Sabtu, 2 Julai 2011

Tips Masuk Ke Dunia PhD #1

Orang buat PhD ada dunia yang tersendiri. Pada peringkat awal, dunia PhD seperti torowong gelap tanpa cahaya sehingga setiap orang teraba-raba dalam kegelapan dan tidak nampak jalan keluar.  Penyelia ibarat cahaya yang memainkan peranan membimbing pelajar mencari jalan keluar.  Pada kali ini, aku hendak menyenaraikan beberapa tips kepada sesiapa yang hendak masuk ke dalam dunia PhD terutama sesiapa yang buat PhD di Malaysia:
  1. Selidiki latar belakang dan peribadi bakal penyelia - maknanya, tidak hanya memadai menyelidiki latar belakang kerjaya akademik dan penerbitan.  Jika penyelia merupakan seorang Muslim, pastikan dia seorang yang taat pada agama agar setiap tindakannya terhadap anda sebagai pelajar berada dalam lingkungan Lillahi Taala. Dengan itu, tidak timbul cerita ketika anda sedang berusaha membuat tesis atau menunggu proses viva, penyelia anda sibuk berusaha membalas dendam sehingga mengagalkan PhD anda. Pengalaman benar seorang temanku yang membuat PhD, tindakannya menyimpan penyelia bermasalah sebagai penyelia kedua menyebabkan semasa dia sedang menunggu viva, penyelia keduanya telah bertindak menghubungi pemeriksa luar untuk mengagalkan tesis PhDnya.
  2. Penyelia memainkan peranan yang penting maka sebagai pelajar, anda perlu menjaga penyelia anda dengan baik sama ada penyelia utama atau penyelia bersama. Kisah benar apabila seorang temanku di UKM terpaksa menjadi Research Assistant (RA) merangkap Personal Assistant (PA) alias kerani untuk mengambil hati penyelia agar penyelianya membaca bab-bab tesis yang telah disiapkan. Sehingga satu ketika, suami temanku sakit jantung masuk hospital di Hospital Kuantan, dia tidak balik ke Kuantan tetapi tetap berada di UKM 'menjaga' penyelianya. Ada satu kes lain yang menarik, setiap kali penyelia temanku menerima tetamu dari luar negara, temanku terpaksa menjemput tetamu penyelianya dari KLIA dan melayan semua keperluan tetamu penyelianya. Jagalah penyelia anda walaupun hal ini menimbulkan isu di manakah integriti profesionalisme para pensyarah universiti? 
  3. Oleh kerana beratnya tugas anda 'menjaga' penyelia, maka sebaik-baiknya bilangan penyelia yang perlu anda miliki hanya seorang. Sebolehnya elakkanlah dua orang penyelia apa tah lagi tiga orang penyelia. Tips ini aku perolehi ketika aku menghadiri kursus SLAB di sebuah IPTA.
  4. Jika anda mempunyai masalah sehingga membawa kepada pertengkaran dan pergaduhan dengan penyelia anda, sebaik-baiknya anda berusahalah tukar penyelia. Jangan berasa takut untuk membuang penyelia sehingga anda bertindak menyimpannya pula sebagai penyelia kedua.  Semasa anda berada di bawah seliaannya telah berlaku pelbagai masalah maka tidak mustahil akan berlaku pelbagai masalah walapun statusnya hanya sebagai penyelia kedua. Pengalaman benar seorang temanku yang membuat PhD, tindakannya menyimpan penyelia bermasalah sebagai penyelia kedua menyebabkan semasa dia sedang menunggu viva, penyelia keduanya telah bertindak menghubungi pemeriksa luar untuk mengagalkan tesis PhDnya.
  5. Pertimbangkan semasak-masaknya mengenai tempat untuk belajar PhD. Menurut seorang penyarah bidang sejarah di UKM, belajar di luar negara ada pelbagai kelebihan seperti boleh melancong dan jauh dari keluarga (ibu bapa & adik-beradik) dan saudara mara. Apabila berjauhan dari keluarga dan saudara mara, jika berlaku musibah dan kematian, anda diberi rusakh  dan kelepasan dari menjaga atau melawat keluarga anda pada waktu sakit.  Apabila anda mendapat panggilan telefon kerana berlaku kematian keluarga anda contohnya ibu saudara, anda menyatakan "yelah, dah ajal dia". Berbeza pula jika belajar dalam negara, anda memiliki pelbagai tanggungjawab termasuk menjaga dan menziarahi ketika mereka sakit dan berlaku kematian.
  6. Pilih tajuk yang sesuai dan penyelia anda mampu menyelia tajuk tersebut. Mampu di sini dalam erti kata menguasai bidang kajian tesis anda walaupun tesis anda dan bidang penyelia tidaklah sama 100%. Dalam menilai kemampuan penyelia, anda perlu melihat sendiri cadangan pembaikian bab terutama bab satu dan bab kedua. Jangan hanya mendengar kata penyelia anda, "tak ada masalah, semua tajuk kita boleh selia" walhal dia sebenarnya tidak berkemampuan untuk menyelia tajuk anda dalam bidang tujahan yang diperlukan. Dalam hal ini, lazimnya penyelia mempunyai ego mereka yang tersendiri. Mereka menggambarkan diri mereka hebat dalam bahasa yang 'besar' dan malu untuk mengakui kelemahan diri sendiri melainkan mereka yang taat berpegang pada tali Allah.
Bersambung ... sila klik Tips Masuk Ke Dunia PhD #2.

    21 ulasan:

    1. Rasa takutlah pulak nak sambung PHD kalau kena penyelia mcm gitu...

      BalasPadam
      Balasan
      1. Nasihat saya, buatlah dulu solat istikharah, minta pada Allah di samping selidik latar belakang penyelia melalui orang yang boleh dipercayai, adakah pensyarah itu sesuai menjadi penyelia atau sebaliknya :)

        Padam
    2. serik masa buat master kat um dulu pun tak habis lg kena dgn lecturer mcm mak tiri....

      BalasPadam
    3. kena maki hamun mcm budak2 sekolah .

      BalasPadam
      Balasan
      1. Saya simpati dengan pengalaman saudara. Saya rasa sedih sebab yang bersikap begitu kebanyakannya pensyarah Islam+Melayu.

        Padam
    4. apa pun TQ for sharing pengalaman.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Bukan hanya pengalaman saya seorang tapi termasuk pengalaman kawan-kawan di sekeliling saya :)

        Padam
    5. Assalamualaikum Dan terima kasih atas tips yg diberikan...apa2 berdoa kpd Allah supaya dipermudahkan segala urusan.sy pon dlm plan nk buat phd.sedang fikirkn proposal shj

      BalasPadam
      Balasan
      1. Wa'alaikum salam. Sama-sama. Saya sekadar berkongsi pengalaman saya dan kawan-kawan saya semasa buat PhD. Saya doakan yang baik-baik kepada saudara, semoga beroleh tajuk dan idea yang bernas.

        Padam
    6. Balasan
      1. Insya-Allah, saya bertugas di mana tempat saya menetap :)

        Padam
    7. Semoga Allah lembutkan hati penyelia. Pandai2 lah berdoa..

      BalasPadam
      Balasan
      1. Hahaha. Sangat sinikal komen Cik Puan Nor Aniza "Pandai2 lah berdoa.."

        Berdoa tu memang pandai.

        Saya pernah dianiaya oleh penyelia utama saya. Cukup lima tahun saya tukar penyelia. Saya mohon melalui dekan fakulti agar penyelia utama saya dikeluarkan dari senarai nama penyelia saya. Nak cerita bab aniaya, bukan sahaja semasa dia masih menjadi penyelia saya tetapi penganiayaan berlaku dalam proses pemilihan pemeriksa dalam dan pemeriksa luar sehingga semasa viva saya. Dipendekkan cerita, saya yakin Allah Maha Mendengar dan membantu orang yang dianiaya, sebagaimana saya berdoa, begitulah yang terjadi semasa viva saya, Allah sangat mempermudahkan viva saya sehinggakan tempoh viva saya sangat sekejap. Subhanallah. Belum ada dalam sejarah sama ada di UKM atau di mana-mana universiti dalam dunia ini.

        Doa orang dianiaya tidak terhijab malah diangkat terus ke langit. Di sisi manusia, mungkin doa orang dianiaya itu hanya kata-kata biasa, tetapi di langit, doa orang dianiaya itu adalah bunyi halilintar yang membelah langit.

        Yang paling dikesalkan apabila penyelia/pensyarah beragama Islam melakukan perbuatan menganiaya pelajar. Sebagai manusia, memang kita tidak layak menilai tahap iman dan takwa seseorang Muslim yang lain tetapi takwanya seseorang Muslim sebahagiannya dapat dilihat dari sikap/perbuatan/akhlak yang ditonjolkan ketika berurusan dengan orang lain terutama orang yang mempunyai kedudukan yang berada di bawah berbanding dirinya.

        Penyelia pelajar juga ada dosa pahalanya :)

        Padam
    8. Sedihnya. Minta kongsi pengalaman ini dalam blog saya. Terima kasih

      http://wp.me/p3Y2vS-gx

      BalasPadam
    9. Assalamualaikum Cik Misstree.. ketika ini saya juga sedang menyambung di UKM.. ada sedikit luahan di sini.. penyelia saya sgt baik tetapi beliau agak kurang mahir dalam topik penyelidikan yg diberi kepada saya ( topik penyelidikan ini lebih kepada mengambil hati rakan/sahabat beliau yg mana penyelidikan ini dijalankn dengan kerjasama tempat kerja rakan/sahabat beliau.) sejujur kata topik tersebut saya sangat tidak minat. tetapi saya teruskan juga walaupun topik tersebut bukan dalam "penguasaan" saya. Lantas ini menyebabkan progress sy sgt lambat.. sepertinya tiada progress. berkali2 terasa ingin tukar course tetapi takut. ingin berhenti tetapi tidak boleh kerana biasiswa mybrain. mohon nasihat misstree

      BalasPadam
      Balasan
      1. Wa'alaikum salam. Saya sangat simpati dengan Kawaii Syahira.

        Jika saya berada pada tempat Kawaii Syahira, di antara jalan yang saya ambil ialah solat istikharah.

        Jika situasi Kawaii Syahira hampir tidak ada progress, lebih baiklah tukar course. Saya takut Kawaii Syahira hanya bertahan sehingga tamat tempoh biasiswa mybrain. Setiap semester baru bermula, Kawaii Syahira mendaftar tetapi penghujungnya tidak menamatkan pengajian PhD. Buang masa, tenaga dan duit. Walaupun Kawaii Syahira memperolehi biasiswa Mybrain tetapi pasti ada duit Kawaii Syahira sendiri turut sama keluar.

        Situasi yang sama dialami oleh kawan2 saya yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi tetapi tidak menamatkan pengajian PhD atas beberapa faktor. Mereka hanya bertahan setiap semester baru bermula, mereka mendaftar tetapi progress penyelidikan tidak ada. Sampai satu masa, Pusat Pengajian Siswazah sendiri yang berhentikan mereka dari pengajian di UKM.

        Cara lain cuba berbincang dengan penolong pendaftar bahagian siswazah atau timbalan dekan bahagian penyelidikan (jika Kawaii Syahira mendaftar pengajian PhD di fakulti), mohon pandangan mereka. Sebelum itu seperkara yang perlu Kawaii Syahira tahu ialah kita sebagai pelajar apabila berurusan dengan penolong pendaftar adakalanya mereka gemar meletakkan kesalahan kepada pelajar walaupun bukan semua.

        Padam
    10. Seronok baca pengalaman saudari. Saya baru konvo master tahun 2017.2019 bercadang nak ambil phd. 26/2 baru lepas temu duga slab di um. Pensyarah mencadangkan saya buat di ukm. Tamat phd bekerja di um. Takut pulak apabila dengar tentang penyelia ni. Sebab ada pengalaman penyelia yang x selia betul2 semasa master. Tiba masa viva kena hentam teruk. Geram malu semua ada. 😂😂😂

      BalasPadam