Ahad, 22 Februari 2015

Pilo Toq







Tajuk: Pilo Toq

Penulis: OP Zaharin, Azzam Supardi & Bahruddin Bekri

Tahun Terbit: 2015

Penerbit: Puteh Press









Buku bertajuk Pilo Toq merupakan himpunan kisah-kisah rumah tangga yang mencuit hati menurut perspektif suami; merupakan pengalaman tiga penulis lelaki OP Zaharin, Azzam Supardi dan Bahruddin Bekri. Tatkala membaca buku ini, ia tidak hanya membuatkan aku tersenyum tetapi ketawa terbahak-bahak seorang diri. 

Buku ini sarat dengan nasihat-humor yang dihidangkan melalui perbualan santai sweet-sweet suami-isteri khas untuk lelaki yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga bagaimana suami perlu menghargai isteri yang menjadi suri hidupnya. Pilo Toq juga sesuai dibaca oleh golongan wanita untuk melihat pendapat lelaki/suami mengenai wanita dan rumah tangga. Hakikatnya dalam sebuah rumah tangga, suami-isteri memainkan peranan saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. 

Ketiga-tiga penulis seperti bersepakat bahawa "orang perempuan sukar untuk diduga". Aku beri  dari 

Buku ini dinyatakan sebagai "siri". Adakah akan ada buku-buku seterusnya diterbitkan dalam genre yang sama untuk melengkapkan "Siri Bercakap-Cakap Dengan ..."? Aku tunggu dan lihat .

P/S: Lelaki yang membaca Pilo Toq jika mengamalkan nasihat yang terkandung dalam buku ini boleh jadi "Lelaki Melayu Terakhir"

4 ulasan:

  1. Pillow talk ni biasa orang perempuan je yang suka buat. Ni bila lelaki nak pillow talk, macam kelakar pun ada. Memang kena sangat bila dijadikan sebagai tajuk buku ni kan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perempuan panggil sesi sweetest conversation sebagai "Pillow Talk", lelaki pula sebut "Pilo Toq". Memang kena tajuk "Pilo Toq" sebab ini cerita daripada sudut pandangan lelaki hehehe

      Padam
  2. owh.. pillow talk... hehe... macam best... tengok la, kalau ada juma kat mana2 kedai.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kedai buku MPH banyak jual buku pillow toq ni :)

      Padam