Al-hamdulillah, segala-galanya selesailah sudah, tesis yang selama ini kugendong dalam fikiran selama enam tahun - setiap masa, setiap langkah hatta dalam tidurku jua. Aku hanya menunggu peperiksaan lisan untuk diperakui oleh golongan cerdik pandai yang tersohor mengenai kepakaranku dalam bidang ilmu yang kukaji.
Pengajian PhDku ini mengandung pelbagai pengajaran yang berguna untuk kehidupan. Pelbagai pengajaran itu malah layak dijadikan sempadan dalam hidup. Walaupun aku tahu tidak semua pengajaran itu layak dijadikan sempadan dalam hidup namun di antara pengajaran dan sempadan itu terlalu kecil bedanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan