Selasa, 1 September 2015

Falsafah Kacang

Keakraban masyarakat Melayu lama dengan alam tergambar dengan jelas melalui pepatah-petith yang menggunakan alam sebagai perlambangan. Pepatah-petitih adalah aspirasi pemikiran Melayu secara tersurat dan tersirat mengandungi nilai sosial, moral, fungsi adat bermasyarakat dan menonjolkan falsafah kehidupan bangsa Melayu. Peribahasa Melayu bagai kacang lupakan kulit memberi gambaran mengenai orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. Dalam hal ini, kacang dalam perumpaan itu merujuk kepada kacang tanah dijadikan sebagai perlambangan orang manakala kulit (kacang) dilambangkan sebagai asal-usul seseorang individu.

Sumber: klik [...]
Berbalik kepada persoalan dalam entri ini, kenapa perumpamaan kacang lupakan kulit? Kenapa tidak ada perumpamaan pinang lupakan kulit? Penelitian bangsa Melayu lama terhadap alam amat halus sehingga pinang (dalam hal ini, buah pinang merujuk kepada pinang yang telah tua) dan kulitnya tidak sesuai dijadikan perlambangan yang memberi makna orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan sebaliknya kacang dan kulitnya lebih sesuai dijadikan perlambangan yang menepati maksud tersebut. Hal ini dapat dilihat berdasarkan sifat kacang tanah itu sendiri di mana ia mudah/senang dibuka kulitnya sehingga boleh dibuka tanpa menggunakan sebarang alat. Buah pinang tua sifatnya lain, untuk mengupas kulit pinang perlu kepada alat seperti parang khas jenis bendo atau cengkok/cokok/kikuk. Sifat kulit buah pinang tua itu sendiri yang mempunyai sabut maka proses mendapatkan isi pinang yang telah licin dibuang sabut adalah proses yang sukar kerana memerlukan tenaga dan tekanan yang kuat.

Dalam kehidupan masyarakat Melayu, falsafah ‘kacang’ menggambarkan sesuatu yang mudah. Kini, masyarakat Melayu moden turut menggunakan ‘kacang’ bagi perkara yang senang tanpa perlu bersusah-payah contohnya, generasi muda bangsa Melayu menyatakan ‘kacang je’ menunjukkan perkara itu mudah dilakukan. Belum ada perumpamaan dalam masyarakat Melayu lama dan moden menggunakan buah pinang tua sebagai sesuatu yang mudah atau senang.

Dalam hal ini, wajarlah perumpaan kacang lupakan kulit merujuk kepada orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan. Orang yang lupa akan asalnya menunjukkan orang yang MUDAH/SENANG lupa kepada asal-usulnya setelah kehidupannya senang.

12 ulasan:

  1. kita melayu kaya dengan perumpamaan.. cuma sekarang kita kurang pandai mengambil pengajaran dari perumpamaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandangan Pha Is itu lebih baik berbanding orang yang diibaratkan seperti telur mengatakan lepang tak pandai duduk.

      ~ Binatang tahan dipalu, manusia tahan dikias :)

      Padam
  2. hebat bahasa cik mistree.. peribahasa tu saya pun x pernah dengar...

    BalasPadam
  3. uncle pon orang selalu kaitkan dengan kacang juga.... 'kacang hantu'

    hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'Kacang hantu' tidak termasuk dalam kategori falsafah kacang tanah. Kacang hantu sejenis tumbuhan nama saintifik centrosema plumieri. Buahnya beracun dan berguna dalam aktiviti menuba ikan. Sifat buahnya sedemikian maka sesuailah peribahasa Melayu memberikan takrifan 'kacang hantu' ialah orang yang jahat :)

      Padam
    2. owh.. ingatkan kacang tu yg berhantu.. hehehe

      Padam
  4. perkataan kacang je tu mmg selalu guna . mcm senang lah sangat nak buat . hakikatnya tak semudah yg disangka ...

    BalasPadam
  5. Ada ke peribahasa melayu "kacang je"?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam perenggan yang ada menyatakan perihal "kacang je", Saya membincangkan falsafah "kacang" dalam konteks masyarakat Melayu moden khususnya golongan muda. Falsafah "kacang", bukan peribahasa Melayu "kacang je". Falsafah dan peribahasa Melayu adalah dua konteks yang berbeza :)

      Padam