Ahad, 27 Oktober 2013

Kedudukan Barang Yang Disedekahkan

Nabi Muhammad s.a.w. memberitahu Ali r.a. mengenai kedudukan barang yang disedekahkan selepas ia berpindah daripada tangan tuannya. Ketika barang yang disedekahkan sampai kepada tangan penerima, barang tersebut menyebut lima perkara kepada pemberi sedekah iaitu:
  1. Aku adalah barang yang kecil dan sedikit nilainya. Namun, engkau membesarkan aku di hadapan Allah s.w.t. dengan bersedekah.
  2. Pada asasnya, aku hanya barang yang sedikit. Namun, engkau menjadikankan aku sesuatu yang banyak pada pandangan Allah s.w.t.
  3. Aku adalah musuhmu. Namun, kini engkau menjadikan aku sebagai teman rapat.
  4. Aku adalah barang yang mudah rosak. Namun, kini engkau menjadikan aku kekal abadi.
  5. Engkau menjaga aku daripada pencuri. Namun, kini aku menjaga engkau daripada api neraka.
Sumber:
Muhammad Hasan Al-Basri.  2013.  Nikmatnya Bersedekah: Zakat, Infak, Sedekah.  Batu Caves: PTS Millinnea Sdn. Bhd.

4 ulasan:

  1. balas kunjungan n follow blog ini...

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Selamat beramal. Laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini wujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah).

      Padam