Isnin, 13 Februari 2017

Orang Malaya Di Sabah #7: Perlembagaan Persekutuan

Entri ini menjelaskan kedudukan anak yang dilahirkan khusus yang mempunyai ibu bapa yang berasal dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Seseorang yang dilahirkan di Sabah untuk mendapat pengiktirafan sebagai Orang Sabah perlu memenuhi apa yang ditakrifkan dan Perkara 161 A (6) (b) Perlembagaan Persekutuan iaitu mempunyai bapa yang dikategorikan dalam rumpun Melayu/Peribumi Sabah. Sila rujuk jadual di bawah:












P/S: Aku dilahirkan di Sabah tetapi kedua-dua ibu bapa Orang Malaya maka dari sudut Perlembagaan Persekutuan, aku tidak diiktiraf sebagai Melayu/Bumiputera Sabah. Orang Sabah yang dikategorikan di bawah rumpun Melayu (contoh: Bugis, Jawa, Suluk dan lain-lain) tidak mengklasifikasikan diri mereka sebagai Melayu sebaliknya mereka dikenali atas suku kaum.
 
Bersambung... sila klik Orang Malaya Di Sabah #8: Orang Cina Dalam Amanah Saham Bumiputera

6 ulasan:

  1. Orang Malaysia Timur lebih suka membahasakan orang Semenanjung sebagai 'Orang Malaya', kan? :)

    BalasPadam
  2. sabar je la. perlembagaan negeri tu patut dipinda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takrifan Melayu/Bumiputera yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sah diguna pakai untuk urusan rasmi Kerajaan termasuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.

      Padam
  3. hi, saya datang singgah follow sini.. salam kenal :):)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Done follow you too. Salam perkenalan juga daripada saya :)

      Padam