Selasa, 12 Julai 2011

Tips Masuk Ke Dunia PhD #2

Aku ingin menyambung entri sebelum ini Tips Masuk Ke Dunia PhD #1 agar anda mengetahui sisi gelap dan terang dunia PhD.
  1. Cuba beri kefahaman yang jelas kepada ahli keluarga terdekat anda mengenai pekerjaan & tugasan kajian PhD anda. Sekiranya anda memperolehi cuti belajar dengan gaji beserta dengan biasiswa, pada hakikatnya anda hanya diberi cuti dari menghadirikan diri di pejabat tempat anda bekerja. Semasa cuti belajar, anda perlu tekun belajar selama 9 jam sehari sama dengan tempoh waktu anda bekerja di pejabat.
  2. Anda perlu menyedari dan memahami bahawa dunia PhD itu ada sisi gelapnya yang tersendiri. Kebiasaannya di universiti tempat belajar, para pensyarahnya mempunyai kumpulan kawan dan musuh yang tersendiri. Apabila sesama pensyarah tidak menyukai penyelia anda maka kebiasaannya yang berlaku mereka akan menyerang pelajar PhD yang berada di bawah seliannya walaupun sesama penyarah itu doctorate belaka. Kisah benar ini telah berlaku di UPM, seorang pelajar PhD berusia 50-an bekerja sebagai pengurus besar mempunyai penyelia yang bergelar profesor tetapi tidak disukai oleh beberapa orang penyarah di sebuah jabatan. Apabila profesor tersebut dipanggil bertugas di sebuah kementerian maka  dia telah bertindak mencarikan penyelia yang 'satu kepala' untuk pelajarnya yang bertanggungjawab menggantikan tugasnya. Penyelia baru pula masih dalam kategori pensyarah junior. Malangnya, apabila pelajar PhD ini membentangkan proposal, dia telah digagalkan oleh dua orang pensyarah yang tidak 'satu kepala' dengan profesor yang telah bertugas di kementerian. Pelajar PhD yang terbabit membentangkan proposal untuk kali kedua setelah membuat pembetulan berdasarkan komen dan cadangan yang diberikan oleh dua orang pensyarah yang bertanggungjawab menilai proposal tersebut. Malangnya pelajar PhD tersebut digagalkan sekali lagi. Pelajar PhD tersebut bertindak berjumpa (menyerang) salah seorang penyarah untuk bertanya kenapa proposalnya digagalkan untuk kali kedua. Pensyarah tersebut tidak memberikan sebarang jawapan malah memarahi pelajar PhD tersebut kerana tidak menghormati pensyarah. Akhirnya, pelajar PhD tersebut berhenti dan meneruskan pengajian di UKM.
  3. Dalam tempoh pengajian, banyak-banyakanlah beristighfar dan mohonlah kepada Allah agar dikurniakan idea dan buah fikiran yang bernas. Sebaik-baiknya, sebagai hamba Allah tips ini diamalkan terus sehingga ke akhir hayat.
  4. Selepas menghantar tesis sementara menunggu viva, kalau boleh setiap malam buatlah solat hajat. Pada hari anda divivakan, sebelum menghadiri viva, buatlah solat hajat memohon pertolongan Allah.
  5. Semasa viva, jika ditanya jawab dengan tenang. Ingat semua fakta dan data yang penting. Tindakan mencari-cari jawapan di dalam tesis PhD anda semasa menjawab soalan yang ditanyakan kepada anda akan menyebabkan anda kelihatan tidak meyakinkan di mata para pemeriksa tesis. Tips 4 dan 5 telah diberikan oleh seorang profesor yang bertugas di USM.
  6. Akhir sekali, jika anda lulus PhD, syukurlah kepada Allah atas nikmat yang diberikan-Nya. Jika gagal, redhalah dengan ketentuan Allah, mungkin dengan ujian ini Allah menetapkan agar anda semakin rapat dengan-Nya. Perkara yang tidak diberikan oleh Allah itu ada hikmahnya, mungkin jika anda diberikan PhD, anda semakin jauh dari Allah. Nasihat ini juga diberikan oleh seorang profesor yang bertugas di USM.
Akhir kalam, selamat menempuh cabaran dalam dunia PhD. Semoga berjaya.

8 ulasan:

  1. tip yg sangat berguna..
    kesian pelajar phd berusia 50an tu. tak patut pnsyarah2 tu buat camtu...camna nak dpt keberkatan dlm kerja & gaji mrk..hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa kita belajar degree, kita tak dengar cerita-cerita macam tu. Soal keberkatan letak di belakang berbanding kepentingan peribadi (kenaikan pangkat dan memperolehi jawatan dalam pentadbiran spt dekan, timbalan dekan, pengarah, ketua jabatan dsb), yang utama matlamat menghalalkan cara.

      Padam
  2. sangat terima kasih atas tips yang diberikan. walaupun saya ni baru je nak mula master by research tapi tetap ada rasa risau jugak.

    BalasPadam
  3. Salam. Mohon untuk share artikel ini di pascasiswazah.com Boleh saya dapatkan nama betul dan akaun fb anda untuk saya kreditkan artikel tersebut kepada anda? Jika anda tidak keberatan, anda boleh emailkan butiran tersebut di farhanajamil15@gmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam. Sebelum ini saya pernah melawat website pascasiswazah.com. Website tersebut pernah masuk dalam sumber trafik blog saya. Secara umumnya, website pascasiswazah.com amat menarik dan bermanfaat khususnya kepada pelajar pasca siswazah atau sesiapa yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat pasca siswazah.

      Berkenaan hasrat Cik Puan Nur Farhana Jamil untuk share entri ini (atau entri-entri yang lain di bawah label PhD) dalam pascasiswazah.com, saya izinkan. Hanya memadai kreditkan nama Cik Misstree dan alamat web blog saya. Pada masa akan datang, insya-Allah, saya masih menulis entri yang dilabelkan di bawah label PhD cuma bergantung kepada gerak hati, saya hendak menulis berkenaan apa yang dikaitkan dengan pengajian PhD.

      Saya menulis bukan untuk mendapatkan nama atau populariti. Saya menulis untuk berkongsi apa yang saya fikirkan bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang berada di luar sana. Insya-Allah.

      Padam
  4. Assalamualaikum wrbt..
    Terima kasih atas tips #1 dan #2.
    Saya sedang menghabiskan pengajian PhD saya.
    Walaupun sudah di penghujung pengajian.
    Tip-tip yang dikongsikan sangat berguna dan menaikkan motivasi.
    Doakan saya dipermudahkan menyelesaikan perjalanan PhD saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam wrbt. Sama-sama. Semoga berjaya menamatkan pengajian PhD. Amin :)

      Padam