Khamis, 28 Ogos 2014

Impian Imigran dan Cerita-cerita Lain


Buku ini adalah kumpulan cerpen Feast of the Dead telah diterjemahkan oleh Nazel Hashim Mohamad ke dalam bahasa Melayu yang diberi judul Impian Imigran dan Cerita-cerita Lain; diterbitkan oleh Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. Ampang, Selangor, Malaysia pada tahun 2012. 

Anthony Fragola adalah Profesor Pengajian Media di Universiti North Carolina di Greensboro. Beliau berbangsa Italiano-Americano dihubungkan dengan leluhur keturunan beliau berasal dari Italy dan berhijrah ke Amerika. Oleh itu, buku ini bertemakan Amerika-Italy yang meneroka pemencilan generasi pertama Itali yang berhijrah ke Amerika daripada masyarakat Amerika dan budaya Italy. 

Cerpen-cerpen dalam buku ini saling berkait di antara satu sama lain merupakan kisah benar penulis dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa. Buku ini dimulakan dengan cerpen-cerpen mengenai seorang budak lelaki dan peranan neneknya yang berusaha menanamkan ke dalam dirinya mengenai budaya dan kehidupan masyarakat Sicily, Italy yang meliputi elemen bahasa Italy dalam dialek Sicily, agama Kristian dan kepercayaan mistik, supra natural serta unsur dongeng. 

Beliau berusaha menjejaki pertalian masa lampau namun generasi ibu bapanya sendiri telah terputus hubungan dengan warisan tanah di negara tua (Italy) demi mengejar impian Amerika untuk mengumpul harta kekayaan. Hal ini menyebabkan usaha pencarian hubungan warisan di Italy dibalas dengan penerimaan dingin sanak saudara yang masih mendiami kampung halaman di Syracuse, Italy ekoran terputusnya hubungan dengan generasi pertama Italy yang telah berhijrah dan meninggal dunia di Amerika Syarikat.

8 ulasan:

  1. wow! sy rasa sha patut memohon menjadi pengulas buku dgn mana2 penerbit. sy suka baca ulasn sha yg ringkas & padat :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ramai lg pengulas buku yang lebih baik. Jadi kolumnis pengulas buku tetap ada risiko, perlu sediakan artikel on time, sukar juga jika tidak sempat membaca buku2 terkini yang ada dalam pasaran :)

      Padam
  2. uncle suka baca buku yang bergambar je.... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka baca majalah Gila-Gila (bapa saya yang beli) terutama kartunis Nud's dan Cabai :)

      Padam
  3. Assalamualaikum..apa khabar?
    Dulu-dulu semasa zaman persekolahan saya suka baca cerpen, tapi sekarang jarang sangat baca cerpen.

    BalasPadam
  4. jarang dengar imigran italy kat us.. selalunya yg saya dengar dari mexico je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. US menerima imigran daripada pelbagai negara di seluruh dunia apabila negara asal para imigran tidak menjanjikan keselamatan dan kemakmuran ekonomi untuk segenap lapisan rakyat.

      Padam