Ya Seam@Seam (Mohd Hashim Ujang) adalah individu yang meninggalkan banyak komen tidak puas hati terhadap Kerajaan Persekutuan dalam entri Orang Malaya di Sabah #1 |
Aku tidak sangka entri Orang Malaya Di Sabah #1 yang ditulis dan diterbitkan pada 9 November 2011 mendapat page view yang paling tinggi dalam blog ini sehingga dipos dalam forum dan facebook. Entri itu ditulis bukan bertujuan mempertikai peraturan imigresen di Sabah tetapi untuk menjelaskan kedudukan anak-anak orang Malaya yang lahir di Sabah.
Aku sendiri tidak menyimpan harapan walau sebesar zarah pun agar diterima sebagai orang Sabah dari aspek perundangan. Seandainya suatu hari nanti anak-anak orang Malaya yang lahir di Sabah diperakui sebagai orang Sabah dari aspek perundangan, aku tidak berkehendak untuk menurut sebarang prosedur perundangan agar aku menjadi orang Sabah.
Aku lebih suka menjadi anak orang Malaya yang lahir di Sabah. Aku lebih suka menjadi orang berketurunan Melayu dari Malaya.
Setelah tamat pengajian Masters di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada tahun 2002, aku bekerja di sebuah cawangan badan berkanun di Wilayah Persekutuan Labuan. Induk badan berkanun itu berada di Kota Kinabalu, Sabah. Urusan berkaitan slip gaji aku diurusakan oleh induk badan berkanun tersebut. Walaupun aku sudah mempunyai nombor kad pengenalan baru (xxxxxx-12-xxxx) tetapi memandangkan aku adalah anak orang Malaya yang lahir di Sabah maka urusan gaji aku menggunakan nombor kad pengenalan lama Negeri-Negeri Tanah Melayu (A31xxxxx). Tujuannya agar badan berkanun tersebut dapat membezakan bahawa aku ini anak orang Malaya yang lahir di Sabah setaraf dengan anak orang Malaya yang lahir di Malaya.
Sepanjang 20 tahun aku tinggal di Sabah, bapa aku telah berurusan dengan Jabatan Imigresen Negeri Sabah maka kedua ibu bapa aku dan aku telah mendapat permit masuk tinggal tetap di Sabah pada tahun 1979. Situasinya sama seperti warganegara asing yang mendapat taraf penduduk tetap di Malaysia dengan menggunakan kad pengenalan berwarna merah. Bezanya kedua-dua ibu bapa aku dan aku tidak menggunakan sebarang kad pengenalan khas. Kedua-dua ibu bapa aku dan aku diberikan sepucuk surat yang menyatakan Jabatan Imigresen Negeri Sabah meluluskan pemberian permit masuk tinggal tetap di Sabah. Tujuan bapa aku mendapatkan permit masuk tinggal tetap di Sabah adalah untuk memudahkan kami agar tidak perlu lagi setiap tahun memperbaharui permit masuk tinggal di Sabah dari Jabatan Imigresen Negeri Sabah. Sehingga hari ini aku masih menyimpan surat itu seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
Selain itu, kedua-dua ibu bapa aku mesti hadir membawa passport Malaysia masing-masing di Jabatan Imigresen Negeri Sabah untuk catitan khas bahawa kedua ibu bapa aku dan aku telah mendapat permit masuk tinggal tetap di Sabah. Ketika itu, aku masih kanak-kanak maka aku tidak mempunyai passport Malaysia, rekod diri aku dimasukkan dalam passport ibu aku pada bahagian maklumat anak-anak. Selama 20 tahun aku tinggal di Sabah, urusan pengeluaran passport Malaysia bagi orang Malaya mesti dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen di Semenanjung Malaysia.
Aku tidak boleh melupakan pengalaman aku ketika hendak memperolehi passport Malaysia agar aku boleh keluar seorang diri dari negeri Sabah ke Semenanjung Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda (degree) di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Pegawai imigresen negeri Sabah (aku pasti pegawai itu adalah orang Sabah) memaklumkan kepada bapa aku berkenaan prosedur mengeluarkan passport Malaysia untuk aku:
Jika dia mahu buat passport antarabangsa, kami kena hantar ke sana (Semenanjung Malaysia). Apa yang diambil kira di sini ialah asal-usul keturunan. Kami tidak bertanggungjawab kalau passport dia belum siap sedangkan dia mahu jalan sudah. Kami hanya boleh keluarkan Dokumen Perjalan Terhad saja.
Sekarang sudah berbeza, urusan pengeluaran passport Malaysia bagi orang Malaya sudah boleh dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah. Walaupun kedua-dua ibu bapa aku dan aku mempunyai permit masuk tinggal tetap di Sabah, tetapi kami kembali menetap ke Malaya di mana tempat kami berasal.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun negeri orang berhujankan emas tetapi lebih baiklah di negeri sendiri yang berhujankan batu.
P/S: Jika anda hendak meninggalkan komen berkenaan entri ini, sila pastikan anda tidak melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dan Akta Hasutan 1948.
Bersambung ... sila klik Orang Malaya Di Sabah #5: Surat Permit Masuk Tinggal Tetap Di Sabah
belum pernah berurusan ke sabah, tapi sebelum ni pernah jugak dengar cerita2 orang pasal urusan imigresen tu..
BalasPadamZaman la ni, imigresen Sabah lebih terbuka tak macam dalam tempoh 40 tahun pembentukan Malaysia. Sebab la ni Malaysia dah guna sistem computerized, sebab tulah passport orang Semenanjung dah boleh keluar di Sabah.
Padam'Setahu' saya, orang sanalah paling kurang stigma 'perkauman' macam ini.
BalasPadamBahkan ada yg membandingkan cara Semenanjung dan orang di sana.
Katanya, ikutlah cara orang di sana bukan mcm orang semenanjung; racist tak bertempat.
Mungkin saya baca entri ini dengan cara yg salah. IDK.
Tapi saya akui, sedikit sebanyak entri ini membuka mata yg sedikit tertutup?
Satu Malaysia sudah lama wujud, bahkan sebelum wujudnya laungan Perdana Menteri kita. Cuma mungkin, permainan suara-suara tertentu menyukarkan kita utk mengaku kita orang Malaysia. Kita lebih senang mengaku sebagai orang Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak. Bahkan dalam mana-mana borang pun, selain jantina, jenis kaum juga turut ditanya.
Tak sedar bahawa di penghujungnya, kita tetap orang MALAYSIA.
Tepuk dada, tanya selera.
Gee Lion, komen anda seolah-olah anda mahu bercakap soal perpaduan ya.
PadamOrang sana (orang Sabah) disifatkan lebih 'bersatu' berbanding orang Semenanjung kerana wujud kepelbagaian suku kaum. Di Semenanjung juga wujud kepelbagaian suku kaum pribumi (bugis, jawa, mandeling, rawa, minang, Acheh, Brunei, Deli, Jambi dsb) tetapi para pemimpin Melayu telah menyempitkan kepelbagaian itu dalam satu iaitu bangsa Melayu. Jika dinilai dari segi perpaduan, orang Sabah dilihat lebih 'bersatu' dalam kepelbagaian suku kaum etnik berbanding Semenanjung citra perpaduan dalam konteks bersatu dalam pelbagai bangsa utama di Malaysia - Melayu, Cina India. Untuk bersatu dalam Malaysia, orang Cina mesti tahu sejarah letak duduk bangsa mereka dalam Negeri2 Tanah Melayu, tidak mengkritik dan tidak puas hati yang tidak bertempat melibatkan hak bangsa peribumi.
Saya tahu konsep 1Malaysia sudah lama wujud sejak era 1970-an tetapi perkara tersebut tidak menjadi satu dasar kerajaan. Namun, semasa Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. 1Malaysia diterjemahkan menjadi satu dasar Kerajaan Malaysia.
Ada sebabnya mengapa pemimpin-pemimpin Malaysia terdahulu meletakkan keperluan bertanyakan bangsa dalam borang. Ada sebabnya kenapa perpaduan Malaysia tidak seperti Indonesia dan Thailand yang mewajibkan asilamisi bangsa asing sehinggakan nama juga mesti menggunakan nama seperti bangsa peribumi. Semua itu adalah bertujuan agar hak peribumi bangsa Melayu terpelihara kukuh di Malaysia sehingga diwujudkan apa yang dinamakan sebagai hak keistimewaan bangsa Melayu. Sejarah siapa tuan penduduk peribumi asal dan siapa pendatang akan sentiasa 'diajar' dalam kehidupan harian rakyat Malaysia. Tidak ada satu pun yang akan berkubur begitu saja dalam konteks 1Malaysia.
Saya tertanya-tanya kenapa tidak ditubuhkan seperti sebuah suruhanjaya di Negeri2 Di Tanah Melayu pada ketika itu, agar ditanya terlebih dahulu pendapat penduduk peribumi adakah mereka bersetuju atau tidak orang Cina dan India dll dijadikan sebagai warganegara? Pemimpin Melayu pada waktu itu terutama UMNO hanya menurut sahaja kata British. Harga kemerdekaan Negeri2 Tanah Melayu ialah bersatu dalam konteks menerima bangsa asing sebagai warganegara.
Saya peribumi Malaysia. Saya tidak perlu tepuk dada, tanya selera :)
" Untuk bersatu dalam Malaysia, orang Cina mesti tahu sejarah letak duduk bangsa mereka dalam Negeri2 Tanah Melayu, tidak mengkritik dan tidak puas hati yang tidak bertempat melibatkan hak bangsa peribumi. " - Rasa saya perkara ini sendiri adalah satu perkara yg mustahil. Melihatkan perkembangan semasa & kes yang berlaku, perlu ada satu mekanisme utk menangani perkara ini. Yg mana rasanya, buat masa sekarang - Tiada. Mungkin tindakan ini di'halal'kan kerana mereka adalah Malaysia dan mempunyai hak utk bersuara apa saja.
BalasPadam" Saya tertanya-tanya kenapa tidak ditubuhkan seperti sebuah suruhanjaya di Negeri2 Di Tanah Melayu pada ketika itu, agar ditanya terlebih dahulu pendapat penduduk peribumi adakah mereka bersetuju atau tidak orang Cina dan India dll dijadikan sebagai warganegara?" - Maafkan saya jika terkhilaf tapi ini adalah syaratnya utk Tanah Melayu mendapat kemerdekaan dari British. Dan ketika itu, Tun Abdul Rahman yang terkenal dgn sikap diplomasi dan toleransinya serta keinginannya utk melihat Tanah Melayu merdeka tanpa menitiskan mana-mana darah lagi, telah menerima syarat dari British ini. Ini adalah sejarah yg mungkin tidak dapat kita perbaiki, tapi we can make something good from it. Yang mana sehingga sekarang, baik saya ataupun cik Misstree sendiri gagal melihat semua kebaikannya, bukan?
" Saya peribumi Malaysia. Saya tidak perlu tepuk dada, tanya selera." - Jika cik Misstree terasa dengan penyataan saya di atas, saya minta maaf. Komen saya bersifat dua hala, bukan utk cik Misstree sahaja tapi untuk mereka yang membaca dan mempunyai level kenegerian yang tinggi, bukan kenegaraan.
Sekian, saya harap cik Misstree tidak jemu utk membuka mata pembaca mengenai apa dia sebenarnya yg bermain di Sabah sana. Terima kasih ^_^
British meletakkan syarat agar tiga bangsa utama (Melayu, Cina dan India) bersatu untuk memperoleh kemerdekaan Negeri2 Tanah Melayu maka hasrat tersebut diterjemahkan di mana tiga parti utama yang masing2 mewakili tiga bangsa utama (UMNO, MCA & MIC) bernaung di bawah Perikatan. Tunku Abdul Rahman disifatkan sebagai pemimpin yang berdiplomasi dan bertolaransi? British dan para penjajah lain di negara2 lain tidak akan memerdekakan negara2 jajahan mereka melainkan selepas kemerdekaan diberikan, legasi para pemimpin yang memerintah mesti terdiri daripada golongan yang boleh meneruskan sistem perundangan, politik, ekonomi dan sosial yang telah dicorakkan oleh penjajah.
Padam"Dan ketika itu, Tun Abdul Rahman yang terkenal dgn sikap diplomasi dan toleransinya serta keinginannya utk melihat Tanah Melayu merdeka tanpa menitiskan mana-mana darah lagi." – Memang ada benarnya kenyataan ini tetapi terlalu klise seperti dalam buku2 teks sejarah sekolah menengah yang ditulis oleh orang yang tidak kompeten sebaliknya ditulis oleh guru-guru sekolah yang perasan pandai.
"Yang mana sehingga sekarang, baik saya ataupun cik Misstree sendiri gagal melihat semua kebaikannya, bukan?" - Ini kenyataan paling lemah dan berusaha lari dari topik yang sedang dibincangkan.
Penubuhan sebuah suruhanjaya sebelum kemerdekaan seperti yang saya nyatakan di atas bertujuan agar pendapat penduduk peribumi diambil kira dalam usaha menjadikan orang Cina dan India dll sebagai warganegara maka keputusan untuk menerima orang asing sebagai warganegara bersifat dua hala "top to down" dan "down to top". Keputusan menerima orang asing sebagai warganegara hanya keputusan yang disifatkan "top to down". Kekesalan hati bangsa Melayu yang dirasa paling dalam ialah semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri hanya terubat sedikit dek kata2, "kerana Tunku-lah kita merdeka".
"Rasa saya perkara ini sendiri adalah satu perkara yg mustahil. Melihatkan perkembangan semasa & kes yang berlaku, perlu ada satu mekanisme utk menangani perkara ini. Yg mana rasanya, buat masa sekarang - Tiada. Mungkin tindakan ini di'halal'kan kerana mereka adalah Malaysia dan mempunyai hak utk bersuara apa saja." - Untuk pengetahuan Gee Lion, kenyataan saya "..., orang Cina mesti tahu sejarah letak duduk bangsa mereka dalam Negeri2 Tanah Melayu, tidak mengkritik dan tidak puas hati yang tidak bertempat melibatkan hak bangsa peribumi", kritikan tidak puas hati orang Cina telah mencabar ketuanan Melayu dan hak-hak keistimewaan bangsa Melayu. Ya, Malaysia ini juga negara orang Cina yang menjadi warganegara Melayisa tetapi mereka mesti patuh sebagaimana bangsa Melayu juga patuh kepada kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 tiga bangsa utama (Melayu, Cina dan India) semasa memperolehi kemerdekaan Negeri2 Tanah Melayu. Sejak akhir 1980-an, subjek sejarah tidak diajar dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Sejarah dijadikan subjek teras dan mula dipelajari semasa berada di sekolah menengah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.
PadamBerbeza dengan generasi yang sezaman dengan saya yang mula belajar subjek sejarah Malaysia sejak sekolah rendah dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah. Ketika zaman saya sekolah menengah, subjek sejarah tidak dijadikan mata pelajaran teras kepada para pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Kelemahan2 ini menyebabkan pengetahuan dan kesedaran terutama sejarah Malaysia dalam kalangan generasi muda orang Cina amat rendah. Hal ini ditambah lagi dengan kelemahan buku2 teks subjek sejarah yang ditulis oleh guru2 sekolah perasan pandai. Di universiti, masih ada sekatan kepada para pensyarah agar tidak mengajar kursus yang mengandungi silibus politik Malaysia yang disifatkan terlalu sensitif walaupun atas konteks akademik. Sensitif kepada pihak siapa? Sensitif kepada bangsa asing yang menjadi warganegara Malaysia. Betapa baiknya orang Melayu. Melihat kepada perkembangan semasa, subjek sejarah Malaysia yang diajarkan di peringkat sekolah tidak berjaya memupuk bangsa asing agar menjadi warganegara Malaysia yang patuh kepada Perlembagaan Persekutuan termasuklah kontrak sosial.
"Jika cik Misstree terasa dengan penyataan saya di atas, saya minta maaf. Komen saya bersifat dua hala, bukan utk cik Misstree sahaja tapi untuk mereka yang membaca dan mempunyai level kenegerian yang tinggi, bukan kenegaraan." - Saya fikir saya tidak terasa dengan kenyataan Gee Lion "tepuk dada, tanya selera". Entri ini bukan ditulis untuk membincangkan soal level kenegerian yang tinggi. Isu yang dipaparkan di sini ialah peraturan imigesen di Sabah dan kedudukan anak2 orang Malaya yang lahir di Sabah.
P/S: Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga ^_^
Tahniah...
BalasPadamTerima kasih. Selamat menyambut hari guru :)
Padam