Dua ayat di bawah ini menjadi renungan kepadaku agar aku menjadi seorang yang ikhlas kerana-Mu Ya Allah [hati tidak merasa sakit kerana tidak menerima ucapan terima kasih
daripada orang lain yang telah menerima pemberian dan kebaikanku]:
Sesungguhnya kami memberi makanan kepada kamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. (Surah Al-Insaan: 9).
Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. (Surah Al- Lail: 20).
Benar kata pujangga, ikhlas itu bukanlah mudah:
Ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam dalam keadaan malam yang gelap.Ayat di bawah menjadi renungan kepadaku agar redha atas rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah kepadaku:
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. (Surah Saba' :39).
Semoga Allah memasukkan aku ke dalam golongan yang redha dan ikhlas.
Amin.
tgh bermuhasabah diri ni..tq
BalasPadamSama-sama bermuhasah diri. Terima kasih.
Padamassalam & slm ramadhan cik misstree..thanks sudi share entry2 begini..
BalasPadamWa'salam. Salam Ramadhan juga buat Mama Aini. Terima kasih melawati blog saya. :)
PadamSalam ...
BalasPadamTerima kasih melawati blog saya tempoh hari :)
Selamat berpuasa
Wa'salam.
PadamTerima kasih, Akok a.k.a Mardiyah kerana melawat kembali blog saya. :)
salam....anak saya demam. kat Hospital Pantai.
BalasPadamWa'salam.
PadamIC, banyakkan bersabar. Insya- Allah, mudah-mudahan dia cepat sembuh. Amin.