Ahad, 13 November 2011

Ganjaran Untuk Diri

Setelah puas berusaha, aku suka menghargai kejayaan kecil yang telah aku capai. Hal ini meningkatkan motivasi untuk terus berusaha meraih kejayaan. Irfan Khairi menyatakan: 

Sekiranya anda sudah bekerja keras, dan mencapai matlamat-matlamat anda (tak kira kecil atau besar), berhenti sebentar dan upah diri sendiri- reward yourself!
Dengan tidak mengupah diri sendiri, ia akan mengurangkan tenaga dan semangat kita. Mengupah atau menghadiahkan sesuatu kepada diri sendiri terutamanya sesuatu yang menarik minat kita sendiri memberi kesan motivasi supaya terus berusaha!

Justeru, aku berjanji dengan diriku bahawa aku akan membeli buku Pengembaraan Ibn Battutah yang diterbitkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia.  Setelah aku berjaya menyerahkan tesis PhDku untuk viva, aku pergi ke Ekspo Buku Islam 2011 di KL Sentral yang berlangsung dari 26 Oktober sehingga 1 November.

Syurga kepada Ulat Buku

Inilah ganjaran untuk diriku

Aku menemui buku impianku yang berharga RM250. Setelah ditolak diskaun 10%, harganya RM225. Aku lebih suka memberi ganjaran buku kepada diriku kerana akal dan jiwa perlu kepada buku (ilmu) sebagai makanan seperti fizikal yang sentiasa memerlukan makanan yang halal dan baik. Buku-buku yang aku miliki adalah sebahagian daripada harta yang akan diwakafkan setelah aku meninggal dunia.

8 ulasan:

  1. assalamualaikum dan slm kenal dari mama..thanks sudi singgah keentery mama yg tak seberapa..bagusnya ingin mewakafkan buku..kerana dia akan sentiasa dibaca olih semua orang...tahniah

    BalasPadam
  2. Wa'alaikum salam. Ya, salam kenal juga daripada saya. Terima kasih juga kerana sudi membalas kunjungan saya di blog Mama Aini dengan cara singgah di blog saya.

    BalasPadam
  3. As-salam...salam perkenalan dari Sarawak bumi kenyalang =)

    BalasPadam
  4. As-Salam. Salam perkenalan dari Bangi. :)

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum. Moga dipermudahkan segala urusan penulisan saudari.. :) nanti bila cik misstree dah abis baca buku ini, bolehlah berkongsi kesimpulan dari buku tersebut d blog ini :)

    BalasPadam
  6. Wa'alaikum salam.

    Kamil L, terima kasih atas doa itu. Insya-Allah, semoga Allah mempermudahkan. :)

    BalasPadam
  7. Salam 'alaik..
    Kita punya persamaan,cinta pada buku..^^

    'Aku lebih suka memberi ganjaran buku kepada diriku kerana akal dan jiwa perlu kepada buku (ilmu) sebagai makanan seperti fizikal yang sentiasa memerlukan makanan yang halal dan baik..'

    suka ayat tu..=)

    BalasPadam