleh bercinta dan bernikah di antara Orang Malaya dan Orang Sabah, tidak bermakna apa yang dikatakan sebagai 'tembok pemisah' sudah lenyap 樂