Selasa, 6 Mei 2014

Adab Guru Terhadap Pelajar #2

Entri ini sambungan dari entri Adab Guru Terhadap Pelajar #1. Kiyai Haji Muhammad Hasyim Asy'ari (1871-1947) merupakan pengasas Nahdlatul Ulama Indonesia dalam bukunya yang bertajuk Faktor Adab Dalam Meraih Berkat Ilmu telah menggariskan panduan adab guru terhadap pelajar. Aku fikir garis panduan adab ini boleh dituruti oleh para pensyarah yang mengajar di universiti termasuk hal penyeliaan tesis para pelajar sarjana muda, Master dan PhD. Garis panduan adab guru terhadap pelajar adalah seperti berikut:
  1. Membangunkan niat dan tujuan yang luhur iaitu mencari redha Allah, mengamalkan ilmu pengetahuan, menghidupkan syariat Islam, menjelaskan yang hak dan batil, menumbuhkan kesejahteraan kehidupan (sumber daya) dan demi meraih pahala dan berkat ilmu pengetahuan.
  2. Guru hendaklah bersabar dan terus bersemangat memberi pendidikan apabila berhadapan dengan para pelajar yang tidak serius serta memiliki niat yang kurang tulus dalam pengajian.
  3. Mencintai dan mengasihi para pelajar sebagaimana guru itu mencintai dirinya sendiri, berusaha melayan keperluan mereka, serta melayan mereka dengan baik seperti ia melayan anak-anaknya sendiri.
  4. Mendidik dan memberi pelajaran kepada mereka dengan pelajaran yang mudah difahami sesuai dengan kemampuan mereka.
  5. Bersungguh-sungguh dalam memberi pelajaran dan kefahaman kepada para pelajar.
  6. Memastikan pelajar menggunakan sebahagian masa mereka untuk mengulangkaji pelajaran yang telah disampaikan. Seorang guru itu hendaklah menyediakan latihan dan ujian untuk para pelajarnya demi mengetahui tingkat kefahaman mereka.
  7. Sekiranya ada di antara para pelajar yang tinggal di tempat yang jauh dari sekolah/madrasah memerlukan tempoh yang lama dan stamina yang tinggi maka seorang guru hendaklah maklum situasi pelajar itu mungkin berasa letih atau sering lambat menghadiri sesuatu pengajian.
  8. Tidak memberikan perhatian khusus kepada seseorang pelajar di hadapan para pelajar yang lain.
  9. Meratakan perasaan kasih sayang dan perhatian kepada para pelajar iaitu berusaha sebaik mungkin mengenal keperibadian dan latar belakang hidup para pelajar serta berdoa untuk kebaikan mereka.
  10. Memberikan contoh tauladan kepada para pelajar mengenai cara bergaul yang baik seperti mengucap salam, berbicara dengan baik dan sopan, saling berkasih sayang, tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan kepada Allah agar para pelajar memahami kepentingan menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah.
  11. Sekiranya guru yang berkemampuan hendaklah membantu meringankan masalah pelajar dalam hal kebendaan, pekerjaan dan sebagainya.
  12. Apabila ada di antara pelajar yang tidak hadir dan hal itu merupakan di luar kebiasaannya maka seorang guru hendaklah bertanya hal pelajar itu dengan pelajar-pelajar yang lain.
  13. Meskipun sebagai guru, ia berhak dihormati oleh para pelajarnya namun ia hendaklah tetap tawaduk terhadap mereka. 
  14. Melayan para pelajar dengan baik, memanggil mereka dengan nama dan sebutan yang baik, menjawab salam mereka dengan ramah, menyambut kedatangan mereka, bertanya khabar keadaan mereka dan sebagainya.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum. .banyak tips berguna utk seorang murabbi. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam. Berusaha menjadi guru yang tawaduk. Sama-sama.

      Padam
  2. nice share... berguru kalau beradab, baru berkat. bak pesan panglima :

    taat ke guru membawa berkat
    sedikit belajar banyak yg dapat
    jika derhaka membawa mudharat
    kelak ilmu tiada yg lekat.

    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lari tajuk sikit. adab guru terhadap murid.. hehehe

      Padam
    2. Nabi Muhamad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Muliakanlah orang yang kamu belajar daripadanya. Muliakanlah guru-guru agama, kerana barangsiapa memuliakan mereka, bererti mereka memuliakan aku." (Hadis Riwayat Abu Hassan al-Mawardi). Walau bagaimanapun, Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud: “Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik.” (Riwayat at-Tirmidzi)

      Saya tidak membakar arang,
      Kelak memetik bunga dedap;
      Saya tidak kata sebarang,
      Kerana itu tidak beradab.

      Galas dahan bunga dedap,
      Batas baru ditanam halia;
      Guru berilmu guru beradab,
      Baru hidup dipandang mulia.

      Padam
  3. In Shaa Allah... pkongsian sangat bmnfaat.. mga dapat diamalkan oleh kta smua..

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang sangat bermanfaat untuk diamalkan.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Kdg2 abe kie tension dgn sikap pelajar2 skrg yg x menghormati guru lagi. Rasa nak bagi penampar aje.

    P.S. Harap maaf. Cik Misstree telah ditag untuk segmen The Liebster Award. Sila baca entri terbaharu blog Abe Kie untuk keterangan lanjut. Terima kasih diatas kerjasama cik misstree, ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam;

      Saya simpati tugas guru zaman sekarang bukanlah mudah. Mungkin pendekatan perlu berubah menurut zaman. Moga Allah s.w.t. mempermudahkan urusan pekerjaan Abe Kie.

      P.S. Tidak ada apa yang perlu dimaafkan. Saya menerima dengan senang hati. Terima kasih.

      Padam
  6. Suka dengan tips tidak memberi perhatian khusus pada seseorang pelajar di depan pelajar lain.. Moga tips2 ini dapat membantu dan mengubah sesetengah guru yang ada kekurangan itu :D

    BalasPadam