Bank
Negara Malaysia telah melaksanakan Mekanisme Penggenapan (Rounding Adjustment) bermula pada 1 April 2008. Mekanisme Penggenapan adalah satu
kaedah di mana jumlah amaun (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan
cukai) dinaikkan atau diturunkan kepada yang terdekat 5 sen. Dalam hal ini, jumlah
keseluruhan bil yang berakhir dengan 1, 2 , 6 dan 7 sen akan diturunkan
manakala 3 , 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada yang terdekat 5 sen. Sebagai contoh, jumlah keseluruhan bil sebanyak RM82.01 akan diturunkan kepada
RM82.00. Sekiranya jumlah keseluruhan bil sebanyak RM82.04, ia akan dinaikkan
kepada RM82.05.
Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan di Malaysia:
Bill ends in sen
|
Round off to the nearest 5 sen
|
Total
Amount of A Bill
|
|
Total amount before rounding (RM)
|
Total amount after rounding (RM)
|
||
1,2
|
Down
|
82.01
82.02 |
82.00
|
3,4
|
Up
|
82.03
82.04 |
82.05
|
6,7
|
Down
|
82.06
82.07 |
82.05
|
8,9
|
Up
|
82.08
82.09 |
82.10
|
Sumber: Sila klik [...]
Kerajaan Malaysia
memutuskan untuk melaksanakan Mekanisme Penggenapan kerana ia dikatakan memberi manfaat
kepada banyak pihak. Ia akan mengurangkan kos pengendalian manakala bagi
pengguna proses pembayaran lebih cepat dan lebih mudah. Kerajaan juga dapat
menjimatkan kos pengeluaran wang syiling 1 sen apabila permintaan terhadap wang
syiling ini berkurang melalui pelaksanaan Mekanisme Penggenapan. Pengguna dapat
melihat pelarasan penggenapan dan jumlah akhir yang tertera pada resit atau bil. Semua
pembayaran melalui kaunter tertakluk kepada Mekanisme Penggenapan tanpa mengira
kaedah pembayaran sama ada wang tunai atau bukan tunai. Pembayaran bukan tunai
termasuk cek dan pembayaran secara elektronik seperti kad kredit, kad caj dan
kad debit.
Walau bagaimanapun, wang syiling 1 sen masih sah dan boleh digunakan sebagai
satu cara pembayaran bagi apa jua transaksi seperti yang ditetapkan di dalam
Akta Bank Negara Malaysia 1958 (Pindaan 1994). Wang syiling yang dikeluarkan
oleh Bank Negara Malaysia hendaklah menjadi sah diperlakukan di Malaysia pada nilai muka tertakluk
kepada denominasi jumlah maksimum bagi 50 sen iaitu tidak melebihi RM10.00
manakala 20 sen, 10 sen, 5 sen dan 1 sen tidak melebihi RM2.00. Orang
ramai boleh bertukar-tukar wang syiling 1 sen, tanpa sebarang bayaran di
ibu pejabat Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur dan cawangannya di Pulau
Pinang, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
Pada pandangan
aku sebagai warganegara Malaysia dan ahli dalam bidang
ekonomi-politik, pelaksanaan Mekanisme Penggenapan dalam sesetengah keadaan telah
merugikan rakyat Malaysia. Contohnya, pasaraya besar (hyper market) menetapkan
harga barang-barang seperti RM9.98 sen atau RM9.93 sen telah menyebabkan pasaraya
‘mencuri’ wang pengguna sebanyak RM0.02 sen melalui Mekanisme Penggenapan. Mekanisme ini juga menyebabkan nilai RM0.01 sen tidak mempunyai nilai kepada pengguna walhal dalam pasaran bursa saham, kenaikan dan penurunan nilai sesuatu saham walaupun hanya melibatkan RM0.01 sen atau RM0.05 sen merupakan nilai yang besar.
Di stesyen
minyak termasuk kawasan Rehat & Rawat (R & R) di lebuhraya, terdapat pengguna yang
tidak menyatakan jumlah yang tetap untuk mengisi minyak kereta sebaliknya membayar
wang yang lebih nilainya kepada juruwang di kaunter bayaran berbanding anggaran
bayaran yang dikenakan setelah tangki minyak kereta penuh. Contohnya, pengguna membayar
wang RM100, setelah tangki minyak kereta diisi sehingga sehingga penuh,
ternyata bayaran yang dikenakan ialah 79.98 sen. Sekiranya pengguna tidak
menekan pam minyak untuk menggenapkan nilai bayaran sebanyak RM80.00 maka
stesyen minyak telah menerima ‘keuntungan’ tanpa urusniaga hasil dari Mekanisme
Penggenapan sebanyak RM0.02 sen tanpa disedari oleh pengguna. Dalam hal ini,
pengguna tidak boleh beranggapan bahawa tidak ada minyak yang boleh
diisi ke dalam tangki minyak kereta mereka untuk nilai sebanyak RM0.02 sen.
Pengalaman aku sebagai pengguna, terdapat sesetengah pihak yang menaikan RM0.05 sen kepada RM0.10 sen menggunakan kaedah Mekanisme Penggenapan mereka sendiri. Hal ini berlaku ketika di aku membayar harga barang di kaunter pembayaran. Kini, denominasi RM0.05 sen merupakan nilai mata wang terkecil yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Para peniaga dan juru wang mesti menyediakan wang syiling RM0.05 sen yang mencukupi dalam transaksi jual-beli barang atau perkhidmatan.
Pengalaman aku sebagai pengguna, terdapat sesetengah pihak yang menaikan RM0.05 sen kepada RM0.10 sen menggunakan kaedah Mekanisme Penggenapan mereka sendiri. Hal ini berlaku ketika di aku membayar harga barang di kaunter pembayaran. Kini, denominasi RM0.05 sen merupakan nilai mata wang terkecil yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Para peniaga dan juru wang mesti menyediakan wang syiling RM0.05 sen yang mencukupi dalam transaksi jual-beli barang atau perkhidmatan.
Dalam sesebuah perniagaan, kenaikan harga atau 'keuntungan' tanpa urusniaga sebanyak RM0.01 sen atau RM0.02 sen sebaliknya diperolehi melalui Mekanisme Penggenapan merupakan nilai yang besar yang disumbangkan oleh pengguna. Lebih ramai pengguna yang menyumbangkan sebanyak RM0.01 sen atau RM0.02 sen melalui Mekanisme Penggenapan maka lebih besar 'keuntungan' tanpa urusniaga yang diperolehi oleh peniaga. Walau bagaimanapun, bergantung kepada saiz skala perniagaan tersebut dijalankan, penawaran sesuatu barang atau perkhidmatan yang terhad tetapi permintaan terhadap barang atau perkhidmatan yang ditawarkan adalah tinggi. Perniagaan minyak seperti Petronas, Shell dan lain-lain amat bertepatan dijadikan contoh dalam hal ini. Pengguna memiliki
kuasa yang besar dalam mengurus ekonomi dan kewangan mereka sendiri. Aku
berharap pengguna di Malaysia lebih teliti dalam menjaga setiap sen wang milik
mereka.