Dalam hidup ini, bukan sahaja aku malah sesiapa sahaja pernah bertemu dengan orang lain yang bukan terdiri daripada ahli keluarga memberi pesanan dan kata-kata nasihat atau menitipkan doa tanpa diminta. Ada kata-kata nasihat berupa pesanan dan doa yang menyentuh hati aku sehingga aku masih mengingatinya sehingga hari ini. Di antara pesanan, kata-kata nasihat dan doa kepada aku:
- Ketika aku bersekolah darjah empat, Ustaz Yusuf dalam kelas mata pelajaran agama Islam memberikan pesanan kepada semua pelajar di dalam kelas iaitu, "Apabila kita mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad, kita kena sebut Sallallahu 'Alaihi Wasallam ." Bagi orang lain pesanan ini mungkin hanya biasa-biasa sahaja, tetapi bagi aku yang bersekolah dalam darjah empat pada ketika itu, pesanan ini amat bermakna bagiku. Sehingga kini, aku masih mengamalkan pesanan Ustaz Yusuf itu.
- Pada peringkat akhir pengajian Masters, pensyarah yang menyelia projek (tesis) Masters aku memberikan kata-kata nasihat, "Jaga solat lima waktu dan rajin-rajin buat qiamulail." Sungguh bermakna nasihat itu.
- Ketika aku masih berada dalam pengajian PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selepas menunaikan solat sunat hari raya aidiladha di Masjid Universiti, UKM, aku masuk ke dalam bilik persalinan wanita untuk menyalin telekung dan memakai tudung. Tiba-tiba masuk seorang wanita yang tidak aku kenali ke dalam bilik persalinan wanita yang aku fikir dia lebih tua daripada aku. Wanita itu bertanya kepada aku, "Buat PhD ke?" Aku menjawab, "Ya". Sebelum wanita itu keluar dari bilik persalinan, dia berpesan kepada aku, "Banyak-banyaklah berdoa, hari ini hari raya." Aku rasa amat terharu seolah-olah dia tahu aku ada masalah dalam pengajian PhD aku.
- Semasa aku melakukan kerja lapangan PhD di Kelantan, di antara responden yang aku temubual ialah Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Sebelum temubual bermula, Tuan Guru sempat berbasa-basi dengan aku sambil bertanya, " Mari Kelantan dok dengan siapa?" Aku menjawab, "Sorang ja". Tuan Guru yang tahu aku belum berkahwin sempat mendoakan, "Saya doakan awak bertemu jodoh." Aku juga mendapat doa ini daripada seorang abang pemandu teksi di Kelantan. Abang pemandu teksi itu memandu teksinya membawa aku dari hotel tempat aku menginap ke tempat aku menemui responden untuk tujuan memperolehi data sumber primer melalui temubual. Aku hanya mendengar doa itu tanpa sebarang reaksi. Walau apapun, terima kasih Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz dan abang pemandu teksi di Kelantan.
- Aku mempunyai seorang sahabat yang baik bernama Normah. Suatu hari dia memberi nasihat kepada aku berkenan menqada puasa Ramadhan, "Awak kena banyak-banyak sabar dalam hal ni". Nasihat ini menjadi penguat semangat kepada aku. Dia memberikan nasihat yang sememangnya aku perlukan walaupun aku tidak pasti apakah kata-kata pesanan atau nasihat yang aku perlukan pada ketika itu. Terima kasih kerana menjadi sahabat saya. Terima kasih kerana menasihati saya.
P/S: Terima kasih kepada semua pihak yang pernah memberikan pesanan, kata-kata nasihat dan menitipkan doa buat diri saya.
amiin.. pergh.. dapat doa dari tok guru. heheh
BalasPadamItu yang mahal tu :D
Padammesti jodoh nnti dapat orang hebat2.. heheh
PadamAllahu'alam ;)
Padamamiiin.. :)
PadamThanks :)
Padamu're welcome.. ;)
Padamalhamdulillah masih diberi peluang utk mengingati pesanan2 itu ... rasanya saya dah byk pesanan yg dilupakan .
BalasPadamAl-hamdulillah :)
PadamPesanan yg sngat bguna.. mga dapat diamalkan...
BalasPadamdah lama Abak tak aktif..sebenarnya Abak ada nak minta tolong rakan-rakan untuk melawat ke Blog 'The Modest Ustaz',blog assigmen Abak yang membawa 60 markah... kalau bleh tinggalkan komen samada positif dan ngatif spya dapat dibuat pnambaikkan.. abak ucapkan jutaan terima kasih..Kalau Follow jgn lpkan tngalkan jejak,snang Abak nk follow smula..
http://themodestustaz.blogspot.com/
Insya-Allah, ada masa terluang, saya akan melawat 'The Modest Ustaz'.
PadamBerpesan-pesan kan perkara mulia? (tak termasok teks pesanan ringkas tau..)
BalasPadamBetul tu tak termasuk sms, :D
PadamThanks :)
BalasPadam