Khamis, 27 Februari 2014

Soalan-soalan Potensi Untuk Viva PhD

  1. Kenapakah anda memilih tajuk kajian ini?
  2. Ringkaskan tesis anda.
  3. Ringkaskan tesis anda dalam satu ayat.
  4. Apakah pandangan anda mengenai perubahan tajuk penyelidikan ini?
  5. Apakah benang idea yang berperanan mengikat keseluruhan bab dalam tesis anda?
  6. Apakah motivasi dan inspirasi anda untuk menjalankan penyelidikan ini?
  7. Apakah isu utama yang menjadi perbahasan dalam kajian ini?
  8. Mengapa penyataan masalah (problem statement) kajian ini sesuatu yang penting untuk ditangani?
  9. Apakah objektif penyelidikan anda?
  10. Mengapakah anda menentukan objektif ini dalam kajian anda? 
  11. Apakah pengaruh kuat yang menyumbangkan pembangunan subjek kajian anda dalam konteks kerangka teoritikal, konseptual dan praktikal?
  12. Kenapakah teori ini dipilih dalam kajian anda?
  13. Adakah teori ini sesuai digunakan dalam kajian ini?
  14. Kemukakan tiga kertas kerja/jurnal yang paling penting dan berkaitan dengan tesis anda.
  15. Yang mana penerbitan oleh para pengkaji sedia ada boleh dikatakan hampir dengan kajian anda? 
  16. Bagaimana kajian (kertas kerja/jurnal) anda berbeza dengan kajian (kertas kerja/jurnal) pengkaji-pengkaji lain yang telah diterbitkan?
  17. Apakah sejarah yang menjadi latar belakang subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  18. Bagaimana kajian anda mempunyai kaitan dengan sejarah yang menjadi latar belakang kajian anda?
  19. Apakah perkembangan terkini subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  20. Bagaimana persoalan kajian anda boleh muncul?
  21. Apakah keputusan penting anda dalam melakukan penyelidikan ini?
  22. Mengapakah anda menggunakan kaedah penyelidikan ini?
  23. Apakah yang anda perolehi daripada kaedah penyelidikan ini?
  24. Apakah ada kaedah lain yang turut boleh digunakan dalam kajian ini?
  25. Jika ada kaedah lain, kenapa? atau Jika tidak ada kaedah lain, kenapa? 
  26. Bagaimanakah anda menangani implikasi terhadap etika penyelidikan anda?
  27. Bagaimanakah anda menilai penyelidikan anda?
  28. Bagaimana anda tahu bahawa penemuan kajian anda adalah betul?
  29. Apakah aspek yang paling kuat dan/atau bahagian paling lemah dalam penyelidikan anda?
  30. Apakah kemahiran penyelidikan anda bertambah baik?
  31. Sejauh manakah sumbangan penyelidikan anda kepada masyarakat?
  32. Siapakah yang akan berminat dengan penyelidikan anda?
  33. Apakah hubungan penyelidikan anda dengan para penyelidik yang lain?
  34. Apakah perkaitan penyelidikan anda dengan para pengamal profesional?
  35. Aspek penyelidikan yang mana anda bercadang untuk menerbitkan? 
  36. Di mana anda bercadang untuk menerbitkannya?
  37. Ringkaskan hasil penemuan utama anda.
  38. Antara hasil penemuan kajian ini, yang manakah paling menarik bagi anda? 
  39. Mengapakah hasil penemuan kajian tersebut menarik bagi anda?
  40. Apakah implikasi penemuan kajian terhadap subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  41. Bagaimanakah hasil penemuan kajian anda turut berkait rapat dengan sorotan karya (kajian lepas) dalam bidang anda?
  42. Bagaimanakah hasil penemuan kajian anda memberi kesan kepada teori sebagai alat analisis kajian?
  43. Apakah sumbangan tesis anda kepada perkembangan sesuatu bidang ilmu pengetahuan?
  44. Berapa lamakah jangkaan sumbangan tesis ini?
  45. Apakah pencapaian utama kajian anda?
  46. Apakah jangkaan anda (pada masa akan datang) terhadap subjek atau kawasan lapangan kajian anda?
  47. Apakah yang telah anda pelajari dari proses penyelidikan dan penyediaan tesis PhD anda?
  48. Apakah nasihat yang akan anda berikan kepada pelajar penyelidikan yang memasuki alam PhD?
  49. Anda mencadangkan kajian akan datang dalam tesis anda. Bagaimana anda akan memulakan kajian pada masa akan datang?
  50. Apakah perkara yang akan menjadi kesukaran kepada perkembangan penyelidikan pada masa akan datang?
  51. Akhirnya, apakah yang telah anda lakukan yang mewajarkan anda layak memperolehi PhD?

28 ulasan:

  1. Assalamualaikum Cik Misstree.
    Banyaknya soalan viva...Memang hajat di hati nak sambung pHD, tapi kalau boleh nak dapat HLP dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam.

      En. Shaiful usaha untuk dapat HLP sebab awak di bawah KPM. Kalau tidak dapat HLP, awak cuba usaha biasiswa MyBrainSc di bawah KPT, syarat-syarat: pengajian sepenuh masa dalam bidang sains tulen termasuk matematik di IPTA dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League. Di universiti, memang disediakan peluang staf akademik untuk cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa KPT. Bidang En. Shaiful matematik, kalau buat tesis PhD keluarkan formula matematik yang baru (belum ada lagi dalam bidang ilmu matematik), tesisnya tidak tebal, ada pelajar PhD di Pusat Pengajian Sains Matematik, UKM yang buat tesis macam tu, tebal tesis lebih kurang 30 muka surat saja. Kalau tesis PhD dah nipis, payah juga pemeriksa luar (external examiner) dan pemeriksa dalam (internal examiner) nak tanya banyak-banyak soalan :)

      Padam
    2. Risau juga SY nak sambung Sarjana , bayak juga soalan Viva...

      Padam
  2. Terima kasih...soalan2 seperti ini wajar diketahui sebelum kita menentukan apakah perkara yg hendak kita kaji dalam tesis kita....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Cik Puan Dahlia :)

      Padam
  3. Salam. Daripada senarai 51 soalan berpotensi ditanya semasa viva tersebut, yg mana kah soalan yang pernah awak dapat semasa viva PhD? Saja nak tahu... TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam. Viva saya cuma empat soalan yang berkaitan dengan no.1, no. 11, no. 21 dan kerelevanan aspek perbandingan kajian sebagai sub-tajuk dalam bab tesis PhD saya. Soalan semasa viva mungkin ada perbezaan di antara calon-calan PhD tetapi persamaannya ialah reka bentuk soalan yang menumpukan aspek tajuk kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hasil kajian, metodologi dan lain-lain yang terkandung dalam sesebuah tesis PhD.

      Padam
  4. Salam,
    Terlebih dahulu terima kasih izinkan saya bertanya dalam ruangan ini. Pengajian peringakt PhD UKM dari pengalaman cik.
    1. Persekitaran pembelajaran
    2. Medium bahasa dalam kelas, tesis, viva, etc
    3. Tenaga pengajar yg membantu atau lebih kurang
    4. Tahap berdikari untuk pengajian PhD UKM.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam.

      1. Saya warganegara Malaysia dan belajar di Malaysia tambahan lagi dua ijazah saya sebelum itu (sarjana muda dan masters di UKM). Justeru, persekitaran pembelajaran tidak mencabar sangat berbanding berada di universiti yang berbeza dengan ijazah-ijazah sebelum ini apatah lagi jika dibandingkan belajar di luar negara.

      2. Bermula penubuhan UKM pada tahun 18 Mei 1970 (antara implikasi ekoran peristiwa 13 Mei 1969), UKM menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun begitu, UKM turut menerima bahasa Inggeris sebagai medium pembelajaran cuma kini sesuai dengan era globalisasi dan seperti institusi pengajian tinggi awam yang lain di Malaysia, penerimaan UKM terhadap bahasa Inggeris semakin meluas sehingga UKM membenarkan penggunaan bahasa Inggeris 50% dalam pengajaran. Bagi sesiapa yang ingin menyambung pengajian di UKM, tesis/disertasi mesti ditulis dalam bahasa Melayu, kelonggaran diberikan untuk menulis tesis/disertasi dalam bahasa Inggeris atau bahasa Arab (khusus dalam bidang pengajian Islam) dengan syarat mendapat kebenaran bertulis daripada dekan fakulti/pengarah institut. Apabila sesebuah tesis ditulis dalam bahasa Melayu maka viva diadakan dalam bahasa Melayu begitu juga sebaliknya.

      3. Bab tenaga pengajar, bergantung kepada peribadi dan kualiti seseorang pensyarah. Tidak ada pengkhususan bahawa sesebuah fakulti/institut hanya dipenuhi oleh pensyarah yang berkualiti dan berperibadi tinggi.

      4. Pastilah apabila berada pada tahap pengajian PhD, seseorang calon PhD mesti mampu berdikari. Peranan penyelia hanya membantu, menyelia dan membimbing calon PhD.

      Padam
    2. Salam, Alhamdulillah...congrats atas apa jua kejayaan yang cik sudah perolehi dan semoga Allah swt memberikan lebih banyak kejayaan dan rahmat. Ameen.

      Terima kasih atas response dan input yang dikongsikan. Saya teringin nak belajar di UKM dan atas sebb itu juga saya cuba mengumpul maklumat berkaitan dan blog ini banyak membantu.

      Saya tertinggal satu soalan, untuk PhD ComSci contohnye, ada subject/class yg perlu dihadiri? contohnya hanya perlu attend class 3 credit subject methodology dan yang lain research sepenuhnya.

      Saya cuba dapatkan info dari UKM melalui email tetapi response kurang jelas dan tidak membantu.

      terima kasih.

      Padam
    3. Wa'salam. Terima kasih atas ucapan dan doa saudara.

      Baik, di UKM tidak ada kelas/kursus/subjek khas yang mengandungi nilai kredit tertentu yang perlu diambil terlebih dahulu oleh seseorang calon PhD sebelum memulakan penulisan proposal/tesis. Tetapi, ada sesetengah fakulti yang mewajibkan calon PhD menghadiri kursus metodologi penyelidikan semasa peringkat awal pengajian (satu hingga dua semester pertama) yang diadakan di pusat pengajian terbabit.

      Jika mengikuti pengajian doktor falsafah yang mengandungi disertasi maka calon mesti mengambil beberapa kerja kursus dalam nilai kredit tertentu dan mesti mengambil peperiksaan dan lulus dalam nilaian gred tertentu. Kerja kursus/kelas yang dihadiri oleh calon adalah untuk menampung keperluan pengajian memandangkan calon hanya perlu membuat disertasi di mana tahap menulis/kajian disertasi tidak setinggi menulis/kajian tesis.

      Berikut ini, saya jelaskan syarat khas kepada para pelajar dari luar negara (termasuk Indonesia & Brunei) yang mengikuti pengajian di UKM iaitu mereka diwajibkan menghadiri kelas khas kursus Bahasa Melayu selama dua semester yang pertama. Kelas tersebut diadakan selepas pelajar mendaftar mengikuti pengajian siswazah di UKM.

      Padam
  5. As salam Tuan empunya blog, terima kasih dengan post yang berguna ini. Mohon bertanya, adakah UKM membenarkan penulisan tesis PHD dalam Bahasa Melayu? Saya masih keliru. Saya graduate master USM dan USM membenarkan penulisan Research Project dalam Bahasa Melayu. Tapi, ada juga saya dengar-dengar, PHD kena tulis dalam Bahasa Inggeris walaupun universiti berkenaan mempraktikkan Bahasa Melayu. Saya tidak kisah menggunakan mana-mana bahasa tetapi jika ada universiti yang betul-betul membenarkan penulisan dalam Bahasa Melayu, ia adalah perkara yang bagus. Bahasa jiwa bangsa. Adakah saudari tahu lain-lain universiti yang membenarkan penulisan Bahasa Melayu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam. UKM dan semua IPTA di Malaysia membenarkan tesis ditulis dalam bahasa Melayu. Prinsip IPTA di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu 50% manakala bahasa Inggeris 50%. Di UKM, jika pelajar hendak menulis tesis/desertasi/kertas projek dalam bahasa asing (bahasa Inggeris atau bahasa Arab) perlu menulis surat memohon kebenaran daripada dekan/pengarah institut.

      Padam
  6. Assalam...saya berminat untuk meyambung pengajian pada peringkat PHD...tetapi saya selalu mendengar yg pada penyataan ni "Bagi tesis PhD atau Ijazah Doktor Falsafah, tesis tersebut perlulah menghasilkan teori baru"...apakah yg dimaksudkan dengan TEORI BARU?? saya berminat untuk menyambung pada dlm bidang Pengurusan Pendidikan... TQVM atas info yg diberikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam. Saya dah jawab soalan Cik Syaf dalam entri saya yang bertajuk "What is PhD?". Sila rujuk entri tu :)

      Padam
  7. thesis helper malaysia dapat membantu untuk menghasilkan thesis yang baik dan berkualiti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih meninggalkan info berguna di blog saya. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada ramai pihak :)

      Padam
  8. Di dalam topik blog ini penulis banyak memfokuskan mengenai Soalan-soalan yang berpotensi di tanya Untuk Viva PhD.Penulis di dalam blog ini berkongsi pengalaman dan idea beliau di dalam membuat soalan-soalan yang di tanya berkaitan dengan tajuk thesis.
    Untuk para mahasiswa, anda semua memerlukan bahan rujukan yang mencukupi dan maklumat yang lengkap untuk menyiapkan sesuatu thesis dan assignment. Di sini,saya mempunyai sumber rujukan yang berguna untuk para mahasiswa semua boleh ke http://www.malaysia.thesiswritingservice.com untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan tajuk thesis dan assignment anda dan cara-cara untuk menghasilkan penulisan yang baik.Maklumat yang disediakan sangat lengkap dan mudah difahami oleh anda sebagai seorang pelajar.
    Dengan info yang diberikan oleh saya ini dapat memberi ruang dan membantu anda semua dikalangan para mahasiswa menyiapkan thesis masing-masing pada waktu yang ditetapkan.Dengan itu, para mahasiswa boleh menghasilkan penulisan yang berkualiti dan terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga bermanfaat kepada sesiapa yang memerlukan :)

      Padam
  9. Assalam, Blok ini bagus untuk saya tanya..malu bertanya sesat jalan.Soalan,s aya hanya mempunyai diploma dalam bidang Town and reginal planning dari Uitm dan bekerja berpengalaman dalam 25 tahun, adakah saya boleh apply PHD sbb kalau mahu buat master + PHD lagilah usia meninggat dan singat.sekian, Johari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam. Setahu saya setiap universiti ada meletakkan syarat-syarat untuk seseorang calon melanjutkan pengajian ke peringkat PhD dan Masters. Sila rujuk syarat-syarat yang ditetapkan oleh universiti yang hendak dipohon. Terima kasih :)

      Padam
  10. Assalamualaikum Cik Mistree. Menarik topik kali ini. Boleh Kampus Uols mohon keizinan untuk kongsikan bahan ini di dalam portal Kampus Uols (portal pendidikan tinggi di bawah Sinar Harian (www.kampusuols.com) sebagai panduan untuk bacaan mahasiswa dan kami akan kreditkan blog Cik Mistree. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Mohon maaf saya lambat reply, dah lama saya tak tengok blog ni :)

      Padam
  11. Cik Misstree. Jika dlm bab 4 kajian kuantitatif. Apa kebiasaannya soalan yg ditanya berkenaan dapatan data ataupun kaedah ataupun kaedah yg digunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soalan yang ditanya biasanya berkaitan dengan kaedah sebab kaedah yang digunakanlah yang akan menentukan data itu valid atau tidak. Berhati-hati, kajian kuantitatif sangat bergantung kepada keabsahan data.

      Padam