Ahad, 2 Mac 2014

My Special Birthday Wish

Setiap tahun MPH Bookstores Sdn. Bhd. memberi diskaun 15% pembelian buku-buku kepada ahli MPH Reader's Circle sempena tarikh hari lahir (birthday). Pemberian diskaun tersebut (hanya sekali) bermula seminggu sebelum tarikh hari lahir sehingga seminggu selepas tarikh hari lahir. Bermula 22hb Februari, aku layak menikmati diskaun 15% tersebut bagi tahun 2014. Pada mulanya, aku tidak tahu bahawa pemberian diskaun tersebut hanya sekali dalam tempoh 15 hari. 

Aku rasa rugi kerana menggunakan pemberian 15% diskaun semasa membeli buku-buku di MPH Bookstores di Tesco Sungai Petani. Saiz MPH Bookstores di Tesco Sungai Petani kecil dan buku-buku yang dijual juga sedikit jika dibandingkan dengan MPH Bookstores di Amanjaya Mall, Sungai Petani. Nasihat aku kepada semua ahli MPH Reader's Circle, sebelum menggunakan pemberian 15% diskaun, terlebih dahulu survey MPH Bookstores dan buku-buku yang dijual. MPH Bookstores yang besar menawarkan buku-buku yang lebih banyak, pasti memberikan pelbagai pilihan jika hendak membeli kuantiti buku yang banyak. 

My birthday special wish agar pihak MPH Bookstores Sdn. Bhd. boleh mempertimbangkan cadangan untuk meningkatkan pemberian diskaun 15% sebanyak dua kali (seminggu sebelum tarikh hari lahir dan seminggu selepas tarikh lahir) kepada ahli-ahli MPH Reader's Circle. Hal ini untuk memberi peluang kepada ahli-ahli MPH Reader's Circle meningkatkan pembelian buku-buku sebagai hadiah lahir buat diri mereka sendiri di samping menambah koleksi buku-buku peribadi milik mereka.   

8 ulasan:

  1. happy belated birthday. Kedai buku MPH tu kedekut la. Kedai Buku Banggol di Tanah Merah, Kelantan milik bekas guru memberikan diskaun 20% setiap hari...jemput shopping buku di sini ye...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Abe Kie. Nak buat macam mana kedai buku yang ada di Sungai Petani terhad. Insya-Allah diberi kelapangan masa dan rezeki bolehlah saya jalan-jalan beli buku di Tanah Merah :)

      Padam
  2. Happy belated birthday! Cantik template baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Shaiful. Saya dah rasa bosan dengan template lama, sesiapa yang dah lama jadi pengunjung di blog ni agaknya mesti rasa bosan juga. Sesekali tukar template, cerah sikit mata :)

      Padam
  3. Sanah helwah...smoga tcapai smua wish tu..amin ya Rabb...

    BalasPadam