Novel Sangeetha karya Azizi Abdullah (2006) setebal 561 halaman diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aku telah membeli novel ini di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Aku telah membaca novel ini pada tahun 2006 tetapi aku ingin menyorot intipati yang terkandung di dalam novel ini yang turut dihubungkan dengan isu semasa yang berlaku sekitar tahun novel ini diterbitkan.
Novel ini mengisahkan kisah hubungan cinta (cinta? kalau boleh dikatakan sebagai cinta) yang diterjemahkan dari rasa kasih dan kasihan di antara dua orang warga emas berlainan bangsa dan agama yang dipendam di dalam hati. Novel ini diangkat melalui kisah sepi warga emas yang menjadi watak utama di dalam novel ini ialah Sanggetha (berusia 85 tahun) dan Darus (berusia 75 tahun) di samping watak sampingan yang turut menggerak perjalanan novel ini iaitu seekor burung murai dan seekor kucing bernama Meo. Rasa kasih di antara Sanggetha dan Darus diikat melalui peralatan muzik tradisional tabla dan gambus yang masing-masing mewakili bangsa India dan Melayu. Apabila aku membaca novel ini dek kerana kajian yang mendalam yang dilakukan oleh Azizi maka aku merasakan Azizi bukan sahaja sangat pakar di dalam bidang pembuatan rumah limas Perak malah sangat arif dengan peralatan muzik (termasuk penghasilan bunyi) tabla dan gambus.
Dalam usaha Azizi mengangkat tema agama, Sangeetha telah mengakui di dalam hatinya dua kalimah syahadah ketika saat akhir hayatnya tanpa disaksikan oleh sesiapa. Hal ini menimbulkan persoalan adakah individu yang menyatakan pengakuan syahadah di dalam hati pada saat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir tanpa disaksikan oleh sesiapa adakah menjadi keperluan yang wajib agar jenazahnya dikebumikan menurut tatacara agama Islam?
Walaupun kes perebutan jenazah Moorthy memihak kepada JAWI kerana terdapatnya dokumen dan saksi pengIslaman Moorthy namun di mana letaknya asas perebutan jenazah ini dari sudut Islam jika kes ini dipertimbangkan menurut fiqh al-alawiyyat iaitu mempertimbangkan pertembungan di antara maslahah (kebaikan) dan kemudaratan? Mengebumikan jenazah Moorthy menurut tatacara agama Islam merupakan maslahah namun jika dibandingkan di antara kapasiti maslahah dan mudarat maka tindakan perebutan jenazah ini telah mengundang mudarat yang lebih besar kerana menyempitkan peluang dakwah kepada golongan non-Muslim (hati mereka amat terguris dengan perbuatan JAWI merebut jenazah agar Moorthy dikebumikan menurut tatacara Islam). Bacaan lanjut sila rujuk fatwa al-Azhar tentang isu berebut mayat.
K.lin singgah sini..jemput singgah kt blogshop .Lin juga >http://petibajunaomi.blogspot.com/
BalasPadamTerima kasih K.lin mengunjungi blog saya. :)
Padam