Isnin, 26 Disember 2016

Orang Malaya Di Sabah #6: Universiti Malaysia Sabah

Pada tahun 1980-an, masyarakat Kadazan menguasai Parti Bersatu Sabah (PBS) yang merupakan parti berbilang etnik. Kepimpinan Joseph Pairin Kitingan dalam PBS disokong oleh majoriti masyarakat Cina yang turut tidak berpuas hati dengan banyak dasar kerajaan Sabah di bawah pimpinan parti Berjaya terutama sikap pro-Islam. Parti Berjaya dikalahkan dengan teruk dalam pilihan raya dan apabila PBS berkuasa, konsep “Sabah adalah untuk orang Sabah” dianjurkan untuk menggalakkan Kadazanisme sebagai asas masyarakat Sabah. Joseph Pairin Kitingan telah dijadikan “Hugoun Siou” (pemimpin agung) oleh masyarakat Kadazan.

Nasionalisme Kadazan telah dieksploitasi untuk menentang Persekutuan penjajahan Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan yang dikatakan tidak mematuhi Perjanjian 20 Perkara. Ini telah meningkatkan ketegangan hubungan di antara Kota Kinabalu dengan Kuala Lumpur. Kesudahannya isu tersebut telah membuka jalan untuk UMNO memasuki Sabah pada tahun 1991.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995 merupakan pilihan raya umum yang ke-9 telah menyaksikan kemenangan Barisan Nasional menguasai Sabah. Di antara manifesto UMNO/Barisan Nasional kepada penduduk negeri Sabah dalam pilihan raya umum ke-9 jika UMNO/Barisan Nasional berjaya memenangi kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan di Sabah ialah penubuhan Universiti Malaysia Sabah. Semua 12 kerusi Dewan Rakyat yang dipertandingkan untuk negeri Sabah dimenangi oleh Barisan Nasional.



Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia di 
Menggatal, Sabah kini telah menjadi bangunan tinggal dan terbiar.

Penubuhan Universiti Malaysia Sabah telah membawa kepada penutupan Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia yang mengandungi dua fakulti iaitu Fakulti Sains Pembangunan dan Fakulti Sains Sumber Alam. Kedua-dua fakulti termasuk pelajar dan semua kakitangan Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia kembali ke kampus induk di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi kecuali kakitangan Kampus Sabah Universiti Kebangsaan Malaysia yang memilih untuk dilepaskan berkhidmat dengan Universiti Malaysia Sabah.

Sejak penubuhan Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1995, Kerajaan Persekutuan telah menetapkan jawatan Naib Canselor mesti dipegang oleh Orang Malaya. Jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah akan diberikan kepada Orang Sabah apabila tiba masanya setelah ada Orang Sabah yang berkelayakan untuk memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Namun hanya Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang pertama dan kedua sahaja berpeluang dipegang oleh Orang Malaya. Ketika pemilihan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua pada tahun 2005 telah membawa kepada kewujudan dua kumpulan dalam kalangan kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Pertama, kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang berasal dari Malaya menyokong agar Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua dipegang oleh Orang Malaya manakala kedua, kumpulan kakitangan Universiti Malaysia Sabah yang terdiri Orang Sabah menyokong agar Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua dipegang oleh Orang Sabah.

Oleh kerana sejarah penubuhan Universiti Malaysia Sabah berasaskan percaturan politik Malaysia maka peralihan jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang dipegang daripada Orang Malaya kepada Orang Sabah juga melibatkan percaturan politik Malaysia. Keputusan pilihan raya umum Malaysia yang ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008 telah menyaksikan walaupun keseluruhannya Barisan Nasional berjaya memenangi pilihan raya umum ke-12 tetapi Barisan Nasional tidak berjaya memperolehi 2/3 kerusi di Dewan Rakyat.

Keputusan pilihan raya umum Malaysia ke-12 telah digunakan sebagai hujah oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah untuk melobi Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu agar jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah diserahkan kepada Orang Sabah walaupun pada ketika itu disifatkan belum ada Orang Sabah yang layak memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah. Hujah yang digunakan Ketua Menteri Sabah kepada Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu ialah Negeri Sabah telah menyumbang kepada kemenangan yang besar kepada Barisan Nasional manakala lima negeri (Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor) di Semenanjung Tanah Melayu telah jatuh dikuasai oleh pembangkang. Keperibadian Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu yang berjiwa lembut telah menyebabkan beliau akur kepada kehendak Ketua Menteri Sabah. Bermula Jun 2010, Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang ketiga dan seterusnya telah diserah dan dipegang oleh Orang Sabah.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah yang kedua telah diturunkan dalam institusi yang sama (Universiti Malaysia Sabah) dari memegang jawatan Naib Canselor kepada pensyarah biasa (Profesor) tanpa sebarang jawatan. Cara yang sungguh tidak beradab untuk menurunkan seseorang yang berada pada kedudukan tertinggi mengetuai sesebuah institusi.


P/S: Kalau nak harap universiti-universiti awam di Semenanjung Malaysia, tak merasa Orang Sabah nak jadi Naib Canselor. Ramai lagi Orang Malaya yang lebih berkelayakan. Tak ada universiti, dah dibagi universiti. Cerdik tak cerdiknya Orang Sabah mengurus universiti. Pengurusan hancur. 😡 Al-hamdulillahi 'ala kulli haal (Segala puji bagi Allah pada setiap masa).

13 ulasan:

  1. dah macam teori konspirasi.. kontrobesi sungguh.. ehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan dua nnti saya nak ke sabah.. naik gunung kinabalu.. hehehe

      Padam
    2. Semoga selamat pergi dan selamat kembali :)

      Padam
  2. amiin.. terima kasih.. pi panjat gunung kinabalu je.. hehehe..
    tu sportoto tu macam spam je.. jaga2..

    BalasPadam
  3. susah bila institusi pengajian ni diperngaruhi kuat dengan unsur politik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana-mana pun sama cuma kuat atau tak kuatnya pengaruh politik kepartian

      Padam
  4. assalamualaikum, saya datang melawat dan follow :)

    BalasPadam
  5. Org sabah kena dtg selangor dan johor, 2 negeri termaju dlm malaysia utk bljr menguruskan universiti dan mcm2 lagilah. Contoh berlaku dlm sejarah, penubuhan perlembagaan negeri2 di 8 negeri beraja di tanah melayu mengambil perlembagaan negeri johor, iaitu Undang2 Tubuh Kerajaan Johor sbg role model. Kita jgn malu utk brlajar dr org lain yg dh berjaya kalu nk maju. Itulah poinnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti ada maksud yang tersirat apabila menyebut fasal negeri Johor. Kebetulan Naib Canselor (NC) kedua UMS yang diturunkan dari jawatan NC tu orang Johor :D

      Padam
  6. Hmm Nampaknya hasil pengalihan kuasa dari orang Malaya kepada orang Sabah adalah kerana hasil ketidakpuashatian terhadap Malaya itu sendiri. Baru saya tahu kenapa saya dimomokkan dengan konsep "Sabah untuk orang Sabah" walaupun ada segelintir pelajar dan bekas pelajar UMS yg masing2 warganegara Sabah sendiri complaint mengenai pengurusan dan pembangunan pelajar apabila mereka sendiri bandingkan dengan universiti awam di Semenanjung. Kalau nak majukan Sabah, sepatutnya belajar daripada yang pakar, bukan duduk dan pekakkan telinga. Anak2 pelajar bakal mewarisi ilmu yg ada pada insitusi itu sendiri. Sabah boleh maju sekiranya kepakaran anak Sabah yg berjaya di Semenanjung pulang semula ke Sabah dan menetap di Sabah untuk majukan Sabah. Barulah sesuai dengan konsep "Sabah untuk Sabahan". Boleh bah kalau kau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semasa awal penubuhan UMS, ada dibuka tawaran khas kepada anak jati Sabah yang bekerja sebagai pensyarah di universiti awam di Semenanjung untuk kembali ke Sabah berkhidmat di UMS.

      Padam