Ganjaran setiap satu kebaikan dalam bulan Ramadhan diberikan sepuluh hingga 700 kali ganda berbanding dalam bulan-bulan yang lain. Namun begitu, ganjaran ibadah puasa dalam bulan Ramadhan dijanjikan sendiri oleh Allah s.w.t. yang nilainya tidak terbatas. Sabda Rasulullah s.a.w. (yang bermaksud),
Jika beribadah dalam bulan Ramadhan di luar Tanah Haram, Allah s.w.t. memberikan ganjaran bagi satu kebaikan sebanyak sepuluh sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika menunaikan ibadah solat, puasa, umrah dan sebagainya di Mekah sebanyak 100,000 kali ganda.
P/S: Simpan cita-cita dalam hati untuk beribadah dalam bulan Ramadhan di Tanah Haram Mekah. Saya mendoakan setiap muslimin dan muslimat pembaca blog ini termasuk diri saya diberi nikmat beribadah, berpuasa dan menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan di Tanah Haram Mekah untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda. Ya Allah, Engkau perkenankanlah doaku agar diriku dan setiap muslimin dan muslimat pembaca blog ini diberi nikmat beribadah, berpuasa dan menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan di Tanah Haram Mekah. Amin.
Semua amal (yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh sehingga 700 kali ganda. Allah berfirman, "Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), kerana sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Aku-lah yang akan memberikan ganjaran baginya. [Riwayat Bukhari dan Muslim]Bagi sesiapa yang berpuasa dan berkemampuan mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan diberikan ganjaran pahala yang dilipatgandakan oleh Allah s.w.t. Hadis yang diriwayatkan daripada Said b. Jubairin daripada Ibnu Abbas r.a. berkata,
Sabda Rasulullah s.a.w. (yang bermaksud), "Barang siapa menjumpai Ramadhan di Mekah maka berpuasa ia dan berdiri (melaksanakan solat wajib dan solat terawih serta lain-lain), apa-apa yang memudahkan baginya, (pertama) ditulis oleh Allah baginya 100,000 pahala berpuasa di Ramadhan di dalam apa-apa selainnya, dan ditulis oleh Allah s.w.t. baginya dengan setiap siangnya memerdekakan seorang hamba dan setiap malamnya memerdekakan seorang hamba, dan setiap siangnya menyerahkan (memberi) seekor kuda untuk fisabilillah (membela agama Allah dan pada setiap malamnya kebaikan (beribadah di Masjidil Haram dengan gandaan 100,000 pahala). [Hadis Ibnu Majah dalam Kitab Manasik]Dalam sebuah hadis yang lain pula menyebut, daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada seorang wanita daripada kalangan Ansar (yang bermaksud), "Kalau bulan Ramadhan telah tiba, maka tunaikanlah umrah, sebab umrah dalam bulan Ramadhan menyamai ibadah haji." [Hadis riwayat Bukhari nombor hadis 1782 dan Muslim nombor hadis 1258]
Jika beribadah dalam bulan Ramadhan di luar Tanah Haram, Allah s.w.t. memberikan ganjaran bagi satu kebaikan sebanyak sepuluh sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika menunaikan ibadah solat, puasa, umrah dan sebagainya di Mekah sebanyak 100,000 kali ganda.
P/S: Simpan cita-cita dalam hati untuk beribadah dalam bulan Ramadhan di Tanah Haram Mekah. Saya mendoakan setiap muslimin dan muslimat pembaca blog ini termasuk diri saya diberi nikmat beribadah, berpuasa dan menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan di Tanah Haram Mekah untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda. Ya Allah, Engkau perkenankanlah doaku agar diriku dan setiap muslimin dan muslimat pembaca blog ini diberi nikmat beribadah, berpuasa dan menunaikan umrah dalam bulan Ramadhan di Tanah Haram Mekah. Amin.
Indahnya kalau dapat melalui Ramadan di tanah suci. Moga Allah beri kesempatan. ..
BalasPadamInsya-Allah :)
PadamAamin ya Robb
BalasPadam