Sabtu, 17 Disember 2016

Maklum Balas Entri Orang Malaya Di Sabah #1 Oleh Last Putera

Berdasarkan tajuk entri di atas, aku ingin berkongsi maklum balas entri Orang Malaya Di Sabah #1 yang ditulis oleh seorang blogger baru bernama Last Putera. Maklum balas tersebut ditulis dalam blog beliau: Bertenang Setiap Masa.
























P/S: Aku menulis entri Orang Malaya Di Sabah #1 bukan untuk meluahkan perasaan tetapi aku menulis mengenai realiti kedudukan anak-anak Orang Malaya yang diliahirkan di Sabah. Anak-anak warganegara Malaysia termasuk Sabah/Sarawak yang dilahirkan di sesebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu secara automatik diiktiraf sebagai orang negeri tersebut dari aspek perundangan. Kebanyakan orang di Semenanjung Tanah Melayu beranggapan Sabah/Sarawak sama seperti negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu tetapi realiti tidak begitu. Kami seperti ibu bapa kami menjadi orang mendatang di Sabah yang tertakluk kepada Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 (Akta 155). Jika undang-undang sudah tidak mengiktiraf lantas bagaimana kamu boleh mengiktiraf bahawa kami ini Orang Sabah? Benarkah apa yang dikatakan sebagai 'tembok pemisah' sudah lenyap? Setakat boleh bercinta dan bernikah di antara Orang Malaya dan Orang Sabah, tidak bermakna apa yang dikatakan sebagai 'tembok pemisah' sudah lenyap 樂

6 ulasan:

  1. kerajaan sabah masih mengguna pakai rang undang2 yg dibuat semasa pembentukan malaysia pd 1963 lagi yg dirasakan x sesuai. patut diubah undang2 tu. nape la bimbang kat kami org2 malaya ni sdgkan org2 indon n filipin berduyun2 masuk ke sabah tanpa sekatan sekalipun?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kita, rasa dah tak sesuai tapi bagi mereka, itu hak mereka yang tertera pada Perkara 6 Imigresen dalam Perjanjian 20 Perkara pembentukan Persekutuan Malaysia, kemasukan ke Borneo Utara (Sabah) memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

      Saya setuju dengan kemasukan orang Indon dan Filipina berduyun-duyun masuk ke sabah yang bagi kita melihat isu ini meyifatkannya 'tanpa sekatan'. Itu belum lagi, ada orang Sabah (bukan semua) yang memiliki dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Indonesia.

      Sebelum pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), usul dan perbincangan Sabah/Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia boleh ditahan di bawah ISA.

      Padam
  2. Assalamualaikum. Saya baru 6 bulan berpindah ke sabah kerana bertukar tmpt kerja. Rsnye isu yg akak ketengahkan ni masih lg berlaku sehingga kini. Terasa asing sgt berada di bumi sabah. Urusan permit kerja masih tak selesai walau pun dah pergi ke imigresen hampir 4,5 kali. Syarat terlalu ketat, dokumen itu ini diminta. Rasa putus asa sgt. Sedih bila mengenangkan layanan org sabah kpd org semenanjung di bumi sabah sedangkan bila org sabah dtg ke semenanjung, layanan yg diberikan samarata dan semua urusan mudah. Pernah satu haritu, masa makan di sebuah kedai, ada seorang lelaki ni menyuarakan rasa x puas hati kpd org semenanjung yg dtg bekerja di sabah. Ikutkan hati saya pun xnk dtg kerja di cni tp apakan daya..arahan majikan. Tak pernah terpikir hal mcm ni wujud sbb ms di semenanjung dulu, ada je rakan sekerja asal sabah. Xde plk sy dan rakan2 yg lain ada perasaan yg dia tu asing. Layan dia sama je mcm kwn2 yg lain..Jd sy igt bila sy dtg ni, keadaannye sama jgk la. Hu3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam. Saya turut empati perkara yang menimpa who?. Saya dan keluarga saya dah lalui perkara itu pada awal 1970-an. Terasa perit. Nak buat macam mana, dah namanya merantau di tempat orang. Bersabar dan bertabahlah. Terima kasih tinggalkan komen dan pengalaman who? di sini :)

      Padam
  3. If you dont really understand why Sabah and Sarawak have H and K in the IC then you arent qualified to be a true Sabahan and Sarawakian...what we do is to protect our rights..and it is one of the Perkara 20 and Hak Wilayah Berasingan..trylah bawak ke Parlimen dan ubah...mmg sampai mati pun xkan dpt perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah and Sarawak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. I do not need to understand anything about this. I do not dispute what Sabahan and Sarawakians are trying to protect their rights. I just want to clarify the our status (the children of people who comw from Peninsular Malaysia).

      Buat apa nak bawa ke Parlimen? Kami pun tak kisahlah perkara-perkara tu semua. Orang Kedah cakap, "Kami pun tak lapaq haih". Kami masih ada tempat di Semenanjung Tanah Melayu, tempat asal kelahiran ibu bapa kami.

      Tak perlu nak sentap sangatlah!

      Padam