Puasa dari sudut bahasa ialah menahan manakala dari sudut syarak, puasa ialah menahan nafsu dan semua perkara yang dapat membatalkan puasanya pada siang hari bermula terbit fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya
matahari (masuk waktu Maghrib).
 |
Sumber: Sila klik di sini [...] |
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa
atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu,
semoga kamu bertakwa (Surah al-Baqarah:183)
Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi
Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
Berpuasalah kamu, tentu kamu
akan sihat.
Pelaksanaan ibadah puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti berikut:
- Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t.
atas segala kurniaan-Nya.
- Puasa adalah salah satu bentuk tazkiyatun nafs (menyucikan jiwa) dan tarbiyatun iradah (mendidik kehendak). Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak
kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah (nafsu lawwamah ini tinggi sedikit daripada nafsu ammarah. Nafsu ini masih di taraf rendah dan hina namun ia mudah ditegur dan
hatinya mudah terdorong ke arah ibadah dan kebaikan, tetapi nafsunya
masih belum dapat ditundukkan) dan seterusnya
meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram.
- Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap golongan yang susah dan kurang bernasib baik.
- Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji)
seperti tamak, sombong dan hasad dengki.
- Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung
kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup.
- Memperolehi kecerdasan akal fikiran. Di antara nasihat Luqman
al-Hakim terhadap anaknya ialah: "Wahai anakku, apabila perut
dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan
hikmah (kebijaksanaan), dan malaslah segala anggota badan untuk
beribadah."
Oleh itu, ibadah puasa mengandungi faedah dan manfaat yang besar, maka
selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan eloklah melakukan puasa sunat yang terdapat dalam sepanjang tahun. Di bawah ini, aku sertakan Jadual Puasa Sunat (1 Syawal 1433H - 30 Sya'ban 1434H) sebagai panduan kita bersama:
Puasa
Sunat
|
Tarikh
|
Puasa
Enam
(Puasa
enam hari dalam bulan Syawal kecuali pada 1 Syawal)
|
20 Ogos 2012 – 16 September 2012
|
Puasa
1-8 Zulhijah
|
17-24 Oktober 2012
|
Puasa
Hari Wuquf (Bagi yang tidak menunaikan haji)
|
25 Oktober 2012
|
Puasa
1-9 Muharam
|
15-3 November 2012
|
Puasa
Hari Asyura
(Pada 10 Muharam berserta sehari sebelumnya)
atau
(Pada
10 Muharam beserta sehari selepasnya)
|
23-24 November 2012
atau
24-25 November 2012
|
Puasa
Hari Isnin dan Khamis
|
Kecuali:
· Hari Tasyrik 13
Zulhijah (29 Oktober 2012 bersamaan hari Isnin)
· Hari Syak 30
Sya’ban (7 Julai 2013 bersamaan hari Isnin)
|
Puasa
Hari Putih
(Pada 13, 14 dan 15 hari bulan setiap bulan dalam kalendar Hijrah)
|
· Syawal (31 Ogos
– 2 Sept. 2012)
· Zulkaedah (29
Sept. – 1 Okt. 2012)
·
Zulhijah (29 –
31 Oktober 2012)
·
Muharam (27 – 29 Nov. 2012)
·
Safar (27 – 29 Disember
2013)
·
Rabiulawal (25 – 27 Januari 2013)
·
Rabiulakhir (24 – 26 Februari 2013)
·
Jamadilawal (25 – 27 Mac 2013)
·
Jamadilakhir (
24 – 26 April 2013)
·
Rejab (23 – 25 Mei 2013)
·
Sya’ban (22 – 24 Jun 2013)
|
| |
Puasa
Sunat Sya’ban
|
10 Jun – 8 Julai 2013
|
Di sini aku menyeru kepada pengunjung blog ini agar berusaha menunaikan ibadah puasa sunat sepanjang tahun bermula 1 Syawal 1433H sehingga 30 Sya'ban 1434H. Semoga madrasah Ramadhan 1433H yang telah kita lalui menjadi tarbiyah agar kita menjadi insan yang bertaqwa dan beristiqamah dalam melakukan amalan kebaikan dan meninggalkan segala larangan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Amin.