Entri ini sambungan dari entri
Orang Malaya Di Sabah #3. Negeri Sabah termasuk Sarawak menyediakan peraturan
khas buat para imigran dari Semenanjung Tanah Melayu untuk masuk dan tinggal
tetap di Sabah/Sarawak. Seperti yang dinyatakan pada tajuk entri ini, aku
mengkhususkan perbincangan imigran dari Semenanjung Tanah Melayu untuk masuk
dan tinggal tetap di Sabah. Hakikatnya peraturan khas buat para imigran dari Semenanjung
Tanah Melayu untuk masuk dan tinggal tetap di Sabah/Sarawak lebih kurang sama
sahaja jika dilihat dari sudut teknikal.
Imigran dari Semenanjung Tanah
Melayu yang berhasrat untuk masuk dan tinggal tetap di Sabah perlu memohon
surat permit masuk tinggal tetap di Sabah. Surat ini bukan sahaja penting dari
sudut legaliti tetapi turut mempunyai nilai dari aspek politik, ekonomi dan
sosial.
Bagi imigran dari Semenanjung
Tanah Melayu yang berhasrat untuk tinggal tetap dan menjadi orang Sabah, surat permit
masuk tinggal tetap di Sabah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri
Sabah amat diperlukan sebagai bukti agar pihak Jabatan Pendaftaran Negara dapat
menambah huruf ‘H’ pada penjuru bawah sebelah kanan kad pengenalan. Proses yang
sama juga diperlukan oleh anak-anak orang Malaya yang lahir di Sabah jika mereka
hendak diiktiraf sebagai orang Sabah. Keterangan lanjut sila klik entri Orang Malaya Di Sabah #1.
Dalam kes aku, walaupun bapa aku telah
menguruskan dan memiliki sepucuk surat permit masuk tinggal tetap di Sabah yang
mengandungi nama ibu bapa aku beserta nama aku namun surat tersebut tidak pernah
digunakan semasa aku memohon kad pengenalan ketika berusia 12 tahun. Keterangan
lanjut sila klik entri Orang Malaya Di Sabah #3. Bapa aku tidak pernah
berhasrat menjadikan aku sebagai orang Sabah. Aku tidak perlu surat permit masuk tinggal
tetap di Sabah yang dimohon khas oleh diri aku ketika berusia 12 tahun untuk
melayakkan Jabatan Pendaftaran Negara menambah huruf ‘H’ pada penjuru bawah
sebelah kanan kad pengenalan aku.
Surat permit masuk tinggal tetap
di Sabah hanya pernah digunakan sekali sahaja untuk mengukuhkan permohonan aku ketika
memohon pekerjaan di sebuah badan berkanun cawangannya berada di Wilayah Persekutuan
Labuan tetapi induknya berada di Kota
Kinabalu, Sabah. Surat permit masuk tinggal tetap di Sabah mengandungi nilai
ekonomi kepada anak-anak orang Malaya yang lahir di Sabah.
Bagi orang Malaya atau anak-anak
orang Malaya yang lahir di Sabah tetapi berhasrat masuk dan tinggal tetap malah
sehingga membeli tanah di Sabah maka surat permit masuk tinggal tetap di Sabah
mengandungi nilai sosial yang tersendiri. Anak jati Sabah tidak berhak
mempertikaikan apabila orang Malaya membeli tanah di Sabah dengan syarat tanah
tersebut tidak berstatus N.T. (Native Title). Orang Malaya yang memiliki surat permit
masuk tinggal tetap di Sabah setaraf dengan anak jati Sabah dari sudut politik,
ekonomi dan sosial.
Jika hendak dibandingkan di
antara Sabah dan Sarawak, belum pernah orang Malaya di Sabah termasuk pelajar
di institut pengajian tinggi awam (IPTA) mengalami atau terdengar cerita anggota
keselamatan berunifom yang berasal dari Sabah menahan orang Malaya semata-mata bertanyakan
adakah pasport antarabangsa/dokumen perjalanan terhad dibawa bersama ketika keluar
dari kediaman untuk pergi ke bandar berdekatan. Berbeza di Sarawak, aku pernah
terbaca dalam sebuah blog, komentar seorang pelajar UNIMAS (Universiti Malaysia
Sarawak) yang pernah ditahan oleh anggota keselamatan berunifom yang berasal
dari Sarawak bertanyakan adakah pasport antarabangsa/dokumen perjalanan terhad dibawa
bersama ketika keluar dari kediaman untuk pergi ke bandar berdekatan Kota
Samarahan.
Aku tidak mahu komen yang berlebih-lebihan secara tersurat bagi kes imigran
dari Malaya yang terjadi di Negeri Sarawak. Sebagai blogger, aku tahu batas
diri aku dari melanggar Akta Hasutan 1948. Secara tersiratnya, adalah sukar
UMNO melebarkan sayapnya masuk ke negeri Sarawak.
P/S: Kini ada orang Malaya yang berkhidmat, berkahwin dengan anak jati Sabah dan memilih untuk menetap di Sabah dengan cara menukar alamat tetap pada kad pengenalan ditukar di Jabatan Pendaftaran Negara dari
alamat di Semenanjung Tanah Melayu kepada alamat di Sabah tanpa memohon dan
memperolehi surat permit masuk tinggal tetap di Sabah. Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian aku di lapangan terbang Negeri Sabah, golongan ini dikecualikan dari barisan kaunter imigresen khas untuk orang dari Malaya sebaliknya mereka hanya perlu berbaris di lorong khas untuk orang Sabah.
asssalamualaikum,
BalasPadamorang malaya nak buat penyelidikan di sabah sarawak pun kena mohon sebagai foreigner
Wa'alaikum salam.
PadamKalau foreign researcher, mereka tertakluk undang-undang imigresen Malaysia. Status researcher orang Malaya, nak masuk Sabah/Sarawak memanglah kena lalu kaunter imigresen sebab ada peraturan khas untuk orang mendatang dari Malaya ni. Boleh tinggal berapa lama atas budi bicara pihak imigresen Sabah/Sarawak. Cuma berapa lama tempoh permit masuk dikeluarkan, ada tiga bulan sahaja, ada setahun sahaja maknanya sebelum tamat tempoh permit kena pergi pejabat imigresen Sabah/Sarawak untuk renew permit masuk :)
Sangat tertarik membaca blog mengenai Orang Malaya di Sabah. Situasi kita hampir hampir serupa, ibubapa orang semenanjung dan kita lahir di bumi Sabah. Bezanya saya masih di Sabah dan masih cuba "menyesuaikan" diri di Sabah.
BalasPadamOne thing for sure, memang rasa agak turn-off bila mereka mula mengeluarkan komen2 mengenai malaya Vs borneo. Tapi berada di tempat orang jadi harus "hormat" dan keep my opinion aside.
Dalam entri sebelum ini ada menulis mengenai dialek yang digunakan setelah lama berada di sini, saya berpendapat yang sama, be yourself, hairan juga macam mana setengah lidah begitu cepat mengambil dialek negeri lain.
Looking forward to more entries, rasa seperti terlafaz semua yang ada dalam hati selepas membaca di sini.
Terima kasih. Saya gembira membaca komen Miss FR :)
PadamKlau berada di sabah cuma sebulan mase perlu kan permit ka ? Atau cuma mase di anggap pelancong biasa ?
BalasPadamTak perlu surat permit cuma pihak imigresen Negeri Sabah di kaunter masuk seperti lapangan terbang ada mengeluarkan slip perjalanan terhad untuk tempoh 3 bulan :)
PadamKalau na menetap d saba.cam mana?
BalasPadamSeelok-eloknya mohonlah surat permit masuk tinggal tetap di Sabah dari Imigresen Sabah :)
Padam
BalasPadamDalam kes saya, syarikat sy bekerja hanya menghantar saya untuk menetap di sabah(pejabat di selangor) untuk stand by job2 di sabah. Jadi syarikat sy tidak mempunyai cawangan di sabah, cuma saya sbg wakil syarikat di sabah. Apa patut saya buat. Utk makluman sy skrg hanya menggunakan pas lawatan (3 bulan). Nak tak nak sblm cukup 3 bulan sy kena keluar dan masuk balik ke sabah. Apa patut sy buat...tq
Tak perlu keluar-masuk Sabah. Kena pergi pejabat imigresen yang berhampiran mohon lanjutkan lagi pas lawatan 3 bulan.
PadamTq
PadamKalau tinggal lebih dari 90hari masa yg ditetapkan macam mana tanpa pergi sambung utk tggal lebih lama mcm mn
BalasPadamSalah dari segi undang-undang.
Padamsy nak tnya isteri sy org k.l manakala sy org sarawak...skrang sy dah menetap negeri asal sy sarawak...isteri sy di beri tmpoh 3 bln...mcm mane cara nya utk isteri sy tinggal lama kat sarawak
BalasPadamKena berurusan dengan pejabat imigresen yang berhampiran di Sarawak. Bincang dengan pegawai imigresen untuk dapatkan permit tinggal tetap di Sarawak. Kalau memang nak menetap di Sarawak, saya cadangkan tukar alamat tetap dalam kad pengenalan kepada alamat di Sarawak.
PadamHi cik misstree kalau saya sabah dah lama duk sarawak ic pun da tukar alamt sarawak.kena banyak soal lagi ka bila nak balik sabah? Dan permit da lama tamat
PadamSetahu saya, Sabah dan Sarawak ada undang-undang imigresen yang tersendiri. Sepatutnya tidak ada masalah jika Unknown truly Sabahan. Maafkan saya Unknown, saya lambat reply sebab saya baru terbaca komen ini.
Padamsama nasib kita rupanya,umur aku dah 30 tahun lahir di hospital sandakan pada tahun 1988.bila aku ke johor bahru dan kembali ke kk aku kena bawa ke pejabat imegresen airport di soal siasat status aku.ketua imegresen tu herdik aku macam aku ni pendatang haram.hanya kerena ic aku tidak ada H.hati rasa tersinggung bila tempat lahir sendiri tidak iktiraf diri sebagai rakyatnya.aku balik ke rumah dan mintak pencerahan dr ibu bapa aku yg dah tua.mereka cerita pada aku mereka berhijrah ke sabah pada tahun1967 atas urusan tunku abd rahman dan tun mustapha zaman dulu.utk membangunkn sabah yg pada masa itu masih hutan tebal.kerajaan pada masa itu sediakn tanah pada rakyat sabab utk usahakan pertanian perladangan.tetapi rakyat sabah masih teguh dgn pendirian dan amalan suku kaum masing2 yg lebih suka hidup berkumpul dan cari hasil hutan.tahun demi tahun berlalu... sejak 1967 mak bapak aku menetap di sabah.tapi kami masih di anggap org asing di bumi sabah.... luahan dari seorang rakyat malaysia yang tiada kerakyatan dari mana2 negeri.
BalasPadamSaya senyum baca komen yang ditinggalkan oleh Kaierly. Hospital Sandakan? Hospital Duchess of Kent? Sama tempat lahir kita. Cerita bab tersinggung, memanglah tersinggung. Akhir 1960-an hingga pertengahan tahun 1970-an, memang ramai orang Malaya berhijrah ke Sabah atas faktor untuk membangunkan negeri Sabah. Kerakyatan negeri untuk Kaierly ikut negeri ibu bapa atau alamat yang tertera pada kad pengenalan. Terima kasih tinggalkan komen di blog saya :)
PadamSaya nk tanye...kenapa saya tidak layak kerja di sabah...sedangkan saya aada pasport jaminan isteri...ic alamat sabah....semua syarikat x mau ambil sy...alasan sy org semenanjung....
PadamStandard lah benda tu. Dari dulu lagi. Dia orang beri keutamaan kepada anak jati negeri Sabah.
PadamHi cik misstree... Kalau saya sabah tapi dah lama duk sarawak permit da tamat tempoh..dan jika ic saya suda tukar alamt sekng d sarawak adakah saya masi perlukan permit atau passport untuk kembali ke sabah?
BalasPadamMasa masuk Sarawak ada permit, maknanya ada rekod di Jabatan Imigresen Sarawak. Untuk kepastian status selepas tukar alamat pada kad pengenalan, kena bertanya Jabatan Imigresen Sarawak.
Padamkalau tukar alamat dlm ic dah tak perlu nak apply permit tinggal tetap tu boleh ke? sbb suami org semenanjung baru nak menetap di sarawak dlm keadaan tak bkeja lagi.
BalasPadamKalau di Sabah, berdasarkan pengalaman orang yang mempunyai suami/isteri asal Sabah, begitulah. Kalau di Sarawak, cubalah Puan bertanya dengan orang yang mempunyai kes yang sama seperti puan. Yang paling tepat, berurusanlah dengan Jabatan Imigresen.
PadamCik mistree saya dalam kesusahan ni, slip imigresen saya tu hilang, lepastu saya dh duduk di sabah sudah lebih 90 hari, harini dah termasuk hari ke 100!! Apa perlu saya buat, adakah saya akan dikena kan tindakan undang2
BalasPadamKes macam ni, kena berurusan dengan Jabatan Imigresen negeri berkenaan.
PadamSuami saya org sabah..saya dari semenanjung..ikut suami tingal d sabah..nk tnya klau nk tukar alamat ic je blh ke?tak prlu nak apply permit?tak ade apa2 mslah ke klu nak melalui imigresen untuk balik semenanjung?
BalasPadamKes yang sama berlaku kepada sepupu saya. Dia cuma tukar alamat pada kad pengenalan saja. Sepatutnya tidak ada masalah untuk melepasi imigresen balik ke Semenanjung.
PadamSaya dah menetap kat sabah 20 tahun, dah tukar alamat sabah di i/c, keluar masih guna pasport terhad pas tu renew pasport terhad lupa nak transfer cop endorsement tinggal bersama suami..kena marah juga kat imegresen mcm pendatang.
PadamBab perangai pegawai Imigresen Sabah, dari saya masih kecil sehingga saya remaja tinggal di Sabah sehinggalah umur saya sekarang dah nak masuk pertengahan 40-an, saya menulis entri-entri berkenaan pengalaman tinggal di Sabah dalam blog saya, saya masih menerima pelbagai maklum balas negatif seperti yang dinyatakan Puan Ita.
PadamApa-apa hal pun, terima kasih kepada Puan Ita sudi tinggalkan komen di blog saya :)
Saya tertarik baca entri miss. Keadaan yang sama berlaku pada suami sy yg lahir di Sabah tetapi ibubapanya orang semenanjung yg kebetulan kena bertugas sebagai guru di sabah. namun, suami sy tidak mendapat pngiktirafan sebagai sabahan. kejadian yang sama berlaku lagi apabila suami sy mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat gergasi sabah kerana kepakaran yang diperlukan dan kebetulan ada nombor 12 dalam ic. maka anak saya lahir di sabah kerana sy mengikut suami di sini. tetapi disebabkan suami tidak diiktiraf sebgai sabahan, maka anak pun mendapat tempias yg sama. sudahlah mahu kepakaran dan buat inovasi untuk negeri sabah, tetapi tidak langsung hiraukan status kenegerian mereka. saya bukan sabahan, cuba memohon pekerjaan di sabah kerana saya tahu kepakaran dan pengalaman sy amat diperlukan di sabah. namun sy dihalangi dengan 3 isu:
BalasPadam1. bukan sabahan. maka majikan perlu membayar permit kerja kepada imigresen dan akn renew permit setiap 2 tahun hanya kerana saya orang semenanjung
2. syarikat tidak mampu membayar kadar gaji yang sepatutnya dibayar mengikut pengalaman kerja saya. sudahlah tidak dapat bayaran setimpal, malah downgrade status level pekerjaan. alasan mereka kerana mengikut tangga gaji minimum sabahn disetkan oleh kerajaan persekutuan.saya mahu bekerja kerana mahu maju ke depan dalam career path saya bukan ke belakang 5 tahun mcm sy mula2 bekerja.
3. sebab saya bukan "Sabahan". lain kali tulis dekat jobstreet, bagitau yang pekerjaan ini hanya memerlukan sabahan candidate sahaja. maka tak perlulah orang2 semenanjung mohon kerja disitu.
ye. itu pengalaman buruk layanan yang sy dapat disini.
keep on writting. we are in the same shoe. sekian.
Mata saya berkaca-kaca gembira membaca komen yang ditinggalkan oleh Puan Faten. Ya, itu yang berlaku sekarang, mereka lebih mengutamakan anak jati Sabah. Maksud saya bukan dahulu mereka tidak mengutamakan Sabahan, tetapi sebab kekurangan mereka yang berkelayakan dari kalangan orang Sabah sendiri. Kes yang sama berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan. Ramai pasangan orang Semenanjung yang berhijrah ke Labuan kerana suami mereka mendapat pekerjaan di sana. Kesannya mereka dalam kalangan isteri yang mempunyai kelulusan yang tinggi terpaksa memilih menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka usaha memohon pekerjaan di Labuan, tetapi saya dimaklumkan soalan pertama semasa hadir sesi temuduga ialah, "Kamu orang Labuan ka?" Soalan pertama pun dah tak lepas, macam mana nak lulus temuduga untuk mendapat pekerjaan yang dimohon.
PadamTerima kasih tinggalkan komen di blog saya :)
Kalu terlalu utamakan anak negeri drp kebolehan, inilah puncanya Sabah bnyk ketinggalan dlm bnyk aspek dan bidang drp negeri2 di semenanjung. Dlm bidang pendidikan pn dh terbukti. Cuba lihat di mana ranking Sabah setiap kali keluar keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM STPM dan lain2. Kalu ada anak2 sabah yg cemerlang cuba lihat statistiknya, siapa ibu bapa mereka? Ada yg memg ibu bapanya dari semenanjung atau salah seorang ibu bapanya semenanjung/sarawak dan seorang lg sabahan. Kalu sabah mahu maju, kena kurangkan sikap rasis pd pendatang dari semensnjung. Tahniah dan syabas kpd sabahan yg lbh terbuka dan ada bertemu jodoh dgn org semenanjung, hasilnya melahirkan anak2 generasi baharu Malaysia yg lbh pintar, sihat, berani dan berkeyakinan.
BalasPadamSempadan negeri Sabah dan Sarawak bukan sahaja ditandai oleh sempadan geografi tetapi juga semangat kenegerian (+ inferiority complex) dan undang-undang imigresen khas untuk orang Semenanjung.
PadamSaya nak tanya ..suami org johor.saya org sabah..suami dh lama tinggal kat sabah..ic pon dh tukar alamat sabah..kalau suami nak gi johor ..perlukah suami ada permit dan suami cuma ada pasport perjlnn terhad je..5 tahun
BalasPadamorang sabah bebas limpas masuk ke semenanjung, begitu juga dengan orang semenanjung yg da tukar alamat sabah sekalipun dikira bebas masuk ke tanah semenanjung sendiri. yang ada sekatan hanyalah orang semenanjung yg nak masuk ke borneo.
PadamYa, tepat jawapan Puan Faten :)
PadamSy ada soalan sy harap dpt terjawap
BalasPadamPasport sijil lahir jaminan suami org smanjung dan di jamin di semenajung ..adakah di larang tinggal di sabah dlm tempoh yg lama ? Contoh jaminan setahun dan nak ke sabah duduk setahun nanti pasport nak tamat tempoh jaminan baru kembali ke semenanjung jamin semula dan kembali tinggal di sabah.. apakah boleh atau tidak ?
passport tamat tempoh kena renew semula Puan. lepas tu kena pergi ke imigresen sabah semula untuk dapatkan pengesahan jaminan pada pas tanggungan yg masih valid untuk passport yang baru renew tu.
PadamPasport sy dah ada visa ..tpi visa tu di buat di semeanjung ni .. saya nak ke sabah tinggal apa yg perlu sy buat untuk tggl d sabah ?
PadamDan kalau sy masuk sabah pasport sy akan di cop sebulan kan ... sebab tu sy nak tahu ada ke cara untuk sy tinggal lebih masa di sabah atau sy mesti pulang ke semanjung semula ? Tu soalan yg sayan nk sgt tahu sbb sy skg ada di smnjung .. tahun depan sy plan nk p sabah tinggal di sabah n pasport visa sy akan tamat tempoh bru sy ke smnjung renew semula ..dan pergi ke sabah semula .. boleh ke ?
PadamTak perlu keluar masuk Sabah. Pergi pejabat imigresen Sabah renew permit tinggal sementara di Sabah.
PadamHai nak tanya.. Sy org sarawak suami pon org sarawak sekiranya sy melahirkan anak di wilayah persekutuan labuan apakah status kenegerian anak sy..?
BalasPadamAnak itu dikira sebagai orang Sarawak tapi pada masa yang sama, ia layak mendapat apa-apa keistimewaan yang ditawarkan kepada orang Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan).
PadamAku orang semenanjung dah lama tinggal di sabah :v tapi tiada H or K macam mana eh
BalasPadamKira OK sajalah selagi tak melanggar undang-undang :D
Padamkalau ada agent yang boleh uruskan permohonan jaminan, tolong contact saya,
BalasPadam0198989555 (wan).
Setahu saya perkara ni tak ada agen, kena berurusan sendiri dengan Jabatan Imigresen.
PadamHi selamat petang .. . Mcm mana pulak kes warga asing yg telah berkhawin dgn pnduduk tmpatan Sabah Yang sekarang bekerja di semenanjung. .Boleh ka warga asing tersebut ikut isterinya balik untuk menetap di sabah ?? Mohon pencerahan
BalasPadamBoleh dengan syarat kena ikut saluran undang-undang yang telah ditetapkan.
PadamHye slmat ptg..
BalasPadamSya nk bertanya...Sya asal Sabah n suami Sya asal Sarawak.
Suami sblm pkp ada d Sarawak atas urusan n tak dapat balik sbb pkp.
Keadaan sya mang ssh. MCM mna nhe.. blh bantu Sya tak..
Fasal PKP semua orang kena ikut SOP yang telah ditetapkan.
Padamhi selamat petang, sya orang semenanjung dan tunang saya skrg bertugas di sabah. saya plan kahwin nak ikut tinggal dan kerja disana. mvm untuk proses minta permit tu kan kena pergi imigresen terus atau kena provide atau isi apa apa form dulu sebelum pergi?
BalasPadamBiasanya kes maacam ni, kahwin terlebih dahulu dan pergi ke Sabah menetap di sana. Mula-mula masuk Sabah, imigresen bagi tempoh tiga bulan. Sebelum tamat tempoh tiga bulan, pergi ke pejabat imigresen berhampiran dan tanya prosedur Jabatan Imigresen Negeri Sabah berkenaan permohonan permit tinggal tetap di Sabah. Setahu saya, untuk memohon permit tinggal tetap di Sabah perlu kepada satu tempoh tertentu yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah sebelum layak memohon permit tinggal tetap di Sabah.
PadamMohon maaf, saya lambat reply. Hari ni, saya baru berpeluang buka blog saya dan update entri baru :)
Salam Cik Mistree..
BalasPadam1. Sy perlu memohon permit tinggal tetap di sabah sekiranya sy bernikah dgn org sabah kan? Brp lama prosesnya dan sukarkah utk dapat kelulusan permit? Sy ic malaya. Mohon cadangan.
2. Sy bercadang beli rumah di sabah. Membaca komen2 dn jwpn cik, patah semangat sy utk teruskan rancangan. Mcm tak ada.harapan utk beli rumah di sabah hanya kerana ic malaya...
Terima kasih
Wa'alaikumussalam.
PadamTerlebih dahulu, terima kasih datang singgah ke blog saya.
Pandangan saya:
Soalan no. 1. Berdasarkan pengalaman sepupu (perempuan) saya berasal dari Kedah yang berkahwin dengan orang Sabah, sepupu saya tak buat surat permit tinggal tetap di Sabah. Sepupu saya hanya tukar alamat yang tertera pada kad pengenalan kepada alamat di Sabah.
Proses dan sukar atau tidak untuk buat surat permit tinggal tetap di Sabah, bergantung kepada pihak Jabatan Imigresen Negeri Sabah. Semasa bapa saya memohon surat permit tinggal tetap di Sabah, ketika itu dalam tahun 1970-an, pastinya prosedur permohonan ada perubahan sesuai dengan peredaran masa.
2. Jika bercadang untuk beli rumah di Sabah, saya cadangkan sila dapatkan maklumat yang jelas daripada pihak yang berwajib atau orang yang berpengalaman tinggal menetap di tempat saudara/i. Ada sesetengah kawasan di Sabah memang majoriti dihuni oleh etnik tertentu. Contohnya di Dogongon Penampang Sabah memang kawasan majoriti etnik Kadazan.
Suami kerja disabah..sy ikut suami disabah..pasport sy sudah endos boleh tinggal selama mana suami berkhidmat disabah..tp bolehkah dan bagaimana cara sy mau mohon lesen perniagaan di sabah tawau...atau kene share perniaagaan dgn org sabah
BalasPadamKena mohon lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran Tawau. Nak buka perniagaan sendiri pun boleh tanpa rakan kongsi dengan orang Sabah. Saya mohon maaf, lambat balas komen Puan Ayie89.
PadamYeke.. Xperlu rakan kongsi.. Terima kasih atas maklum balas
PadamHi saya orang semenanjung. Bolehka saya extend pas 90 hari.
BalasPadamBoleh dengan syarat mendapat kelulusan dari Jabatan Imigresen Negeri Sabah/Sarawak. Saya mohon maaf, lambat balas komen saudara/i.
Padamassalamualaikum nak tanya saya org sabah tapi sekarang berada di semenanjung istri saya guna passport jaminan suami soalan saya boleh kah istri saya berada di sabah dalam waktu yg panjang
BalasPadamWa'alaikumussalam. Nasihat saya, sila rujuk perkara tersebut kepada Jabatan Imigresen Negeri Sabah. Saya mohon maaf, lambat balas komen saudara.
PadamAssalamualaikum Cik, saya nak bertanya, Saya merupakan orang Sabah yang tinggal di Sarawak, jadi saya perlu keluar dan cop pas lawatan sosial saya. bolehkah saudara saya menjadi penjamin saya di SARAWAK? Atau syarat-syarat untuk menjadi penjamin ialah suami / Isteri atau keluarga sendiri sahaja (ibubapa)
BalasPadamWa'alaikumussalam. Pada pandangan saya, tuan/puan boleh rujuk Jabatan Imigresen Sarawak kerana mereka yang lebih arif untuk menjawab soalan tuan/puan. Sekiranya tuan/puan mengetahui jawapan kepada soalan tersebut, saya harap tuan/puan dapat berkongsi jawapan tersebut dalam ruang komen di sini untuk rujukan/panduan kepada pihak lain yang memerlukan :)
PadamAssalamualaikum dan salam sejahtera Cik Misstree.
BalasPadamBagaimana sekiranya orang Semenanjung berminat nak tinggal dan berniaga warung nasi lemak atau burger di Kota Kinabalu? Hanya berniaga kecil-kecilan di kaki lima atau tepi jalan sahaja, bukan menyewa restoran besar.
Adakah untuk memohon lesen perniagaan wajib orang semenanjung itu memohon pas kerja di Sabah? Sedangkan dia ke Sabah bukan bekerja, sebaliknya mahu berniaga kecil-kecilan.
Saya bertanya ini kerana saya ada singgah di website DBKK, ada dinyatakan di website tersebut, mana-mana orang Semenanjung atau Sarawak yang mahu berniaga di Sabah, harus ada pas kerja di Sabah.
Wa'alaikummusalam.
PadamBerniaga kecil-kecilan pun perlu kepada pas kerja, alangkah semasa dalam tempoh berkempen untuk pilihanraya sesiapa yang dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak untuk tujuan berkempen perlu ada pas kerja, melainkan tujuan ke sana untuk melancong, bukan untuk bekerja, maka tak perlulah pas kerja.
Saya mohon maaf saya baru ada kesempatan hari ini untuk jawab soalan Encik Che Hafiz.
Hii maaf..Ayah semenanjung,Ibu SABAH kami status berkahwin,menetap kekal di semenanjung..anak kami umur 4 tahun lahir di semenanjung..pulang ke SABAH di bawa Ibu mertua untuk sementara sahaja..tiba2 mahu terima menjadi kekal di Sabah.. Adakah anak saya boleh kekal di SABAH &mendapat Hak seperti mana RAKYAT SABAH di semenanjung..dari segi perubatan, pendidikan, Keselamatan ini kerana..anak saya sudah melebihi 90hari di Sabah..kami tidak bawa pulang kembali ke semenanjung selepas 90 Hari..terima kasih banyak Admin..di harap penerangan Admin dapat membantu orang lain menghadapai situasi sebegini.
BalasPadamKalau dari segi hak untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan, pendidikan, keselamatan dll, itu memang hak asas yang terjamin untuk setiap rakyat Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
PadamMaaflah, saya lambat reply. Baru hari ini saya buka update blog saya.
As salam, saya pelajar ums semester 2 mungkin saya terlalu muda untk bertnyakan ni. Saya plan habis degree mau smbung kerja dan terus kerja di sabah. Saya balik smnanjung untk bercuti atau raya saje. Untk zaman skrng bagi saya warga smnanjung yg ingin menjadi penduduk tetap di sabah masih perlu memohon permit masuk tinggal tetap di sabah ni kah? tambahan, untk saya yg berasal kuala lumpur yg ingin menetap sebagai penduduk tetap di sabah dan ingin menambah H di IC, masih boleh atau bagaimana pada zaman sekarang. Bagi saya Dokumen Perjalanan Terhad yg saya guna pakai sekarang tidak cukup sebagai penduduk tetap di sabah. Walaupun tinggal di sabah, tahu dan kenall suda selok belok budaya di sini tapi still rasa seperti pelancong 🤣 nda tau kenapa bgini. Harap soalan saya bole dijawab terima kasihhh
BalasPadamAs salam, saya pelajar ums semester 2 mungkin saya terlalu muda untk bertnyakan ni. Saya plan habis degree mau smbung kerja dan terus menetap di sabah. Saya balik smnanjung untk bercuti atau raya saje. Untk zaman skrng bagi saya warga smnanjung yg ingin menjadi penduduk tetap di sabah masih perlu memohon permit masuk tinggal tetap di sabah ni kah? tambahan, untk saya yg berasal kuala lumpur yg ingin menetap sebagai penduduk tetap di sabah dan ingin menambah H di IC, masih boleh atau bagaimana pada zaman sekarang. Bagi saya Dokumen Perjalanan Terhad yg saya guna pakai sekarang tidak cukup sebagai penduduk tetap di sabah. Walaupun tinggal di sabah, tahu dan kenall suda selok belok budaya di sini tapi still rasa seperti pelancong 🤣 nda tau kenapa bgini. Harap soalan saya bole dijawab terima kasihhh
BalasPadamSalam,tn..saya duduk disabah sdh 7thn n isteri org sabah..masalah sya dduk disabah menggunakan slip tapi sdh hilang,bolehkah sya memohon passtport antarabangsa utk keluar negara n menggunakan disabah..bagaimana slip yg sdh hilang tu...
BalasPadamAsalamualaikum saya orang semenanjung
BalasPadamtapi saya nak penetap di sarawak macam mana saya nak mohon perduduk tetap sarawak
Assalam smua sahabat, sy berasal dr semenanjung. Isteri dr sabah. Ank2 smua lahir d semenanjung. Skrg isteri berhasrat tuk tgal d sabah, sy akur sbab mmg dh lama dia brada d semenanjung. Ank2 smua sy dh buat tranfer psekolahan diorg d sabah.yg prob nye sy ni nk kene kluar dr sabah sblm tmt tempoh 90 hari n bru bole masuk balik sabah. Smpai bila sy nk kene buat cmni sdgkn sabah pun malaysia jgak.....insan yg bingung....
BalasPadamSaya berasal dari Sarawak dan masih bujang, saya sekarang bekerja di salah sebuah jabatan kerajaan persekutuan di Sabah dan telah membeli sebuah rumah. saya ini ingin bersara dan menetap di Sabah,adakah saya hanya di benarkan menetap hanya 3 bulan sahaja dan bolehkah saya menyambung permit utk tinggal di Sabah tanpa keluar dari sempadan Sabah??
BalasPadamHi, boleh tanya.. Saya orang semenanjung, suami asal orang sabah.. Saya dah 6tahun tinggal di sabah, alamat ic saya sudah pun di tukar dengan alamat sabah.. Adakah bila di airport nanti bila check imigresen dari sabah semenanjung dan semenanjung sabah saya boleh lepas..alamat mengundi juga di sabah dan saya telah pun mengundi di sabah.. Adakah saya akan di tahan di imigresen di airport? Minta tuan/puan bantu..
BalasPadamhi salam, saya orang semenanjung, dan nak berkahwin dengan orang sabah. saya ada berhasrat nak kerja di Kota kinabalu tetapi bukan lah dalam sektor penjawat awam . cuma kerja biasa seperti promoter atau kedai biasa jer. Boleh ker saya nak mohon permit kerja tanpa perlu dibayar oleh majikan.
BalasPadam