Sabtu, 16 Ogos 2014

Qada' dan Qadar

Dalam al-Quran terkandung doa-doa yang wajar diucapkan oleh seorang anak khusus untuk ibu bapanya.

  1. Doa Nabi Nuh a.s. yang terkandung dalam surah Nuh ayat 28 yang bermaksud "Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapaku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman lelaki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang yang zalim itu selain kehancuran."
  2. Doa Nabi Sulaiman a.s. yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam surah An-Naml ayat 19 yang bermaksud "Maka dia (Sulaiman a.s.) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdoa, Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau redhai, dan masuklah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh."
  3. Doa khsus untuk ibu bapa yang terkandung dalam surah Al-Isra' ayat 24 yang bermaksud "Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihanilah kedua-duanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika kecil."
  4. Doa kebaikan dan kesejahteraan yang tertera dalam surah Al-Ahqaf ayat 15 yang bermaksud "Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan susah payah. Masa mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata, "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku aku terdiri daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)."
Hikmah penekanan berbuat kepada ibu bapa yang terkandung dalam al-Quran adalah sebagai manifestasi kesyukuran seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan lambang ketundukan kepada qada' dan qadar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. kerana seseorang tidak berhak memilih sendiri individu-individu yang difikirkan sesuai untuk menjadi ibu bapanya. 

P/S: Wahai ibu bapa, tunaikanlah hak Allah dan tunaikanlah hak anak. Buktikan kamu adalah ibu bapa yang tepat dan terbaik yang dipilih oleh Allah s.w.t. untuk anak kamu.

9 ulasan:

  1. uncle sentiasa nak cuba jadi yg terbaik untuk anak2 uncle... walaupon tak perfect, tapi uncle tetap cuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, you become the best father for your kids. Amin.

      Padam
  2. http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/ done follow ya..salam kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam perkenalan juga daripada saya. Done follow you too.

      Padam
  3. betol tu.. mendoakan dan berbuat baik kepada kedua ibubapa adalam contoh dalam bersyukur kepada Allah.sepertimana firman-Nya dalam Surah Luqman,

    Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
    (Luqman 31:14)

    BalasPadam
  4. lakukan yg terbaik pada ibu bapa kerana kita juga akan menjadi ibu kpd anak2 kita ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah, U become great mother for your kids :)

      Padam