Ahad, 23 Ogos 2015

Pemerdagangan Manusia Dalam Perkahwinan

Pemerdagangan manusia adalah satu bentuk perdagangan atau perniagaan yang melibatkan beberapa aspek seperti migrasi manusia secara haram, aktiviti buruh secara sah atau mengandungi unsur paksaan. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan-kumpulan penyokong dengan merujuk kepada aktiviti pemerdagangan manusia melalui kaedah pengrekrutan, pengangkutan, perlindungan atau pengambilan manusia bagi tujuan seperti perhambaan, pelacuran, buruh paksa dan perjualan organ tubuh manusia. Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk pemaksaan melakukan pelacuran atau eksploitasi seks, buruh paksa dan bentuk-bentuk pengamalan yang boleh disifatkan sebagai satu bentuk perhambaan.

Dalam sesebuah institusi perkahwinan, terdapat sesetengah kes di mana suami yang melakukan pemerdagangan manusia terhadap isteri. Bagi isteri yang bekerja, suami memaksa isteri menggunakan wang pendapatan dan simpanan tanpa kerelaan isteri untuk menanggung diri suami dan anak-anak walhal jelas dalam Islam tanggungjawab memberi nafkah terletak di pundak suami. Dalam konteks pemerdagangan manusia, perdagangan atau perniagaan yang dilakukan oleh suami bukan hanya terhad untuk memperolehi wang daripada isteri tetapi juga termasuk seks sebagai imbalan kepada pertolongan dalam bentuk perlindungan yang diberikan oleh suami terhadap isteri dan anak-anak. Cinta dan kasih sayang yang mengikat sesuatu perkahwinan telah menjadikan pemerdagangan manusia yang dilakukan oleh suami terhadap isteri merupakan satu bentuk pemerdagangan manusia secara halus. Walau bagaimanapun, pemerdagangan manusia dalam perkahwinan yang paling hina ialah wujud suami yang sanggup melacurkan isteri untuk mendapatkan wang atau sebagai cara untuk melangsaikan hutang.

5 ulasan:

  1. nice.. tapi nak tanya, kalau jenis ibu bapa yang letak hantaran tinggi untuk anak kahwin tu, kira pemerdagangan manusia tak..? bak kata orang, "macam jual anak".. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun ada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Sebaik-baik mas kahwin ialah yang lebih rendah " (Riwayat Abu Daud) dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, "Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya " (Riwayat Ahmad) tetapi, saya teringat kisah Umar al-Khattab yang pernah ditegur oleh seorang wanita berkenaan cadangan Umar al-Khattab untuk menurunkan mahar. Kata Umar al-Khattab, "Bertaqwalah kamu kepada Allah. Para wanita, janganlah kamu meninggikan mahar perkahwinan."

      Lantas seorang wanita bangkit dan bersuara di hadapan amirul mukminin Umar al-Khattab,"Wahai amirul mukminin, Allah meletakkan mahar yang tinggi kepada kami. Mengapa kamu merendahkan mahar kami walhal ia adalah hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan."

      "Umar al-Khattab bertanya wanita itu kembali kembali, "Apakah dalil kamu?" Wanita tersebut membacakan ayat 20 di dalam surah An-Nisa yang bermaksud:

      "Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedangkan kamu telah pun memberikan kepada seseorang antara mereka (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikit pun daripada harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata."

      Maka Umar al-Khattab menjawab, "Ya, wanita ini benar dan Umar salah."

      hehehe

      Padam
  2. fuh, panjang lebar jawapan dia.. saya tak nafikan mahar (kas kahwin itu hak pengantin perempuan). kita tengok sekarang ni pun mas kahwin bagi saya, kebanyakannya biasa2 sahaja. tak ada la sampai tahap membebankan.. jarang nk dengar mas kahwin yang melebihi seribu ringgit. tu pun kalau lebih selalunya mmg jenis yang pihak lelaki mampu.

    tapi persoalan timbul dengan wang hantaran yang sehingga berpuluh ribu ringgit yang selalunya diletakkan oleh keluarga pihak perempuan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang jadi isunya, mas kahwin pengantin perempuan ditetapkan oleh majlis agama Islam negeri rendah - puluh-puluh ringgit saja.

      Harga seekor lembu pun dah cecah RM5,000. Ayam nak disembelih dan dimasak pastinya bukan seekor dua. Di kampung, kalau masak gotong royong jimat kos, bahan mentah yang lain dikongsi bersama di antara penduduk kampung.

      Biasanya di bandar orang upah katering. Cas harganya bergantung satu kepala tetamu yang dijemput dan lauk-pauk yang disediakan. Kos sewa dewan lagi. Kalau kenduri buat depan rumah pengantin pun kena sewa khemah, kerusi meja.

      Berbalik kepada kos di atas, zaman sekarang ni, bagi saya minimum hantaran sepuluh ribu dah dikira murah melainkan tak kisah nak jamu tetamu mai kenduri dengan lauk ikan kering.

      Lagi satu, nak kurang hantaran, pengantin tak perlu sewa pelamin nak bersanding bagai, sewa baju pengantin tukar beberapa kali. Pakai baju kurung dan baju Melayu biasa-biasa saja macam baju nak sambut raya. Boleh gitu?

      Padam