Isnin, 1 Disember 2014

Penyediaan Slaid Untuk Peperiksaan Viva PhD

Hari ini aku menerima sms daripada seorang kawan bertanyakan mengenai penyediaan slaid untuk menghadapi peperiksaan viva PhD. Apa yang perlu ada dalam penyediaan slaid? Senarai di bawah adalah elemen-elemen penting yang mesti ada dalam penyediaan slaid iaitu:
  1. Slaid pertama mengandungi tajuk kajian, nama dan no. matrik pelajar serta nama penyelia tesis/disertasi.
  2. Pengenalan.
  3. Permasalahan Kajian.
  4. Objektif Kajian.
  5. Persoalan Kajian.
  6. Kerangka Konseptual/Teoritikal.
  7. Kepentingan Kajian.
  8. Skop Kajian.
  9. Metodologi Kajian.
  10. Sorotan Kajian/Kajian Lepas (Literature Riview).
  11. Hasil Kajian (menepati dan menjawab objektif kajian).
  12. Hasil Kajian Yang Lain (jika ada).
  13. Kesimpulan.
Slaid boleh disediakan dengan menggunakan software seperti Microsoft PowerPoint. Setiap elemen di atas mesti disediakan dalam slaid yang berbeza. Setiap slaid hanya mengandungi butiran-butiran penting. Penjelasan lanjut setiap butiran diterangkan kepada khalayak (ahli-ahli jawatankuasa peperiksaan viva) semasa pembentangan ringkasan kajian sedang berlangsung. Seseorang calon PhD mesti mengingati penerangan lanjut bagi setiap butiran yang dinyatakan dalam slaid. Penyediaan slaid untuk peperiksaan viva hendaklah tidak melebihi 15 slaid.

4 ulasan:

  1. perkongsian yg berguna buat mereka yg memerlukan.. :)

    BalasPadam
  2. Assalam Dr.

    Saya baru sahaja daftar PhD pada mac yang lalu. Saya dikehendaki sharing knowledge untuk kajian apa yang hendak saya kaji pada mei ini. Saya nak minta sedikit pendapat Dr, apakah entri/kandungan slaid yang perlu saya sharing memandangkan rasanya banyak benda yang saya perlu ketahui. Sv saya maklum supaya sharing apa yang hendak saya kaji secara ringkas. Mungkin Dr boleh berkongsi pendapat. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam.

      Penyediaan slaid untuk pembentangan proposal tesis PhD perlu ada:
      1. Slaid pertama mengandungi tajuk kajian, nama dan no. matrik pelajar serta nama penyelia tesis/disertasi.
      2. Pengenalan.
      3. Permasalahan Kajian.
      4. Objektif Kajian.
      5. Persoalan Kajian.
      6. Kerangka Konseptual/Teoritikal.
      7. Kepentingan Kajian.
      8. Skop Kajian.
      9. Metodologi Kajian.
      10. Sorotan Kajian/Kajian Lepas (Literature Riview).
      11. Kesimpulan.

      Setiap elemen di atas mesti disediakan dalam slaid yang berbeza. Setiap slaid hanya mengandungi butiran-butiran penting yang dinyatakan secara ringkas.

      Sekian, terima kasih :)

      Padam