Apabila bercakap mengenai penceraian sesebuah rumah tangga dalam Islam, kuasa menceraikan isteri berada dalam tangan suami. Islam menggariskan beberapa hukum kepada lelaki dalam perkara menceraikan isteri mereka. Sesuatu hukum tersebut bergantung kepada sejauhmanakah wujud persefahaman di antara suami dan isteri serta kedudukan seseorang isteri iaitu:
- Sunat - Hukum sunat bagi lelaki yang menceraikan isterinya yang berkelakuan tidak baik (melanggar batas-batas yang ditetapkan dalam Islam).
- Makruh - Hukum makruh bagi lelaki yang menjatuhkan talak kepada isterinya tanpa sebarang alasan yang munasabah di mana si isteri tidak melakukan perkara-perkara yang melanggar batas-batas yang digariskan dalam agama Islam.
- Haram - Hukum ini jatuh kepada lelaki yang menceraikan isterinya yang sedang berada dalam keadaan haid atau nifas.
- Harus - Hukum harus ini tertakluk apabila sudah tidak ada bersefahaman di antara suami dan isteri.
Nice sharing... masa form 4 dulu abak hafal sbb nak jwb exam.. lucu jer ingat smula padahal pkara ni wajib kita plajari.. In Shaa Allah..
BalasPadamTerima kasih. Saya bukanlah datang dari latar belakang sekolah agama, ilmu mengenai munakahat yang ada pada saya agak terbatas. La ni saya masih berusaha menambah ilmu terutama dalam bidang agama agar saya dapat memperbaiki amalan dalam usaha meraih rahmat dan redha Allah s.w.t.
Padam