Selasa, 28 April 2015

99 Cahaya Di Langit Eropah







Tajuk: 99 Cahaya Di Langit Eropah

Penulis: Hanum Salsabiela Rais & Rangga Almahendra



Penterjemah: Siti Hawaliah Binti Darmanshah


Tahun Terbit: 2014

Penerbit: Jootawan Book Sdn. Bhd.







Aku memberi nilai buku ini  dari .  Novel ini ditulis oleh pasangan suami-isteri dari Indonesia dan telah difilemkan dan ditayangkan di Indonesia. Penulis buku ini, Hanum Salsabiela Rais merupakan anak kepada Muhammad Amien Rais yang pernah berkecimpung dalam politik Indonesia. Novel ini sarat dengan fakta sejarah dan bersifat catatan travelog Hanum Salsabiela Rais dan Rangga Almahendra di Austria-Perancis-Sepanyol-Turki-Mekah. 

Keseluruhan novel ini menarik namun bahagian yang cukup menarik bagi aku ialah mengenai 'pengIslaman' Napoleon Bonaparte (1769 – 1821). Sejarah mencatatkan Napoleon Bonaparte amat mengagumi Al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w. sekembalinya beliau dari melakukan serangan ketenteraan ke atas Mesir pada tahun 1798. Di Perancis, beliau telah melaksanakan sistem perundangan yang digelar Napoleonic Code senafas dengan syariah Islam. Selain itu, beliau telah membina Axe Historique merupakan garis imaginasi yang lurus membelah kota Paris mengarah ke Makkah. Beliau memerintahkan agar membangunkan dua monumen besar berbentuk pintu gerbang diberi nama Arc de Triomphe du Carrousel yang mengapit jalan Champs-Élysées.
Sukar awalnya menentukan arah muka dan belakang monumen ini (Arc de Triomphe du Carrousel) kerana bangunan pintu gerbang ini dibuat simetri - seperti depan dan belakang sama saja. Tapi kemudian mataku terpaku pada patung Quadriga yang diapit 2 malaikat emas di atas monumen itu.
... Patung Quadriga dan malaikat semua mengadap ke timur tenggara. Arah Makkah. 
Justeru, nama lain bagi Axe Historique ialah Voie Triomphale yang bermaksud "Jalan Kemenangan". Islam menunjukkan jalan kejayaan (kemenangan) di dunia dan akhirat. 

Hakikat yang jelas nyata ialah Jeneral Jacques-François Menou (The supreme command of the French Oriental Army) telah memeluk agama Islam setelah kembali dari Mesir pada tahun 1799 dan berkahwin dengan wanita Mesir bernama Zobeida El Bawab dari jurai keturunan Nabi Muhammad s.a.w. Namun begitu, kebenaran 'pengIslaman' Napoleon Bonaparte tidak pernah dicatatkan dalam sejarah Eropah.
Kenyataan bahawa dia Muslim jelas akan mengurangi 'kebesaran' namanya dan mungkin jelas memupuskan kebanggaan warga Perancis pada bangsanya.
Walaupun Napoleon memang memeluk Islam, fakta ini tidak akan diungkapkan demi kepentingan nasional yang lebih besar. 

8 ulasan:

  1. Selama bertahun-tahun hidup atas muka bumi ni, baru ini kali pertama saya dapat tahu bahawa Napoleon Bonaparte seorang yang beragama Islam. Itulah, masa belajar taknak buat research betul2.. Huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah 'pengIslaman' Napoleon Bonaparte mula muncul pada awal abad ini. Saya bukan ahli dalam bidang sejarah terfikir alangkah beruntung kepada sesiapa yang mengkaji dan mendalami ilmu sejarah :)

      Padam
    2. Itulah, beruntung mereka yg mengkaji ilmu sejarah. Saya mungkin tak cakna isu-isu begini dan sekarang masih cuba mencari bahan (hanya berbekalkan internet) mengenai keislaman Napoleon Bonaparte. Huhu

      Padam
    3. Semoga memperolehi apa yang dihajatkan :)

      Padam
  2. banyak sejarah yg digelapkan atas kepentingan sesebuah pihak..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda menjadi salah seorang pemenang Cabaran Pengomen Tegar Blog Abe Kie. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah tersebut, sila layari

    http://www.zukidin.com/2015/05/keputusan-cabaran-penggomen-tegar-abe.html

    Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di pos2 blog abe kie.

    BalasPadam