Imam Syafie berwasiat, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut:
- Hak diri: mengurangkan tidur pada waktu malam untuk beribadah, mengurangkan makan dengan cara berpuasa, mengurangkan bercakap perkara yang sia-sia serta berpada-pada dengan rezeki yang ada.
- Hak malaikat maut: mengqada kewajipan yang tertinggal, berusaha mendapatkan kemaafan daripada orang yang telah kamu zalimi, membuat persediaan untuk mati dan menanam rasa cinta kepada Allah.
- Hak kubur: mengelakkan tabiat suka menabur fitnah dan membuang air kecil di merata-rata tempat, menyuci kemaluan dan paha termasuk kaki (jika terpercik air kencing ke paha dan kaki) dengan bersih selepas membuang air kecil, memperbanyakkan solat tahajud serta membantu orang yang dizalimi.
Sumber: Gambar Profil Facebook Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani, Kedah. |
Sumber: Sila klik di sini [...] |
- Hak Mungkar Nakir: tidak berdusta, meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan amalan nasihat-menasihati.
- Hak mizan: menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan berusaha menanggung kesusahan dalam melaksanakan perintah Allah.
- Hak sirat: mengelakkan tabiat mengumpat, warak, membantu orang beriman dan suka berjemaah.
- Hak Malik: memperbanyakkan menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang atau sembunyi dan memperelokkan akhlak.
- Hak Ridhwan: redha dengan qada Allah, bersabar menerima bala/ujian Allah, bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan bertaubat daripada segala perbuatan maksiat.
- Hak Rasulullah s.a.w.: berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, mengamalkan sunnah Rasullullah s.a.w. dan menyayangi keluarga dan para sahabat baginda.
- Hak Allah: mengajak ke arah kebaikan, mencegah kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci maksiat.
Selamat Beramal.
salam...terima kasih berkongsi. Moga dpt diamalkan bersama-sama.
BalasPadamWa'salam.
PadamSama-sama.
assalam..terima kasih atas perkongsian ini..
BalasPadamWa'salam.
PadamSama-sama.