Ahad, 21 Ogos 2016

Guru Sekolah vs Pensyarah Universiti

Bekerja sebagai pensyarah dipandang hebat oleh masyarakat malah ada yang meletakkan martabat pensyarah universiti lebih tinggi berbanding guru sekolah. Namun berbeza dengan pensyarah universiti, Kementerian Pelajaran Malaysia amat menekankan aspek etika dalam kalangan guru sekolah memandangkan sekolah adalah institusi pendidikan pada peringkat akar umbi. Hal ini tidak bermakna guru-guru sekolah langsung tidak culas melaksanakan tanggungjawab mereka.

Pernah berlaku di sebuah universiti tempatan, terdapat kes seorang pensyarah A bertindak membaling mikrofon kepada pelajar dalam dewan kuliah – tindakan yang boleh mencederakan pelajar. Terdapat kes pensyarah B  yang tidak mengganti kuliah yang dibatalkan malah tidak menyelia/membaca bab-bab tesis yang dihantar oleh pelajar. Apabila pelajar tersebut membuat aduan kepada fakulti dan memohon tukar penyelia, setelah permohonan pelajar tersebut diluluskan, pensyarah tersebut (penyelia yang lama) membuat pelbagai onar untuk mengenakan pelbagai masalah kepada pelajar terbabit bukan sahaja dalam universiti malah sehingga di tempat kerja pelajar terbabit. Para pensyarah lain malah ada yang dikategorikan sebagai tawaduk rajin berpuasa sunat yang merupakan rakan sekerja pensyarah tersebut rela mendiamkan diri atas dasar menjaga periuk nasi masing-masing. Betapa lemahnya jiwa para penyarah terbabit.

Pada tahun 2008, pensyarah B pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji, aku melihat akhlak pensyarah B semakin teruk berbanding sebelum ia pergi menunaikan ibadah haji. Sehingga satu tahap, pensyarah B tidak mahu meletakkan atau diletakkan salutation ‘haji’ pada pangkal namanya.

Dalam kes yang lain, terdapat seorang profesor yang tidak membaca dan tidak mengembalikan draf akhir tesis pelajar Master atas alasan pelajar terbabit tidak berjumpa profesor tersebut selama setahun. Dalam hal ini, pelajar adakalanya mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak menceritakan masalah peribadi mereka. Profesor tersebut sewajarnya bersangka baik malah tidak rugi apa-apa pun jika ia membantu pelajar terbabit tetapi ia lebih rela melihat pelajar Master tersebut tidak menamatkan pengajian. Betapa lemahnya jiwa profesor tersebut.

Sebut fasal kisah pelajar yang tidak dapat menemui penyelia dalam tempoh yang lama, ada pelajar yang sakit mengidap kanser. Dalam kisah yang lain, ada kes pelajar PhD yang sakit dan sedang mendapat rawatan daripada doktor pakar menyebabkan pelajar PhD menemui penyelia tesis PhD untuk memberi penjelasan dan memohon tolak ansur namun jawab penyelia tersebut dengan nada yang sombong, “I’m not a medical doctor”.  


P/S: Mohon Pembelaan-Mu Ya Allah. Al-hamdulillahi 'ala kulli haal (Segala puji bagi Allah pada setiap masa).

8 ulasan:

  1. wow.. mungkin sebab pensyarah atau penyelia ni lebih bebas tanpa pantauan dan guidline yg strict.. tak macam cikgu.. tapi selalunya kita dengar cikgu bermasalah yg dapat liputan media.. mungkin kes2 macam ni (pensyarah) x ramai tahu, sekadar pengetahuan orang dalaman sahaja..

    nice share..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab tu sesiapa yang nak sambung belajar Master & PhD, sebelum tu elok siasatlah latar belakang pensyarah yang nak jadi penyelia. Dekan fakulti tempat saya belajar pernah pesan, "Nak pilih penyelia macam nak pilih suami/isteri." Walaupun orang kata jangan memilih tapi prinsipnya tetap kena pilih hehehe

      Padam
    2. hahaha.. kot mana pun kna pilih jugak yer.. hahaha...

      Padam
  2. Saya pernah alami pengalaman gagal tesis disebabkan jarang berjumpa lecturer tersebut.. kalau boleh seminggu berkali2 kene bjumpa.. akhirnya saya repeat tesis dengan lecturer lain..

    BalasPadam
  3. wow! jarang dengar cerita pasal pensyarah. pensyarah selalu dipandang tinggi, namun hakikatnya laluan semasa belajar sama sahaja huhu

    BalasPadam