Selasa, 7 April 2015

Croissant Lambang Anti-Islam






















Croissant sejenis pastri dicipta sebagai lambang anti-Islam. Sejarah pastri ini bermula di Vienna, Austria pada 11 September 1683. Dalam tahun 1683, tentera Kerajaan Turki Uthmaniah yang dipimpin oleh Kara Mustafa telah mengepung dan menyerang Kota Vienna sebagai langkah untuk menguasai negara-negara di Eropah Barat. 

Pembuat roti bekerja sehingga lewat malam di bahagian dapur bawah tanah telah mendengar bahasa Turki di sebalik dinding kota yang bergegar. Para pengawal Kerajaan Vienna mendapati tentera Turki Uthmaniah telah menggali terowong bawah tanah dan meletakkan bahan letupan untuk meruntuhkan Kota Vienna. Tentera salib pakatan Jerman dan Poland telah mara dari bukit Kahlenberg mengalahkan tentera Turki Uthmaniah. 

Croissant dicipta berbentuk bulan sabit mengambil simbol yang terdapat pada bendera Turki untuk merayakan kekalahan Turki Uthmaniah. Vienna adalah kota terakhir yang menjadi tempat perjuangan Islam terhenti. Makan croissant melambangkan "makan bendera Turki" dan secara tidak langsung bermakna "makan Islam". Hal ini menyebabkan wujud golongan Islam fundamentalis yang melarang umat Islam makan croissant.

Kini, croissant lebih dikenali sebagai makanan khas negara Perancis. Google translate menterjemahkan croissant sebagai "a French crescent-shaped roll made of sweet flaky pastry, often eaten for breakfast." Perkahwinan puteri Kerajaan Austria, Marie Antoinette (1755-1793) dengan Louis Auguste de France (1754-1793) telah menyebabkan dalam setiap pesta yang dianjurkan oleh Kerajaan Perancis, pastri dari Vienna ini dihidangkan kepada para tetamu. Pastri dari Vienna ini yang berbentuk bulan sabit menyebabkan ia popular dipanggil croissant dalam bahasa Perancis.

10 ulasan:

  1. Marie Antoinette ni ada ceritanya tersendiri lepas tu selain dari roti croissant. Dia menjadi lambang keborosan seorang pemerintah di saat rakyat hidup kesempitan. Waktu dia jadi Queen, Perancis berantakan dan muncul revolusi yang meruntuhkan sistem monarkinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Revolusi Perancis (1789-1799) berlaku hasil pengaruh daripada para pemikir enlightment dan revolusi yang berlaku di Amerika tetapi corak pemerintahan Louis XVI (Louis Auguste de France) yang bersifat autokratik dan lebih mengutamakan golongan feudal (paderi dan bangsawan), masalah kewangan negara yang semakin buruk ekoran penglibatan Perancis dalam Perang Kemerdekaan Amerika di tambah lagi gaya hidup Marie Antoinette yang terkenal berteraskan hedonisme telah memburukkan situasi politik dan ekonomi di Perancis pada ketika itu.

      Sehingga ke hari ini, masih terdapat segelintir orang Barat yang ingin menunjukkan anti-Muslim melalui teknik makan Croissant dengan cara yang rakus.

      Padam
  2. owh.. macam tu.. saya baru 1st time tahu kewujudan kuih ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun sebenarnya baru tahu

      Padam
    2. so, thanks share info.. dapat tambah ilmu. :)

      Padam
    3. Thanks a lot because you have always been here :)

      Padam
  3. kupasan yg menarik...xsangka pula. Rasanya ramai yg mkn xda niat utk 'makan turki/islam'..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sangkakan. Ya betul, sekarang ni ramai yang makan croissant dengan niat mengalas perut sebab itu dikatakan hanya segelintir orang Eropah/Barat yang menunjukkan cara makan croissant dengan rakus sebagai satu penghinaan kepada umat Islam.

      Padam