Pada 16 hingga 22 September 2013,
aku berada di Kajang – Bandar Baru Bangi saja melawat ‘kampung-halaman’ yang hampir
setahun aku tinggalkan. Aku menggelarkan kawasan pekan Kajang-Bandar Baru Bangi
sebagai ‘kampung-halaman’ kerana aku telah mendiami daerah ini hampir 14 tahun
sepanjang melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi dari peringkat sarjana muda, sarjana (Masters) dan PhD.
Dalam tempoh 16 hingga 22 September 2013, aku menginap di Hostel Anjung Rumbia. Di sini, aku boleh menonton TV Al-Hijrah khususnya slot 30 Minit Bersama Ustaz Don. Di Sungai Petani, jika hendak menonton TV Al-Hijrah mesti ada ASTRO. Aku sempat menonton slot 30 Minit Bersama Ustaz Don yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan ibadah haji. Ada dua perkara yang dinyatakan oleh Ustaz Don yang memberikan kesan kepada aku iaitu:
Dalam tempoh 16 hingga 22 September 2013, aku menginap di Hostel Anjung Rumbia. Di sini, aku boleh menonton TV Al-Hijrah khususnya slot 30 Minit Bersama Ustaz Don. Di Sungai Petani, jika hendak menonton TV Al-Hijrah mesti ada ASTRO. Aku sempat menonton slot 30 Minit Bersama Ustaz Don yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan ibadah haji. Ada dua perkara yang dinyatakan oleh Ustaz Don yang memberikan kesan kepada aku iaitu:
- Kata Ustaz Don mengenai kewujudan sesetengah jemaah haji yang menggunakan pakej haji berharga RM135,000.00 membincangkan di antara sesama mereka soal “helikopter U parking di mana?” Hal ini sungguh berbeza dengan taraf kita (kelas pertengahan bawah) yang saling bertanya “kereta U parking di mana”. Dalam perkara ini, Ustaz Don mengingatkan walau bagaimana hebat hotel dan pakej haji yang kita ambil, tapi apabila keluar daripada hotel mewah tempat menginap, semua orang sama saja.
- Kata Ustaz Don, ketika buat haji kena bersabar (jaga akhlak) “walau macam mana orang buat, dok sengaaap ja” (sambil menunjukkan aksi mengepit badan sambil menundukkan kepala).
Apabila saya mendengar kedua-dua
perkara di atas, saya tertanya-tanya pada diri sendiri “Allah, mampukah aku dok
sengaaap ja” walau apa pun yang orang lain buat pada aku? Hal ini berkaitan
rapat dengan ego yang ada dalam setiap individu.
Walau bagaimanapun, dalam berhadapan situasi yang sesak, maka jemaah haji
dituntut menjaga adab dan akhlaq dengan sebaik-baiknya. Nabi s.a.w. adalah contoh terbaik. Usamah bin Zaid
r. a. berkata:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمشي عنقا فإذا وجد فجوة نص
"Rasulullah s.a.w. berjalan tidak terlampau laju atau
terlampau perlahan, apabila ada tempat yang luas, maka baginda mempercepatkan
perjalanannya" [Shahih Bukhari].
Baginda s.a.w.
tidak menyakiti orang lain dengan bersesak-sesak dan tolak-menolak. Malah,
baginda s.a.w. memerintahkan para sahabat r.a. berjalan dengan tenang apabila
bertolak dari Arafah. Katanya:
عليكم بالسكينة
"Hendaklah kamu semua (bergerak) dalam keadaan tenang" [Muttafaqun Alih].
Jika semua manusia mengikut petunjuk, akhlak dan adab yang diajar oleh Nabi s.a.w. maka semua perjalanan akan teratur. Pepatah Arab
ada menyatakan:
لعمرك ما ضاقت بلاد بأهلها
ولكن أخلاق الرجال تضيق
"Demi sesungguhnya, sebuah negeri tidak sempit kerana (bilangan)
penghuninya; (tetapi kerana) sikap (akhlak) penghuni yang menyempitkannya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan