Jumaat, 12 Ogos 2016

Syarat-Syarat Perlantikan dan Tamat Perkhidmatan

Beberapa hari sebelum ini, aku terbaca satu surat tawaran dan syarat-syarat perlantikan termasuk Tamat Perkhidmatan untuk taraf jawatan Perlantikan Sementara atas dasar sebulan ke sebulan yang dikeluarkan oleh sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam. Di antaranya berbunyi:
Tuan/Puan boleh diberhentikan dari jawatan ini pada bila-bila masa selepas diberi sebulan notis atau dibayar sebulan gaji dengan tidak diberi sebarang sebab.
Pada pandangan aku, klausa "Tuan/Puan boleh diberhentikan dari jawatan ini pada bila-bila masa selepas dibayar sebulan gaji dengan tidak diberi sebarang sebab" mengandungi maksud tersirat iaitu majikan berhak tidak mengemukakan sebab sebenar mengapa seseorang pekerja diberhentikan di mana ia berpunca dari salah satu butiran di bawah:

  1. Pekerja.
  2. Majikan.
  3. Kedua-dua belah pihak iaitu pekerja dan majikan.
(Jika sebab sebenar pekerja tersebut diberhentikan adalah berpunca daripada pekerja maka rekod pekerja yang diberhentikan adalah bersih).

Tamat perkhidmatan seperti dalam klausa di atas boleh berlaku sama ada dengan pengetahuan pekerja (bermaksud dengan notis sebulan) atau tanpa pengetahuan pekerja atau ketika pekerja masih bekerja atau pekerja cuti dalam perkhidmatan.

Jika pekerja masih bekerja, cukup sahaja dibayar sebulan gaji contohnya Disember 2015, maka keesokan harinya pada 1 Januari 2016 (hari bekerja bagi Negeri Kedah jika tarikh 1 Januari tidak jatuh pada hari Jumaat atau hari Sabtu) pekerja masih hadir ke pejabat untuk bekerja, bermula pukul 8 pagi, pekerja terbabit boleh menerima tarikh berhenti bekerja (tamat perkhidmatan) daripada majikan tanpa sebarang sebab.

Apabila tarikh berhenti kerja sudah dikeluarkan oleh majikan dan disampaikan kepada pekerja yang hadir ke pejabat untuk bekerja secara rutin bermula pukul 8 pagi, maka pekerja terbabit boleh pulang dan tinggal diam rumah.

Bermula tarikh berhenti kerja, perkerja tersebut masih tertakluk kepada Warta Kerajaan Persekutuan bagi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dalam Bahagian II Perlantikan di mana pekerja tersebut:
Seseorang yang telah ditamat perkhidmatan dari perkhidmatan awam atau dibuang kerja tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas suruhanjaya.
Oleh itu, perkerja yang masih hidup dalam tempoh baki hayatnya bermula dari tarikh tamat perkhidmatan tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, kebenaran khas suruhanjaya diperlukan bagi sesetengah kes bergantung kepada sebab seseorang pekerja diberhentikan, begitu juga terdapat sesetengah kes pekerja yang ditamatkan perkhidmatan dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam tanpa kebenaran khas suruhanjaya untuk dilantik semula memegang jawatan dalam perkhidmatan awam bergantung kepada sebab seseorang pekerja diberhentikan.

Aku fikir dan rasa lucu dengan syarat-syarat perlantikan dan tamat perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam tersebut di mana pegawai terbabit tertakluk kepada Warta Kerajaan Persekutuan bagi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 kerana pada fikiran aku, pekerja terbabit boleh jatuh kepada perbuatan dianiya oleh majikan "secara sah menurut cara yang dibenarkan" oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 

2 ulasan:

  1. Kalau macam itu baik jangan sign appointment letternya boleh tak?
    Macam one-sided tak adil pada pekarja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak masuk berkhidmat kenalah sign appointment letter tapi tertaluk kepada syarat-syarat perlantikan dan tamat perkhidmatan.

      Pekerja juga dibenarkan untuk letak jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat tawaran dan syarat-syarat perlantikan, "Tuan/Puan juga berhak meletakkan jawatan dengan memberi sebulan notis atau membayar balik sebulan gaji sebagai ganti notis."

      Padam