Isnin, 19 Mei 2014

Segmen Geng Blogwalkers

Ini kali ketiga aku masuk segmen yang dianjurkan oleh blogger. Aku terbaca segmen ini dalam blog Pha Is. Segmen ini dianjurkan oleh blogger Nurfaezah Abdullah. Kepada sesiapa yang hendak menyertai segmen ini, sila klik di sini

Sebelum itu, aku hendak menjelaskan bahawa aku pernah bekerja di Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Oleh itu, aku faham sedikit bahasa Melayu Brunei memandangkan ramai orang Melayu Brunei menetap di Wilayah Persekutuan Labuan. Dari Wilayah Persekutuan Labuan hendak pergi ke negara Brunei Darusslam, anda boleh menaiki feri, speed boat atau kapal terbang. Hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menaiki feri dari Wilayah Persekutuan Labuan ke negara Brunei Darusslam malah menaiki feri dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Kota Kinabalu, Sabah mengambil masa selama 2 jam. Hal ini menunjukkan kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan lebih hampir dengan negara Brunei Darussalam berbanding dengan ibu negeri Sabah, Malaysia. Selain itu, anda boleh juga memandu kereta ke negara Brunei Darussalam melalui Miri, Sarawak. 


Semasa aku tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan, aku tidak melanggan siaran televisyen swasta berbayar. Aku hanya menonton siaran televisyen tidak berbayar yang boleh diperolehi di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu siaran TV2 RTM (Radio Televisyen Malaysia) dan NTV7 (Natseven TV Sdn. Bhd.); selain dari TV2 dan NTV7, Wilayah Persekutuan Labuan tidak menerima siaran-siaran televisyen lain yang ada di Malaysia. Kedudukan Wilayah Persekutuan Labuan yang hampir dengan negara Brunei Darussalam membolehkan aku menerima siaran televisyen tidak berbayar dari negara Brunei Darussalam. Selain itu, penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan juga boleh menerima siaran radio yang ke udara di negara Brunei Darussalam. Ini merupakan salah satu cara aku belajar memahami bahasa Melayu Brunei.

Berbalik kepada Segmen Geng Blogwalkers, blogger Nurfaezah Abdullah mensyaratkan agar para peserta segmen ini menterjemahkan ayat dalam bahasa Melayu Brunei iatu "inda ku merati kurapak Brunei" kepada bahasa Melayu standard. Tanpa aku perlu merujuk kepada kamus, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" bermaksud "Aku tidak mengerti cakap Brunei".

19 ulasan:

  1. hahha... tafsiran kejap je buat, tapi muqaddimah panjang.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bagi tafsiran terus nanti orang hairan pulak, "wah pandainya Cik Misstree ni bahasa Brunei." Orang pun rasa pelik, "macam mana Cik Misstree yang tinggal di Sungai Petani boleh tahu bahasa Brunei?" Kalau bagi muqaddimah tidaklah orang lain rasa hairan. Saya tidak boleh tafsir panjang lebar macam Pha Is kena tengok kamus sebab saya sudah ada pengalaman bergaul dengan orang Melayu Brunei semasa tinggal di Wilayah Persekutuan Labuan. Itu beza di antara orang yang sudah ada pengalaman dengan orang yang belum ada pengalaman :)

      Padam
    2. I think you laugh for your self :)

      Padam
  2. thanks sudi join segmen sy. follow sini #67 sy still in the mid buat senarai peserta.

    hehe nice entry. bisai sudah tu mengarti kurapak brunei :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awu'. Terima kasih. Nda jua batah ku tinggal di Labuan atu. Nda ku merati banar kurapak Brunei :D

      Padam
  3. Assalamualaikum sayang semuanyaaa!
    Blogwalking sedang berjalan~

    http://demahabbah.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikum salam. Saya juga sayang Athisyah kerana Allah Taala. Insya-Allah, saya akan melawat blog Athisyah :)

      Padam
  4. Selamat Bersegmen..Fiza singgah dr segmen yang sama.. follow sini juga.. jemput ke http://ourmemoria.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

    BalasPadam
  5. saya juga dari segmen yang sama

    http://syukurnyasihat.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

    BalasPadam
  6. bw sini :) sudah follow blog ini sori.. lambat sudah.. tapi biar lambat, janji tetap tunai.. cewahhh ^__^ http://nurulhidayahdiary.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

    BalasPadam