Rabu, 4 Februari 2015

Suamiku Encik Perfect 10

Aku sudah tengok filem Suamiku Encik Perfect 10 di Golden Screen Cinemas (GSC), Amanjaya Mall, Sungai Petani  pada 23 Januari 2015 cuma hari ini baru aku berpeluang untuk menulis entri berkenaan filem ini. Filem Suamiku Encik Perfect 10 adalah adaptasi novel yang bertajuk Suamiku Encik Perfect 10 karya Syamnuriezmil. 

Filem Suamiku Encik Perfect 10 berada dalam top ten filem yang ditayangkan di GSC dari 29 Januari - 1 Februari 2015 

Semenjak usia aku mencecah tiga siri (30-an), amat berat bagi aku untuk membaca novel-novel kategori cinta orang muda berbanding ketika usia aku belasan tahun dan dalam lingkungan usia 20-an, mungkin aku mula merasakan aku sudah tua. Aku menonton filem Suamiku Encik Perfect 10 tanpa terlebih dahulu membaca versi filem ini dalam bentuk novel.

Filem ini adalah kisah  berkenaan Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) yang dirogol oleh teman lelakinya bernama Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly). Aku menonton filem Suamiku Encik Perfect 10 dalam panggung yang penuh didominasi oleh gadis-gadis muda (tidak termasuk aku) yang melontarkan suara 'so sweet' ketika menonton adegan di bawah. 


Seperkara yang menarik dalam filem ini, para pelakon utama menggunakan dialek Kedah. Dialog yang mencuit hati (really sweet) diucapkan oleh pelakon Normah Damanhuri yang memegang watak nenek kepadZarief Danial (Aaron Aziz) ialah "Mai celah mana suami?" ketika melawat Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) yang mengalami pendarahan ketika awal kehamilan di wad Hospital Pantai, Sungai Petani.

Aku menonton filem Suamiku Encik Perfect 10 tanpa terlebih dahulu membaca versi filem ini dalam bentuk novel. Aku menonton filem ini 'kosong' tanpa mengetahui jalan ceritanya. Keseluruhan filem ini mudah difahami tetapi agak membosankan cuma adegan akhir filem ini mengelirukan kerana kemunculannya secara tiba-tiba iaitu babak ketika Zarief Danial (Aaron Aziz) dan Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) berada dalam kapal terbang di mana sebelum itu Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) berada di hospital sedang menjaga suaminya Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly).

P/S: Ini adalah sebahagian daripada keanehan tajuk dan plot novel-novel Melayu yang tidak mencabar minda namun ia difilemkan dan berada dalam pasaran Malaysia.  Aku beri  dari .

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. Itulah fasal. Favorite pengarah kot. Saya pun tak faham kenapa kisah jenayah rogol banyak diangkat dalam filem-filem Melayu di Malaysia?

      Padam
  2. saya mmg kurang berminat dgn filem cinta made in malaysia ni . mcm sama je n x de perubahan . Ombak rindu pun saya tgk selepas byk yg kata cerita tu best sgt ... ermmm .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tengok filem Ombak Rindu sebab ramai orang puji cerita tu best sangat tapi yang tak tahan ada pulak part jenayah rogol.

      Padam
  3. Tajuk novel memang tak boleh blah. Tapi yang jenis-jenis ini jugaklah yang paling laku kat kedai-kedai buku. Heran betul dengan taste pembaca novel-novel cinta mainstream sekarang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Novel-novel jenis ni yang saya masih setia beli dan baca hanya karya Ramlee Awang Murshid.

      Padam
  4. Confused dah ni. 1st time baca review ke laut pasal citer ni

    BalasPadam
  5. selepas filem CINTA, sy tidak lagi menjejak panggung utk menonton filem melayu. Filem melayu yg sy ingin tengok selepas cinta adalah Bonohan (kalo xsilap sy). sy juga tdk membaca novel2 melayu. kebanyaknya sgt stereotype. ramai2 novelis kisah cinta skg tiada yg dpt menandingi penulisan khadijah hashim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya, novel-novel Melayu yang betul2 berkualiti ialah karya sasterawan-sasterawan negara walaupun ada pro dan kontra terutama sasterawan negara yang berpegang kepada prinsip "seni untuk seni, seni untuk masyarakat".

      Padam
  6. okay.. jarang dapat baca cik misstree review filem nih.. hehehe

    BalasPadam
  7. Belum sempat menonton..Cik Misstree oghang SP ka?

    BalasPadam