Globalisasi turut ditandai dengan perkembangan teknologi yang menyokong kemudahan untuk mewujudkan pelbagai bentuk jaringan di seluruh dunia. Teknologi dan kewujudan jaringan telah memudahkan komunikasi yang merentas sempadan negara seperti melalui faks, telefon, satelit dan talian internet. Dalam hal ini, kini talian internet merupakan wadah popular yang digunakan oleh masyarakat terutama generasi Y. Perkembangan teknologi ini juga turut menyokong sistem demokrasi yang turut mendokong kebebasan bersuara. Pelbagai elemen digunakan untuk menterjemahkan prinsip kebebasan bersuara seperti laman sosial dan blog.
Walau bagaimanapun, penggunaan internet juga turut digunakan untuk 'melacurkan' diri sendiri dalam talian. Pelbagai maklumat diri termasuk gambar peribadi didedahkan secara melampau kepada masyarakat umum. Blog pula menjadi alat khususnya golongan remaja malah trend ini turut menular kepada generasi X untuk menceritakan pelbagai kisah peribadi tanpa nilai intelektual sehingga sifatnya telah menjadi sebuah diari online. Walaupun terdapat sesetengah pemilik blog yang telah menyatakan bahawa beliau tidak membenarkan komuniti dalam talian mengambil sebarang gambar peribadi yang dipaparkan dalam blog-nya namun amaran tersebut tidak memberi sebarang makna. Hal ini adalah kerana apabila seseorang telah masuk ke dalam internet secara automatik ia menjadi sebahagian daripada masyarakat global yang dikenali sebagai global information infrastucture. Maklumat dan gambar peribadi yang dinyatakan di dalam internet telah menjadi sebahagian daripada maklumat global.
Pengguna boleh mewujudkan prinsip kerahsiaan dan keselamatan dalam internet dengan merujuk kepada setting dan polisi yang terkandung dalam sesebuah aplikasi. Namun begitu, segala-galanya bergantung kepada kawalan kendiri. Anda sendiri yang menentukan berapa banyakkah maklumat peribadi yang boleh dikongsikan kepada masyarakat global. Dalam hal ini, Islam menyediakan garis panduan untuk menyebarkan gambar-gambar peribadi dalam internet walaupun perbincangan Ustaz Zaharuddin lebih menjurus kepada facebook namun hal tersebut turut boleh diaplikasikan perbuatan menyebarkan gambar di dalam blog. Justeru, isu ini merupakan sebahagian daripada tujuan mengadakan Hari Keselamatan Komputer Sedunia pada 27 November yang diraikan pada setiap tahun.
Untuk size yang lebih besar sila klik sini |
Hari Keselamatan Komputer Sedunia turut berusaha mewujudkan kesedaran kepada masyarakat global mengenai kepentingan keselamatan diri dalam talian internet walaupun elemen keselamatan turut merangkumi aspek pembinaan dan pengurusan password, virus komputer, keselamatan PC, keselamatan fizikal, kejuruteraan sosial, kerahsiaan maklumat, keselamatan wireless, Home Offices, privasi, kecurian identiti, data backups, penggunaan internet dan email, intellectual property rights dan penyulitan data (encryption).
Selamat Menyambut Hari Keselamatan Komputer Sedunia
thanks cik misstree shafe info ni..
BalasPadamSama-sama, Mama Aini. :)
BalasPadam